Azmin semakin bongkak, kata BN Selangor

Azmin semakin bongkak, kata BN Selangor - Hallo sahabat Malaysia dan Sekitarnya, Pada Artikel yang anda baca kali ini dengan judul Azmin semakin bongkak, kata BN Selangor, kami telah mempersiapkan artikel ini dengan baik untuk anda baca dan ambil informasi didalamnya. mudah-mudahan isi postingan Artikel Berita, Artikel Budaya, Artikel Kabar, Artikel Malaysia, Artikel Melayu, Artikel News, Artikel Politik, Artikel Ragam, Artikel Sosial, Artikel Terbaru, Artikel Terkini, Artikel Update, yang kami tulis ini dapat anda pahami. baiklah, selamat membaca.

Judul : Azmin semakin bongkak, kata BN Selangor
link : Azmin semakin bongkak, kata BN Selangor

Baca juga


Azmin semakin bongkak, kata BN Selangor

BN Selangor menyifatkan perlakuan Menteri Besar, Datuk Seri Mohamed Azmin Ali sebagai  ‘indah khabar daripada rupa’ susulan mendabik dada kononnya beliau adalah pemimpin yang berjaya membela nasib rakyat.

Mengulas perkara itu, Timbalan Pengerusi BN Selangor, Datuk Mat Nadzari Ahmad Dahlan berkata kenyataan Timbalan Presiden PKR itu dianggap sebagai retorik semata-mata untuk mendapat kepercayaan pengundi pada pilihanraya umum.

“Tanyalah dia apa yang dia buat khususnya di Hulu Selangor. Tunjukkanlah kepada  kita satu mercu tanda atau apa pembangunan yang dapat dimanfaatkan oleh masyarakat di Hulu Selangor.

“Apa petunjuk yang dia buat kerja di Hulu Selangor?. Cakap tak serupa bikin,” selarnya ketika dihubungi BNBBC.my portal pada Isnin.

Menurut ADUN Batang Kali itu, realitinya masih banyak kepincangan yang berlaku dibawah pentabiran Azmin, termasuklah kegagalan melaksanakan 57 peratus projek pembangunan yang sudah diluluskan kerajaan negeri pada tahun lalu.

“Itukah petunjuk insan yang berjaya yang mengangkat martabat rakyat dan negeri Selangor? Kalau betul berjaya takkan lebih separuh projek pembangunan terbengkalai.

“Malah hanya lapan peratus sahaja keseluruhan projek Selangor pada 2016 berjaya disiapkan iaitu yang paling rendah berbanding negeri lain.

“Rakyat Selangor kena tahu hal ini dan menunjukkan Azmin selama ini sengaja menceritakan cerita indah sedangkan hakikatnya tidak sebegitu berlaku di Selangor,” jelasnya.

Sementara itu, ADUN Dengkil, Shahrum Mohd Shariff (foto) turut mempersoalkan kewajaran untuk semua pihak mengiktiraf pentadbiran Azmin yang didakwa cekap dan telus.

“Dalam Dewan Negeri dibentangkan pada awal 2014, Kerajaan Selangor mensasarkan pembinaan 15,000 rumah mampu milik dibina di negeri itu menjelang tahun 2020.

“Tetapi pada tahun ini dinaikkan sasaran kepada 20,000 tetapi yang menyedihkan mereka baru berjaya menyiapkan kira-kira 3,000 rumah sahaja. Yang lainya baharu di peringkat cadangan atau kertas kerja.

“Jadi di manakah kewajarannya Azmin boleh mendabik dada kononnya beliaulah pemimpin yang patut dipilih rakyat Selangor, itu adalah retorik dia dan Pakatan Harapan semata-mata.

Nada yang sama turut disuarakan oleh Ketua Bahagian UMNO Kelana Jaya, Datuk Yusoff HM Haniff yang membidas Menteri Besar Selangor itu dalam menaik taraf kehidupan masyarakat bandar.

“Syaa nampak ini kenyataan yang bongkak.

“Saya juga nampak Azmin semakin berlebih-lebihan dalam politik dan tidak menghiraukan nasib dan keperluan masyarakat bandar di Selangor,” katanya.

Beberapa hari lalu, Azmin telah menaikkan status di laman twitternya dengan mendakwa kononnya rakyat Selangor perlu memilih pemimpin seperti beliau yang telah banyak berjuang memartabatkan kehidupan rakyat di negeri itu  ke arah yang lebih maju dan sejahtera.


Azmin semakin bongkak, kata BN Selangor

Sekianlah artikel Azmin semakin bongkak, kata BN Selangor kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.

Sudah dibaca Azmin semakin bongkak, kata BN Selangor linknya https://malaysiadansekitarnya.blogspot.com/2017/12/azmin-semakin-bongkak-kata-bn-selangor.html

Subscribe to receive free email updates:

Related Posts :

0 Response to "Azmin semakin bongkak, kata BN Selangor"

Posting Komentar