PR DI SELANGOR IBARAT LEMBU PUNYA SUSU, SAPI DAPAT NAMA – MAT TAIB

PR DI SELANGOR IBARAT LEMBU PUNYA SUSU, SAPI DAPAT NAMA – MAT TAIB - Hallo sahabat Malaysia dan Sekitarnya, Pada Artikel yang anda baca kali ini dengan judul PR DI SELANGOR IBARAT LEMBU PUNYA SUSU, SAPI DAPAT NAMA – MAT TAIB, kami telah mempersiapkan artikel ini dengan baik untuk anda baca dan ambil informasi didalamnya. mudah-mudahan isi postingan Artikel Berita, Artikel Budaya, Artikel Kabar, Artikel Malaysia, Artikel Melayu, Artikel News, Artikel Politik, Artikel Ragam, Artikel Sosial, Artikel Terbaru, Artikel Terkini, Artikel Update, yang kami tulis ini dapat anda pahami. baiklah, selamat membaca.

Judul : PR DI SELANGOR IBARAT LEMBU PUNYA SUSU, SAPI DAPAT NAMA – MAT TAIB
link : PR DI SELANGOR IBARAT LEMBU PUNYA SUSU, SAPI DAPAT NAMA – MAT TAIB

Baca juga


PR DI SELANGOR IBARAT LEMBU PUNYA SUSU, SAPI DAPAT NAMA – MAT TAIB

Kerajaan negeri Selangor di bawah teraju PKR boleh diibaratkan seperti peribahasa ‘lembu punya susu, sapi dapat nama’ apabila hanya mengambil kredit di atas kemajuan yang telah diusahakan Umno-Barisan Nasional (BN) sebelum ini.

Mantan Menteri Besar Selangor, Tan Sri Muhammad Muhd Taib berkata sepanjang sembilan tahun memerintah Selangor, kerajaan Pakatan Rakyat (PR) itu tidak melakukan banyak pembaharuan kemajuan di negeri itu melainkan hanya berbangga sebagai penyumbang utama kepada Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK).

“Pakatan Rakyat di Selangor tak ‘perform’. Sejak kita isytihar Selangor negeri maju pada 2005, dia perintah Selangor pada 2008 sampai 2017 dia tak ada buat apa.

“Hospital siapa buat, jalan raya siapa buat, kemudahan semua siapa buat? Semua hasil BN yang dimegahkan Menteri Besar Pakatan, dia kata Selangor sumbang 23 peratus kepada KDNK.

“Anda ni seperti lembu punya susu sapi dapat nama. Apa yang anda buat? Ini semua kerja ‘orang’ lama. Yang anda buat adalah bas percuma, skim peduli sikit-sikit. Tiada negara dalam dunia yang menang pilihan raya hanya kerana sediakan bas,” katanya pada majlis Mesra Media Bersama Tan Sri Muhammad Taib, sebentar tadi.

Selangor jatuh ke tangan Pakatan Rakyat (PR) yang dianggotai PKR, DAP dan PAS pada Pilihan Raya Umum 2008.

Pakatan pembangkang itu sekali lagi mengekalkan tampuk pemerintahan di Selangor apabila menewaskan Umno-BN pada Pilihan Raya Umum 2013.

Muhammad yang pernah mentadbir Selangor dari 1986 sehingga 1997 berkata, kekalahan Umno-BN di negeri itu pada 2008 adalah mengejutkan dikala negeri itu memegang status sebagai negeri termaju.

“Macam mana boleh kalah pada 2008? Pelik. Negeri yang lengkap tapi kalah. Maknanya ia kerana sistem nilai, terutama dengan adanya media sosial. Pemimpin tak boleh angkuh, pemimpin angkuh akan kena jentik.

“Barangkali 2008 dulu orang jentik dengan banyak. Mereka lupa dengan kemajuan yang dibawa. Tapi mungkin kerana mereka tengah marah. Kalau 500 ribu orang jentik, matilah. Jadi pada 2008 orang jentik, bukan orang marah dengan BN,” katanya yang lebih dikenali sebagai Mat Taib.

Justeru katanya adalah penting untuk Umno-BN mengetengahkan pemimpin yang boleh diterima rakyat disemua peringkat agar parti itu tidak ‘dijentik’ lagi pada pilihan raya umum akan datang.

Dalam perkembangan berasingan, Mat Taib berkata cadangan pembangkang agar calon mereka mengisytiharkan harta, hanyalah gimik politik untuk menarik sokongan pengundi.

“Mereka akan cuba menarik sokongan dengan membuat berbagai gimik menjelang pilihan raya. Tapi yang lebih bagi saya, orang ramai nak lihat hala tuju, orang yang berakal.

“Mereka mahu lihat calon yang dilantik itu adalah calon yang berkredibiliti, calon yang dikehendaki, yang dirasakan berminat dan yakin ada keikhlasan, bukan calon hipokrit,” katanya lagi.

Isu pengisytiharan harta semakin hangat apabila wujud desakan agar Pengerusi Pakatan Harapan (PH) Tun Dr Mahathir Mohamad berbuat demikian ekoran dibidas pelbagai pihak susulan penyebaran artikel dan gambar gaya hidup ahli keluarganya yang mewah.

Mantan Perdana Menteri itu berkata beliau bersedia untuk mengisytiharkan hartanya, namun akan hanya berbuat demikian sekiranya beliau bertanding pada Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU14).

Baru-baru ini kumpulan penyelidikan pilihan raya dari PKR, Invoke Malaysia menawarkan dana kempen kepada bakal calon yang bertanding menentang BN dan sekutunya dalam PRU14 akan datang.

Bagaimanapun calon-calon tersebut diwajibkan mengisytiharkan harta setiap tahun serta menandatangani ‘akujanji’ untuk membawa pembaharuan di Malaysia.


PR DI SELANGOR IBARAT LEMBU PUNYA SUSU, SAPI DAPAT NAMA – MAT TAIB

Sekianlah artikel PR DI SELANGOR IBARAT LEMBU PUNYA SUSU, SAPI DAPAT NAMA – MAT TAIB kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.

Sudah dibaca PR DI SELANGOR IBARAT LEMBU PUNYA SUSU, SAPI DAPAT NAMA – MAT TAIB linknya https://malaysiadansekitarnya.blogspot.com/2017/11/pr-di-selangor-ibarat-lembu-punya-susu.html

Subscribe to receive free email updates:

Related Posts :

0 Response to "PR DI SELANGOR IBARAT LEMBU PUNYA SUSU, SAPI DAPAT NAMA – MAT TAIB"

Posting Komentar