Judul : PM harus berani tolak mereka yang tidak layak jadi calon PRU14 - Mat Taib
link : PM harus berani tolak mereka yang tidak layak jadi calon PRU14 - Mat Taib
PM harus berani tolak mereka yang tidak layak jadi calon PRU14 - Mat Taib
Rakyat terutama majoriti pengundi senyap ‘Silent Voters’ sedang memerhati dan akan menilai calon-calon Pilihan Raya Umum kali ini samada terdiri dari mereka yang berwibawa, dikehendaki, diminati dan diyakini mempunyai keikhlasan untuk berkhidmat pada rakyat.
Mereka akan menolak calon-calon hipokrit, yang guna connection dengan pemimpin-pemimpin, calon yang hanya datang ke bawah bawa duit dan tidak diyakini boleh membela nasib rakyat.
Pada Pilihan Raya Umum ke 14 (PRU14) ini, rakyat sudah tidak boleh ditipu kerana mereka kini terpelajar dan boleh melihat dengan mata kepala serta mata hati tentang seseorang calon yang ditonjolkan.
Oleh itu, UMNO dan Barisan Nasional (BN) Selangor mesti bersedia dengan calon-calon disukai rakyat dan berbau sedap seperti minyak wangi bagi merampas kembali pemerintahan negeri itu pada PRU kali ini.
Menjelang PRU14 ini, persiapan sedang rancak, sudah kelihatan pemimpin berlegar, tidak kira di peringkat bahagian, Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) dan Ahli Parlimen begitu asyik mencari sokongan rakyat serta pengundi di merata tempat.
Itu adalah antara intipati menarik pendapat Bekas Menteri Besar Selangor Tan Sri Muhammad Muhd Taib pada majlis Mesra Bersama Media di Bangunan UMNO Selangor di Shah Alam, pagi Jumaat.
Muhammad berkata, bagi memastikan menjadi kejayaan BN , Perdana Menteri yang juga Presiden UMNO dan Pengerusi BN , Datuk Seri Najib Tun Razak perlu berani membuat keputusan dalam pemilihan calon walaupun beliau akan mungkin berdepan dengan pelbagai kritikan terutama daripada golongan yang beranggapan mereka layak menjadi calon.
Menurut beliau, pucuk pimpinan boleh membuat penilaian melalui pelbagai laporan dan membuat keputusan mengikut kehendak rakyat yang mahu pemimpin benar-benar berkhidmat menjaga kebajikan mereka disamping bijak menyelesaikan masalah rakyat serta mempunyai semangat juang yang tinggi dan berwawasan.
“Tapi kalau letak calon yang sebelum bertanding sudah kalah dari segi moral, kenapa nak letakkan juga bertanding,” kata bekas Naib Presiden UMNO itu.
Pada sesi soal jawab itu Muhammad menegaskan, Najib perlu berani mengenepikan calon yang tidak mempunyai imej baik kerana UMNO dan BN akan berdepan dengan calon Pakatan Harapan (PH) yang tentunya lebih profesional dan berwibawa.
Beliau berharap calon PRU dari UMNO dan BN dari personaliti yang sebaik mungkin latarbelakangnya kerana pada zaman media sosial ini mereka akan menjadi sasaran fitnah pihak lawan yang beleh merebak dengan sekelip mata sahaja.
“Kalau nak letak Ketua Bahagian ke, Naib Ketua Bahagian ke, Ketua Wanita, Ketua Pemuda atau Ketua Puteri sekalipun sebagai calon, mereka mestikan yang majoriti rakyat di kawasan itu suka.
“Letak calon sama seperti nak masuk bertanding ratu cantik. Takkan kita nak hantar calon kementot. Mestilah kita letakkan calon yang terbaik dari semua segi,” katanya.
Sehubungan itu, Muhammad memberitahu, beliau bercadang bertemu dengan Najib untuk menyatakan pandangan itu secara peribadi agar kriteria pemilihan calon UMNO dan BN pada PRU14 ini lebih ketat.
Beliau juga bimbang jika masih ada lagi calon yang dua atau tiga kali kalah PRU sebelum ini akan melobi pucuk pimpinan untuk bertanding lagi dan rayuan itu diterima.
Muhammad yang lebih mesra dipanggil Mat Taib turut menjelaskan, antara faktor kekalahan BN Selangor pada PRU tahun 2008 disebabkan pemimpinnya dijentik atau didedahkan keangkuhannya oleh tentera media sosial upahan pembangkang mahupun dari penyokong sendiri.
Mengulas kerajaan negeri Selangor pimpinan dulu Pakatan Rakyat (PR) kini PH , Mat Taib berkata, dari tahun 2008 sehingga kini tidak ada satu pembangunan atau perkara baru dibuat mereka, melainkan semua yang dinikmati rakyat sehingga kini adalah hasil usaha kerajaan BN terdahulu.
“Antara yang kita nampak berlaku perubahan mendadak bawah PH ialah kemunculan kira-kira 9,000 pusat urut di Lembah Kelang yang mempengaruhi jiwa dan minda anak remaja.
“Aktiviti pelacuran juga menunjukkan peningkatan, selain gejala dadah dan hiburan tidak terkawal. Inilah kejayaan kerajaan PH. Untuk pembangunan ihsan, tidak ada. Yang ada adalah dari kita, UMNO dan BN,” ujar beliau.

Sekianlah artikel PM harus berani tolak mereka yang tidak layak jadi calon PRU14 - Mat Taib kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.
Sudah dibaca PM harus berani tolak mereka yang tidak layak jadi calon PRU14 - Mat Taib linknya https://malaysiadansekitarnya.blogspot.com/2017/11/pm-harus-berani-tolak-mereka-yang-tidak.html
0 Response to "PM harus berani tolak mereka yang tidak layak jadi calon PRU14 - Mat Taib"
Posting Komentar