Judul : FELDA mahu balik tanahnya RM270 juta di Jalan Semarak,KL yang dipindah milik cara meragukan...
link : FELDA mahu balik tanahnya RM270 juta di Jalan Semarak,KL yang dipindah milik cara meragukan...
FELDA mahu balik tanahnya RM270 juta di Jalan Semarak,KL yang dipindah milik cara meragukan...
Pengerusi FELDA, Tan Sri Shahrir Abdul Samad mempersoalkan bagaimana tanah milik FELDA di Jalan Semarak,Kuala Lumpur yang dianggar bernilai RM270 juta boleh bertukar hak milik pada tahun 2014 dengan dengan mudah tanpa melalui proses yang jelas.
Lebih memeranjatkan, beliau mendakwa tiada sebarang tranksasi berbentuk wang diterima oleh FELDA dalam urusan berkenaan.
“Saya terpegun, begitu mudah untuk pindah milik tanah dalam institusi seperti FELDA.
“Tiada rundingan tentang perkara itu (pindah milik). Namun, kami membuat keputusan untuk miliki semula tanah tersebut,” katanya.
Mengulas lanjut, Shahrir memaklumkan pihaknya telah melakukan laporan polis pada 14 Disember lalu setelah mendapati terdapat unsur dipercayai penipuan dan segala rundingan dengan pihak terbabit menemui jalan buntu.
“Kami sudah laporkan perkara ini kepada pihak polis untuk membuat siasatan lanjut. Jika perlu, perkara ini boleh dibawa ke mahkamah,” kata Shahrir dalam sidang media khas di Menara FELDA di Kuala Lumpur, pada Khamis.
Katanya lagi, pindah milik tanah itu dipercayai berlaku apabila FELDA Investment Corporation Sdn Bhd (FIC) melantik sebuah syarikat tempatan yang dikenali sebagai Synergy Prominent Sdn Bhd sebagai pemaju utama pada 3 Jun 2014 dan diberikan surat kuasa wakil penuh (full power of attorney) bagi membangunkannya.
“Tetapi dia telah melakukan pertukaran hak milik tanah tanpa pengetahuan kita kepada syarikat miliknya sendiri.
“Di sini terdapat unsur melanggar pematuhan pentadbiran dan kita akan mengambil tindakan undang-undang,” katanya.
Menurutnya, FELDA akan berusaha mendapatkan semula empat bidang tanahnya yang dianggar bernilai RM270 juta di Jalan Semarak.
“Apa yang kita buat sekarang ialah FELDA mahu semula tanah tersebut.
“Ketika ini pertukaran hak milik tersebut tidak sah kerana tanah itu dilindungi kaveat persendirian yang kita daftarkan pada April lalu.
“Kita juga telah melakukan laporan polis kerana terdapat unsur penipuan dalam urusan tersebut.
“Dan kita juga akan melakukan internal audit menyeluruh pada Januari tahun hadapan, kita mahu tanah itu kekal menjadi hak FELDA dan tidak mahu perkara yang menjejaskan FELDA berlaku,” tegasnya.
Shahrir juga memaklumkan kaveat persendirian yang didaftarkan itu akan ditukar kepada kaveat pendaftar bagi mengukuhkan kedudukan FELDA sebagai pemilik tanah tersebut.
Beliau juga tidak menafikan kemungkinan besar perkara ini mempunyai unsur penyalahgunaan kuasa dan menyerahkan kepada pihak Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) menyiasat.

Sekianlah artikel FELDA mahu balik tanahnya RM270 juta di Jalan Semarak,KL yang dipindah milik cara meragukan... kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.
Sudah dibaca FELDA mahu balik tanahnya RM270 juta di Jalan Semarak,KL yang dipindah milik cara meragukan... linknya https://malaysiadansekitarnya.blogspot.com/2017/12/felda-mahu-balik-tanahnya-rm270-juta-di.html
0 Response to "FELDA mahu balik tanahnya RM270 juta di Jalan Semarak,KL yang dipindah milik cara meragukan..."
Posting Komentar