ADAKAH DAP TERIMA DR MAHATHIR KEMBALI MENJADI PERDANA MENTERI?

ADAKAH DAP TERIMA DR MAHATHIR KEMBALI MENJADI PERDANA MENTERI? - Hallo sahabat Malaysia dan Sekitarnya, Pada Artikel yang anda baca kali ini dengan judul ADAKAH DAP TERIMA DR MAHATHIR KEMBALI MENJADI PERDANA MENTERI?, kami telah mempersiapkan artikel ini dengan baik untuk anda baca dan ambil informasi didalamnya. mudah-mudahan isi postingan Artikel Berita, Artikel Budaya, Artikel Kabar, Artikel Malaysia, Artikel Melayu, Artikel News, Artikel Politik, Artikel Ragam, Artikel Sosial, Artikel Terbaru, Artikel Terkini, Artikel Update, yang kami tulis ini dapat anda pahami. baiklah, selamat membaca.

Judul : ADAKAH DAP TERIMA DR MAHATHIR KEMBALI MENJADI PERDANA MENTERI?
link : ADAKAH DAP TERIMA DR MAHATHIR KEMBALI MENJADI PERDANA MENTERI?

Baca juga


ADAKAH DAP TERIMA DR MAHATHIR KEMBALI MENJADI PERDANA MENTERI?

Parti Pribumi Bersatu Malaysia (PPBM) menganggap DAP bersetuju dengan cadangan Tun Dr Mahathir Mohamad dilantik sebagai calon Perdana Menteri Pakatan Harapan (PH) jika menang Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU14) kelak.

Ketua penerangannya, Datuk Kamaruddin Mohd Noor berkata kesediaan DAP menamakan individu lain untuk jawatan yang sebelum ini dikhususkan kepada Datuk Seri Anwar Ibrahim, menunjukkan parti itu mungkin bersetuju jika ia digantikan dengan nama Dr Mahathir.

Anwar hilang kelayakan menjadi calon perdana menteri apabila masih menjalani hukuman penjara selepas disabitkan kesalahan meliwat bekas pembantu peribadinya, Saiful Bukhari Azlan pada 2003.

“DAP menyebut (mereka) ada pilihan lain. Jadi kita beri tafsiran kenyataan itu seperti yang diputuskan dalam ‘retreat’ PH baru-baru ini iatu nama (calon) adalah Dr Mahathir,” katanya kepada Antarapos.

Terdahulu Setiausaha Agung DAP, Lim Guan Eng berkata PH akan mengumumkan calon perdana menteri yang baru pada Januari 2018.

Guan Eng, ketika mengadakan sidang medianya tanpa kehadiran mana-mana pemimpin PH yang lain turut berkata pihaknya sudah mempunyai pilihan lain menggantikan Anwar yang sebelum ini diangkat gagasan itu sebagai perdana menteri yang seterusnya.

Kamaruddin ketika mengulas lanjut berkata kenyataan Guan Eng itu senada dengan keputusan yang dicapai PH ketika pemukiman gagasan pembangkang itu.

“Dahulu DAP secara terbuka mengatakan Anwar sebagai calon PM. Itu adalah pendirian DAP dahulu.

“Mengambil kira pada baru-baru ini ketika PH mengadakan ‘retreat’, yang turut membincangkan perkara ini dan ada persetujuan bahawa calonnya telah dikenalpasti, termasuk DAP yang sokong calon itu, yakni Dr Mahathir,” ujarnya.

Tambah Kamaruddin pengumuman Guan Eng itu akan dilakukan pada Konvensyen PH yang dijadualkan berlangsung pada 7 Januari depan.

Sebelum ini Dr Mahathir, yang juga Pengerusi PH dinamakan sebagai calon perdana menteri manakala Presiden PH, Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail dinamakan sebagai calon timbalan perdana menteri.

Bagaimanapun media melaporkan beberapa pemimpin gagasan itu tidak bersetuju dengan cadangan nama berkenaan.



ADAKAH DAP TERIMA DR MAHATHIR KEMBALI MENJADI PERDANA MENTERI?

Sekianlah artikel ADAKAH DAP TERIMA DR MAHATHIR KEMBALI MENJADI PERDANA MENTERI? kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.

Sudah dibaca ADAKAH DAP TERIMA DR MAHATHIR KEMBALI MENJADI PERDANA MENTERI? linknya https://malaysiadansekitarnya.blogspot.com/2017/12/adakah-dap-terima-dr-mahathir-kembali.html

Subscribe to receive free email updates:

Related Posts :

0 Response to "ADAKAH DAP TERIMA DR MAHATHIR KEMBALI MENJADI PERDANA MENTERI?"

Posting Komentar