EXCO SRIKANDI, 4 AJK LETAK JAWATAN, KELUAR PARTI

EXCO SRIKANDI, 4 AJK LETAK JAWATAN, KELUAR PARTI - Hallo sahabat Malaysia dan Sekitarnya, Pada Artikel yang anda baca kali ini dengan judul EXCO SRIKANDI, 4 AJK LETAK JAWATAN, KELUAR PARTI, kami telah mempersiapkan artikel ini dengan baik untuk anda baca dan ambil informasi didalamnya. mudah-mudahan isi postingan Artikel Berita, Artikel Budaya, Artikel Kabar, Artikel Malaysia, Artikel Melayu, Artikel News, Artikel Politik, Artikel Ragam, Artikel Sosial, Artikel Terbaru, Artikel Terkini, Artikel Update, yang kami tulis ini dapat anda pahami. baiklah, selamat membaca.

Judul : EXCO SRIKANDI, 4 AJK LETAK JAWATAN, KELUAR PARTI
link : EXCO SRIKANDI, 4 AJK LETAK JAWATAN, KELUAR PARTI

Baca juga


EXCO SRIKANDI, 4 AJK LETAK JAWATAN, KELUAR PARTI

Seakan-akan tidak berpenghujung, pergolakan yang berlaku dalam Parti Pribumi Bersatu Malaysia (PPBM) berlarutan apabila salah seorang daripada Exco Srikandinya, Zuraini Kamal hari ini mengumumkan perletakan jawatan sekali gus keluar daripada parti.

Beliau yang juga Ketua Srikandi Kuala Kedah berkata, tindakan itu dibuat ekoran terlalu banyak isu dan polemik yang gagal diuruskan dengan baik selain tidak ditangani secara serius oleh pucuk pimpinan.

Selain Zuraini, tindakannya itu turut disusuli oleh empat lagi individu iaitu dua Ahli Jawatankuasa (AJK) Srikandi PPBM negeri, Halimaton Saadiah Shah Mat (Ketua Srikandi PPBM Pendang) dan Rukiza Abu Bakar (Ketua Srikandi PPBM Pokok Sena) serta dua AJK Srikandi Bahagian Kuala Kedah, Sopi Aziz dan Fatimah Ahmad.

“Antara isu yang gagal ditangani adalah budaya fitnah dan tidak boleh ditegur. Terus terang saya katakan, ada ramai individu yang diketepikan atau ditukar jawatannya kerana kononnya ada salah laku namun malangnya orang berkenaan tidak diberi peluang untuk membela diri.

“Kalau cuba memberi pandangan, nanti akan adalah orang tertentu yang dipecat di peringkat bahagian dengan berselindung di sebalik perkataan ‘rombakan’. Sehinggakan pada satu ketika, terdapat dua individu berada di kedudukan sama dan itu sudah tentu membawa perpecahan di peringkat bahagian,” katanya.

Beliau berkata demikian dalam sidang akhbar di sini hari ini.

Tambahnya, perkara itu pernah beberapa kali disuarakan kepada kepemimpinan parti termasuk di peringkat tertinggi namun tidak langsung dipedulikan.

“Keputusan ini bukan sesuatu yang mudah untuk dilakukan. Selepas ini sudah tentu ada yang akan menggelarkan kami sebagai pengkhianat dan pemakan dedak tetapi kami berpegang kepada prinsip berani kerana benar.

“Bukan semua benda boleh dibeli. Untuk pengetahuan, ramai dalam kalangan rakan-rakan seperjuangan yang telah meletak jawatan dan meninggalkan parti namun mereka tidak mahu untuk mendedahkannya secara terbuka atas sebab-sebab tertentu termasuk bimbang dilabelkan dengan gelaran bukan-bukan,” katanya. – UTUSAN ONLINE


EXCO SRIKANDI, 4 AJK LETAK JAWATAN, KELUAR PARTI

Sekianlah artikel EXCO SRIKANDI, 4 AJK LETAK JAWATAN, KELUAR PARTI kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.

Sudah dibaca EXCO SRIKANDI, 4 AJK LETAK JAWATAN, KELUAR PARTI linknya https://malaysiadansekitarnya.blogspot.com/2017/12/exco-srikandi-4-ajk-letak-jawatan.html

Subscribe to receive free email updates:

Related Posts :

0 Response to "EXCO SRIKANDI, 4 AJK LETAK JAWATAN, KELUAR PARTI"

Posting Komentar