Slogan 'Ubah' kena batang hidung DAP sendiri - Gerakan

Slogan 'Ubah' kena batang hidung DAP sendiri - Gerakan - Hallo sahabat Malaysia dan Sekitarnya, Pada Artikel yang anda baca kali ini dengan judul Slogan 'Ubah' kena batang hidung DAP sendiri - Gerakan, kami telah mempersiapkan artikel ini dengan baik untuk anda baca dan ambil informasi didalamnya. mudah-mudahan isi postingan Artikel Berita, Artikel Budaya, Artikel Kabar, Artikel Malaysia, Artikel Melayu, Artikel News, Artikel Politik, Artikel Ragam, Artikel Sosial, Artikel Terbaru, Artikel Terkini, Artikel Update, yang kami tulis ini dapat anda pahami. baiklah, selamat membaca.

Judul : Slogan 'Ubah' kena batang hidung DAP sendiri - Gerakan
link : Slogan 'Ubah' kena batang hidung DAP sendiri - Gerakan

Baca juga


Slogan 'Ubah' kena batang hidung DAP sendiri - Gerakan

KUALA LUMPUR: DAP sendiri yang sudah berubah menjadi tamak, sombong dan gila kuasa sama seperti slogannya 'UBAH', apatah lagi sejak 'bermesra' dengan bekas seterunya, Pengerusi Parti Pribumi Bersatu Malaysia (PPBM) Tun Dr Mahathir Mohamad.

Timbalan Presiden Parti Gerakan Rakyat Malaysia (Gerakan) Datuk Dr Cheah Soon Hai berkata tohmahan murahan yang pernah dilemparkan DAP terhadap kerajaan sebelum ini, kini segalanya berbalik semula kepada parti dominasi Cina itu.

"Siapa yang ubah, tahun 2013 kita tengok. DAP seru kita undi untuk ‘UBAH’ kerajaan. Akhirnya siapa yang 'UBAH'. DAP yang 'UBAH'. Bukan sahaja mereka mereka yang berubah, pemimpin mereka juga YB Teh (Yee Chau), yang tak 'ubah' kemudian keluar parti.

"Bagi persepsi salah kerajaan.

"Hari ini DAP yang bermati-matian mengutuk kita parti rasis, parti agama tetapi sekarang buang dia sanggup membelakangi prinsip mereka hanya kerana kepentingan politik mereka. Gila kuasa," katanya.

Beliau berkata demikian ketika berucap merasmikan Persidangan Perwakilan Pemuda & Wanita Gerakan ke-30 yang berlangsung di Cheras, hari ini.

Beliau turut mengambil contoh Exco Pulau Pinang, Teh Yee Chau yang dikatakan sudah hilang keyakinan terhadap perjuangan DAP, parti pimpinan Lim Kit Siang itu.

Baru-baru ini, Teh yang juga merupakan ADUN Tanjung Bungah dikatakan mahu keluar parti yang dakwanya didorong oleh 'kehadiran' mantan perdana menteri itu ke dalam Pakatan Harapan (PH).

Menurut Teh, beliau tidak dapat menerima kenyataan bahawa bekas perdana menteri itu menyertai pakatan pembangkang, yang membuktikannya sebagai pemimpin tidak mempunyai pendirian.

Mengulas lanjut, Cheah turut menyeru agar rakyat tidak terpedaya dengan 'berita palsu' yang meninggalkan persepsi yang salah.

"Jangan percaya maklumat yang tidak tepat. Banyak berita palsu yang memberi gambaran salah. 'We should not leave by perception'.

"Kita berharap dengan sosial media kita, kita mempertegaskan. Memang mereka (DAP) cukup pandai main. Baru-baru ini kita tengok juga mereka sudah mengalihkan semua pandangan terhadap banjir di Pulau Pinang. Yang sudah menjadi isu lain. Kerajaan pusat tidak ada pilih kasih.

"Mereka buat bangkit Pulau Pinang, kita perlu bersama dalam bencana. Dia (Lim Guan Eng) sedar  dia perlukan bantuan kerajaan persekutuan untuk banjir. Dia perlu bekerjasama dengan semua pihak. Last time dia kata air banjir dari Kedah, bila guna air dari Kedah, tidak salahkan Kedah. Sekarang nak salahkan Kedah. Ini salah," tambahnya.

Jelasnya, kenyataan seumpama itu sekaligus cubaan untuk memesongkan tanggapan rakyat terhadap kerajaan Pulau Pinang.

Dua hari lalu, Ketua Menteri Pulau Pinang, Lim Guan Eng dalam kenyataan khasnya di sidang dewan undangan negeri itu menyalahkan Kedah sebagai punca banjir di kawasan Seberang Perai yang masih belum surut.

Ujarnya, banjir di Seberang Perai Utara (SPU) dan Seberang Perai Tengah (SPT) sepatutnya sudah surut lebih awal, namun berlarutan kerana limpahan air dari negeri jiran itu.

Kenyataan dibuat beliau, walaubagaimanapun mendapat kritikan pelbagai pihak yang menyifatkannya sebagai sengaja berhelah demi mengalihkan isu banjir terburuk yang melanda negeri itu.

Ia termasuk Menteri Besar, Datuk Seri Ahmad Bashah Md Hanipah, yang berkata Guan Eng sepatutnya menguruskan masalah itu dengan memperbetulkan kesilapan bukannya menyalahkan Kedah.


Slogan 'Ubah' kena batang hidung DAP sendiri - Gerakan

Sekianlah artikel Slogan 'Ubah' kena batang hidung DAP sendiri - Gerakan kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.

Sudah dibaca Slogan 'Ubah' kena batang hidung DAP sendiri - Gerakan linknya https://malaysiadansekitarnya.blogspot.com/2017/11/slogan-ubah-kena-batang-hidung-dap.html

Subscribe to receive free email updates:

Related Posts :

0 Response to "Slogan 'Ubah' kena batang hidung DAP sendiri - Gerakan"

Posting Komentar