Tidak perlu panik…kata Ketua Menteri Sabah pada Shafie Apdal

Tidak perlu panik…kata Ketua Menteri Sabah pada Shafie Apdal - Hallo sahabat Malaysia dan Sekitarnya, Pada Artikel yang anda baca kali ini dengan judul Tidak perlu panik…kata Ketua Menteri Sabah pada Shafie Apdal, kami telah mempersiapkan artikel ini dengan baik untuk anda baca dan ambil informasi didalamnya. mudah-mudahan isi postingan Artikel Berita, Artikel Budaya, Artikel Kabar, Artikel Malaysia, Artikel Melayu, Artikel News, Artikel Politik, Artikel Ragam, Artikel Sosial, Artikel Terbaru, Artikel Terkini, Artikel Update, yang kami tulis ini dapat anda pahami. baiklah, selamat membaca.

Judul : Tidak perlu panik…kata Ketua Menteri Sabah pada Shafie Apdal
link : Tidak perlu panik…kata Ketua Menteri Sabah pada Shafie Apdal

Baca juga


Tidak perlu panik…kata Ketua Menteri Sabah pada Shafie Apdal

Selama ini tidak pernah dengar Ketua Menteri Sabah Tan Sri Musa Aman ada cakap mengenai isu siasatan SPRM keatas Presiden Parti Warisan Sabah Datuk Seri Shafie Apdal berhubung dakwaan penyelewengan dana Kementerian Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah (KKLW)  semasa beliau menterinya dulu.

Namun pada Selasa lain ceritanya.Ini bila Shafie dalam perbahasan Bajet 2018 di Dewan Rakyat mendakwa salah satu projek yang disiasat SPRM berkaitan dana berkenaan dianugerahkan kepada ‘anak buah’ Ketua Menteri itu.

Shafie yang merupakan menteri KKLW dari 2009 hingga 2015 menyebut projek berkenaan bernilai antara RM45 juta hingga RM50 juta ialah kerja-kerja menaik taraf Loji Rawatan Air Sungai Intan di Semporna dan ia diberikan menerusi tender terbuka.

Beliau bagaimanapun tidak sebut siapa ‘anak buah’ yang dimaksudkan itu.

Bercakap kepada wartawan di Kota Kinabalu Selasa,Musa berkata sehingga kini beliau tidak menyebut walau sepatah pun perkataan berkaitan kes itu walaupun diserang secara terbuka dalam ceramah politik dan sosial media Shafie.

"Bagaimanapun hari ini saya rasa saya terpaksa kata sesuatu kerana beliau cuba membabitkan saya di Parlimen dengan menyatakan seseorang yang ada kaitan dengan saya mendapat satu projek.

"Saya sendiri tidak tahu menahu akan projek yang dikatakan itu, saya mempunyai keluarga besar dan ramai saudara mara. Saya tidak boleh halang mereka yang baik dengan Shafie daripada mendapat projek," katanya.

Beliau berkata Shafie perlu bersikap lebih 'gentleman' dan tidak menggunakan imuniti Parlimen dan taktik berdolak-dalik untuk mengalihkan tumpuan daripada dirinya.

Ketua Menteri itu berkata SPRM telah menahan individu sama ada daripada parti politik kerajaan dan juga pembangkang dalam menyiasat kes-kes rasuah di negara ini.

"Isu kes ini kononnya bermotifkan politik langsung tidak berasas kerana SPRM telah menahan individu daripada parti pemerintah dalam banyak kes lain," katanya.

Beliau berkata SPRM perlu dibiarkan menjalankan siasatan rasmi tanpa rasa takut atau pilih kasih dan pastinya tanpa perlu menggembar-gemburkannya secara dramatik.

"Mungkin sesetengah orang ada masa untuk merungut dan menggembar-gemburkannya di merata tempat tetapi saya tidak kerana saya perlu menjaga sebuah negeri," katanya.

Ketua Menteri itu berkata Shafie perlu membiarkan SPRM menjalankan kerjanya menyiasat dakwaan rasuah melibatkan KKLW itu.

Juga,katanya Shafie perlu lebih tenang dalam mendepani keadaan itu dan bukannya melemparkan tuduhan terhadap pihak lain dan cuba membabitkan orang lain.

"Tidak perlu panik. Tiada apa yang perlu ditakutkan sekiranya anda tidak bersalah seperti peribahasa Melayu 'berani kerana benar, takut kerana salah'," katanya.


Tidak perlu panik…kata Ketua Menteri Sabah pada Shafie Apdal

Sekianlah artikel Tidak perlu panik…kata Ketua Menteri Sabah pada Shafie Apdal kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.

Sudah dibaca Tidak perlu panik…kata Ketua Menteri Sabah pada Shafie Apdal linknya https://malaysiadansekitarnya.blogspot.com/2017/11/tidak-perlu-panikkata-ketua-menteri.html

Subscribe to receive free email updates:

Related Posts :

0 Response to "Tidak perlu panik…kata Ketua Menteri Sabah pada Shafie Apdal"

Posting Komentar