Judul : AZMIN BAGAI ‘CACING KEPANASAN’ BILA SPRM SIASAT KG SUNGAI YU
link : AZMIN BAGAI ‘CACING KEPANASAN’ BILA SPRM SIASAT KG SUNGAI YU
AZMIN BAGAI ‘CACING KEPANASAN’ BILA SPRM SIASAT KG SUNGAI YU
Menteri Besar Selangor, Datuk Seri Mohamed Azmin Ali dilihat bagaikan ‘cacing kepanasan’ apabila pentadbirannya disiasat Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) berhubung skandal tanah di Kampung Sungai Yu, Permatang, sehingga mula beliau menyalahkan SPRM dalam isu tersebut.
Mohamed Azmin yang bertanggungjawab melulus dan menyerahkan sendiri Borang 5A dalam isu tersebut menuduh SPRM mengikut telunjuk Pengerusi Barisan Nasional (BN) Selangor, Tan Sri Noh Omar, apabila suruhanjaya itu membuka semula siasatan skandal tanah Sungai Yu pada Khamis lalu.
“Dalam kes ini, agensi penguat kuasa terlibat perlu bertindak secara profesional tanpa dipengaruhi oleh mana-mana tangan eksekutif. Ini bukan soal buka atau tutup kes tetapi tindakan perlu secara profesional dan jangan ikut arahan Noh Omar,” tuduhnya ketika ditemui pemberita semalam.
Jawatankuasa Pilihan Khas Mengenai Keupayaan, Kebertanggungjawaban dan Ketelusan Selangor (Selcat) pada 8 Disember lalu mengakui wujud pelanggaran syarat dalam isu berkenaan dan telah mencadangkan lima resolusi kepada Mohamed Azmin untuk dilaksanakan antaranya menggantung proses pemberi milikan tanah sehingga Jawatankuasa Pemilihan yang baharu dilantik selain perlu mengesahkan semula kelayakan para pemohon.
Pendedahan mengenai skandal tanah Sungai Yu dibuat Utusan Malaysia dan antara yang dilaporkan ialah bagaimana wujudnya 18 ‘individu’ tiada dalam rekod Jabatan Pendaftaran Negara (JPN) boleh melepasi tapisan ‘ketat’ Jawatankuasa Pemilihan serta kerajaan negeri, sehingga diberi kelulusan untuk memiliki tanah.
Selain 18 ‘individu tersebut, turut didedahkan bagaimana 16 keluarga yang mempunyai kaitan dengan kepemimpinan DAP dan PKR membolot tanah dengan menggunakan nama sendiri, bapa, ibu, isteri, adik-beradik, ipar serta sepupu tetapi anehnya semua perbuatan tersebut gagal dikesan kerajaan negeri pimpinan Mohamed Azmin.
Ekoran itu, SPRM membuka semula kertas siasatan dan serbuan sudah pun dilakukan ke atas bangunan Setiausaha Kerajaan Negeri (SUK) dan pejabat Dewan Undangan Negeri (DUN) pada Khamis.
Sementara itu, di Tanjong Karang, Noh menyelar Mohamed Azmin yang cuba memperbodohkan rakyat Selangor di sebalik skandal yang dilakukan sendiri kerajaan negeri selain sikap dwistandard Timbalan Presiden PKR tersebut apabila sesuatu perkara terkena atas batang hidung sendiri.
“Dia (Hannah Yeoh, Speaker DUN Selangor) yang buka dulu, dia yang mulakan. Hannah yang jolok sarang tebuan, yang beritahu ada penyelewengan, yang jelaskan proses pemilihan tidak betul, yang cadangkan agar Jawatankuasa Pemilihan digantung. Dari situlah kita buat desakan (agar siasat), jangan bila kamu yang jolok sarang tebuan, kamu salahkan orang lain pula.
“Jangan bila kamu sudah dedahkan bahawa ada penyelewengan, tapi tentang siasatan oleh pihak berkuasa, ini kes jenayah, bukan kes sivil yang ada had masa, takkan itu pun Azmin tak faham? Jangan bila kena batang hidung sendiri, kena pada kepemimpinan pembangkang, kena pada anak saudara tuduh SPRM macam-macam, pemimpin jenis apa ini,” soalnya.

Sekianlah artikel AZMIN BAGAI ‘CACING KEPANASAN’ BILA SPRM SIASAT KG SUNGAI YU kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.
Sudah dibaca AZMIN BAGAI ‘CACING KEPANASAN’ BILA SPRM SIASAT KG SUNGAI YU linknya https://malaysiadansekitarnya.blogspot.com/2017/12/azmin-bagai-cacing-kepanasan-bila-sprm.html
0 Response to "AZMIN BAGAI ‘CACING KEPANASAN’ BILA SPRM SIASAT KG SUNGAI YU"
Posting Komentar