Judul : PERUNTUKAN JAKIM DALAM BAJET 2018 TIDAK WAJAR DIPERSOAL....UNDI PH BERMAKNA HAK SAMA RATA...
link : PERUNTUKAN JAKIM DALAM BAJET 2018 TIDAK WAJAR DIPERSOAL....UNDI PH BERMAKNA HAK SAMA RATA...
PERUNTUKAN JAKIM DALAM BAJET 2018 TIDAK WAJAR DIPERSOAL....UNDI PH BERMAKNA HAK SAMA RATA...
Sudah semakin berani nak mempertikaikan pemberian kerajaan kepada Untuk Agama Islam...Sudah rasa angkuh dan rasa di Malaysia sudah ada hak sama rata ker?Itu belum menang lagi Pembangkang sudah berani mempersoalkan nya.
Peruntukan lebih besar dalam Bajet 2018 diberikan kepada Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) berbanding tahun lalu tidak wajar dipersoalkan oleh mana-mana pihak kerana sudah menjadi tanggungjawab pemerintah memelihara Islam yang menjadi agama rasmi Persekutuan.
Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Dr. Asyraf Wajdi Dusuki berkata, jumlah tersebut walau bagaimanapun bukanlah hak mutlak agensi berkenaan.
Kata beliau, sebaliknya lebih separuh daripada peruntukan diberikan itu untuk kegunaan pembayaran elaun para guru Kelas al-Quran dan Fardu Ain (KAFA), imam, bilal, siak dan guru takmir di seluruh negara.
“Ia melibatkan peruntukan sebanyak RM588 juta iaitu pembayaran khas secara sekali beri berjumlah RM1,500 kepada golongan terbabit.
“Justeru adalah tidak wajar mana-mana pihak mempersoal dan mempolemikkan peruntukan yang besar (Jakim) kerana menjadi tanggungjawab pemerintah menjaga Islam iaitu agama rasmi Persekutuan.
“Mengapakah hendak mempersoalkan perkara yang disepakati oleh semua kaum sebelum ini sedangkan sudah 60 tahun kita hidup secara harmoni dan saling menghormati,” katanya dalam sidang akhbar di sini hari ini.
Beliau berkata demikian selepas menghadiri Majlis Apresiasi KAFA dan Tadika Islam Peringkat Negeri di Dewan Warisan, sebagai mengulas pihak-pihak tertentu yang mempersoalkan peruntukan lebih tinggi diberikan kepada Jakim berbanding tahun lalu, walaupun dilanda kontroversi.
Raja Muda Perlis, Tuanku Syed Faizuddin Putra Jamalullail dan Raja Puan Muda Perlis, Tuanku Hajah Lailatul Shahreen Akashah Khalil berkenan berangkat mencemar duli ke majlis tersebut. – UTUSAN ONLINE
PERUNTUKAN JAKIM DALAM BAJET 2018 TIDAK WAJAR DIPERSOAL....UNDI PH BERMAKNA HAK SAMA RATA...
Sekianlah artikel PERUNTUKAN JAKIM DALAM BAJET 2018 TIDAK WAJAR DIPERSOAL....UNDI PH BERMAKNA HAK SAMA RATA... kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.
Sudah dibaca PERUNTUKAN JAKIM DALAM BAJET 2018 TIDAK WAJAR DIPERSOAL....UNDI PH BERMAKNA HAK SAMA RATA... linknya https://malaysiadansekitarnya.blogspot.com/2017/11/peruntukan-jakim-dalam-bajet-2018-tidak.html
0 Response to "PERUNTUKAN JAKIM DALAM BAJET 2018 TIDAK WAJAR DIPERSOAL....UNDI PH BERMAKNA HAK SAMA RATA..."
Posting Komentar