DR M MAKIN TAKUT, MAHU TUTUP SKANDAL FOREX DENGAN KESALAHAN BAHARU

DR M MAKIN TAKUT, MAHU TUTUP SKANDAL FOREX DENGAN KESALAHAN BAHARU - Hallo sahabat Malaysia dan Sekitarnya, Pada Artikel yang anda baca kali ini dengan judul DR M MAKIN TAKUT, MAHU TUTUP SKANDAL FOREX DENGAN KESALAHAN BAHARU, kami telah mempersiapkan artikel ini dengan baik untuk anda baca dan ambil informasi didalamnya. mudah-mudahan isi postingan Artikel Berita, Artikel Budaya, Artikel Kabar, Artikel Malaysia, Artikel Melayu, Artikel News, Artikel Politik, Artikel Ragam, Artikel Sosial, Artikel Terbaru, Artikel Terkini, Artikel Update, yang kami tulis ini dapat anda pahami. baiklah, selamat membaca.

Judul : DR M MAKIN TAKUT, MAHU TUTUP SKANDAL FOREX DENGAN KESALAHAN BAHARU
link : DR M MAKIN TAKUT, MAHU TUTUP SKANDAL FOREX DENGAN KESALAHAN BAHARU

Baca juga


DR M MAKIN TAKUT, MAHU TUTUP SKANDAL FOREX DENGAN KESALAHAN BAHARU

Tuduhan dilakukan Tun Dr. Mahathir Mohamad kononnya kerajaan di bawah pimpinan Datuk Seri Najib Tun Razak mengalami kerugian sehingga RM160 bilion, hanyalah semata-mata taktik Pengerusi Parti Pribumi Bersatu Malaysia (PPBM) itu untuk menyelamatkan dirinya daripada dipertanggungjawabkan berhubung skandal urus niaga mata wang asing (forex) oleh Bank Negara Malaysia (BNM) pada awal 1990-an yang menyebabkan negara kehilangan RM31.5 bilion.

Ketua Pemuda UMNO negeri, Datuk Shaiful Hazizy Zainol Abidin berkata, tindakan Pengerusi Pakatan Harapan diketuai DAP itu dilihat cuba mengalih perhatian rakyat terhadap isu sebenar iaitu perbuatan menyembunyikan fakta kerugian daripada Kabinet pada waktu itu.

“Kami tegaskan bahawa penurunan rizab kerajaan pada waktu tertentu bukanlah disebabkan kecuaian atau ketidakcekapan sesebuah kerajaan mengurus ekonomi sebaliknya perkara itu menjurus kepada keadaan dan faktor mata wang selain keadaan ekonomi dunia.

“Sebagai Menteri Kewangan, Mahathir sepatutnya mengetahui yang penyusutan dan pertambahan rizab bergantung kepada lebihan dagangan antarabangsa serta pengaliran masuk modal ke dalam negara. Secara dasarnya ia boleh bertambah atau menguncup bersandarkan keluar dan masuknya mata wang dolar Amerika,” katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini.

Mengulas lanjut katanya, tindakan dilakukan Mahathir itu seolah-olah sengaja mahu melempar ‘umpan’ persepsi supaya disahut oleh rakyat.

“Beliau seolah-olah ketandusan idea untuk terus mencipta tohmahan dan fitnah terbaru terhadap kepemimpinan negara. Dalam hal ini, beliau tampak amat yakin mampu mencipta dan mewujudkan polemik baharu bagi meracuni pemikiran rakyat,” katanya.

Sementara itu beliau berkata, pihak berkuasa terutamanya polis perlu memanggil pihak bertanggungjawab dalam skandal forex tersebut untuk segera dibawa ke muka pengadilan.

“Buat rakyat, mereka perlu tahu akan kebenaran bahawa ada pemimpin sebelum ini yang tidak maksum dan sempurna. Hakikatnya kehilangan lebih RM31 bilion merupakan kerugian yang amat besar dan rakyat perlu tahu siapa bertanggungjawab sepenuhnya terhadap perkara itu,” katanya. – UTUSAN ONLINE


DR M MAKIN TAKUT, MAHU TUTUP SKANDAL FOREX DENGAN KESALAHAN BAHARU

Sekianlah artikel DR M MAKIN TAKUT, MAHU TUTUP SKANDAL FOREX DENGAN KESALAHAN BAHARU kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.

Sudah dibaca DR M MAKIN TAKUT, MAHU TUTUP SKANDAL FOREX DENGAN KESALAHAN BAHARU linknya https://malaysiadansekitarnya.blogspot.com/2017/12/dr-m-makin-takut-mahu-tutup-skandal.html

Subscribe to receive free email updates:

Related Posts :

0 Response to "DR M MAKIN TAKUT, MAHU TUTUP SKANDAL FOREX DENGAN KESALAHAN BAHARU"

Posting Komentar