BAITULMAQDIS: PEMUDA UMNO KETUAI DEMO KE KEDUTAAN AMERIKA

BAITULMAQDIS: PEMUDA UMNO KETUAI DEMO KE KEDUTAAN AMERIKA - Hallo sahabat Malaysia dan Sekitarnya, Pada Artikel yang anda baca kali ini dengan judul BAITULMAQDIS: PEMUDA UMNO KETUAI DEMO KE KEDUTAAN AMERIKA, kami telah mempersiapkan artikel ini dengan baik untuk anda baca dan ambil informasi didalamnya. mudah-mudahan isi postingan Artikel Berita, Artikel Budaya, Artikel Kabar, Artikel Malaysia, Artikel Melayu, Artikel News, Artikel Politik, Artikel Ragam, Artikel Sosial, Artikel Terbaru, Artikel Terkini, Artikel Update, yang kami tulis ini dapat anda pahami. baiklah, selamat membaca.

Judul : BAITULMAQDIS: PEMUDA UMNO KETUAI DEMO KE KEDUTAAN AMERIKA
link : BAITULMAQDIS: PEMUDA UMNO KETUAI DEMO KE KEDUTAAN AMERIKA

Baca juga


BAITULMAQDIS: PEMUDA UMNO KETUAI DEMO KE KEDUTAAN AMERIKA

Pemuda UMNO hari ini menyerahkan memorandum membantah tindakan Presiden Amerika Syarikat (AS), Donald Trump, mengiktiraf Baitulmaqdis sebagai ibu negara Israel.

Memorandum mengandungi empat usul itu diserahkan Ketua Pemuda UMNO, Khairy Jamaluddin, ditemani Naib Ketua Pemuda, Khairul Azwan Harun kepada wakil Kedutaan AS di Jalan Tun Razak kira-kira jam 2.30 petang tadi.

Empat usul yang terkandung dalam memorandum bantahan itu adalah;

1. Pemuda UMNO mengutuk sekeras-kerasnya pengumuman Presiden Donald Trump yang mengiktiraf Baitulmaqdis sebagai ibu negara Israel. Ia keputusan tidak bertanggungjawab dan tidak berasas yang cuma menggambarkan AS tidak menghormati proses pendamaian di Asia Barat sekali gus gagal menghargai perjuangan rakyat Palestin.

2. Pemuda UMNO menuntut AS menarik semula keputusan itu dengan kadar segera. Tuntutan ini tidak boleh dirunding atas nama solidariti dengan komuniti antarabangsa termasuk Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB), Kerajaan Turki, Perancis, United Kingdom (UK), Jerman dan Asia Barat.

3. AS harus menghormati Resolusi Majlis Keselamatan PBB 478 yang mengutuk pendudukan haram Israel di Baitulmaqdis. Jika Presiden Trump enggan hormati proses perdamaian yang sedang berjalan di Asia Barat, beliau harus menghormati keputusan yang dibuat pentadbiran AS melaluinya.

4. Pernyataan Trump bahawa AS komited berunding untuk Israel dan berunding untuk rakyat Palestin selain membantu memudahkan perjanjian damai hanya menggambarkan hipokrasi AS. Keputusan ini cuma akan memburukkan lagi layanan terhadap penduduk Palestin di Baitulmaqdis, yang hanya akan menggalakkan radikalisasi pengganas dan meningkatkan ketidakstabilan di Asia Barat.

Khairy ketika berucap di hadapan ribuan yang hadir dalam demonstrasi di hadapan Kedutaan AS, mengucapkan terima kasih kepada semua peserta yang sanggup mengenepi kepentingan masing-masing bagi bersama mengecam kenyataan Trump.

Beliau menegaskan kenyataan Trump sama sekali tidak boleh diterima bukan sahaja bagi umat Islam, malah manusia sejagat.

“Tidak patut! Jika terus juga (iktiraf Baitulmaqdis sebagai ibu negara Israel), mereka (AS) akan lihat kebangkitan penduduk dunia.

“Kenyataan Trump keterlaluan kerana tidak menghormati undang-undang dan melanggari batas norma kemanusiaan.

“Jika enggan juga, mark my word Trump (Ingat janji saya Trump), beradanya kami di sini disebabkan konflik yang kamu (AS) mulakan. Kita gesa supaya hentikan penindasan Palestin, dan kembalikan tanah penduduk Palestin,” katanya.

Selepas itu, beliau menamatkan ucapannya dengan laungan takbir ‘Allahuakbar’ sebanyak tiga kali bersama ribuan orang yang hadir dalam demonstrasi itu.

Sebelum bersurai, doa dibacakan oleh EXCO Pemuda UMMO, Fathul Bari Mat Jahaya yang juga ulama muda UMNO.


BAITULMAQDIS: PEMUDA UMNO KETUAI DEMO KE KEDUTAAN AMERIKA

Sekianlah artikel BAITULMAQDIS: PEMUDA UMNO KETUAI DEMO KE KEDUTAAN AMERIKA kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.

Sudah dibaca BAITULMAQDIS: PEMUDA UMNO KETUAI DEMO KE KEDUTAAN AMERIKA linknya https://malaysiadansekitarnya.blogspot.com/2017/12/baitulmaqdis-pemuda-umno-ketuai-demo-ke.html

Subscribe to receive free email updates:

Related Posts :

0 Response to "BAITULMAQDIS: PEMUDA UMNO KETUAI DEMO KE KEDUTAAN AMERIKA"

Posting Komentar