Pemuda UMNO Kelantan Serah Memorandum Tuntut Speaker Letak Jawatan

Pemuda UMNO Kelantan Serah Memorandum Tuntut Speaker Letak Jawatan - Hallo sahabat Malaysia dan Sekitarnya, Pada Artikel yang anda baca kali ini dengan judul Pemuda UMNO Kelantan Serah Memorandum Tuntut Speaker Letak Jawatan, kami telah mempersiapkan artikel ini dengan baik untuk anda baca dan ambil informasi didalamnya. mudah-mudahan isi postingan Artikel Berita, Artikel Budaya, Artikel Kabar, Artikel Malaysia, Artikel Melayu, Artikel News, Artikel Politik, Artikel Ragam, Artikel Sosial, Artikel Terbaru, Artikel Terkini, Artikel Update, yang kami tulis ini dapat anda pahami. baiklah, selamat membaca.

Judul : Pemuda UMNO Kelantan Serah Memorandum Tuntut Speaker Letak Jawatan
link : Pemuda UMNO Kelantan Serah Memorandum Tuntut Speaker Letak Jawatan

Baca juga


Pemuda UMNO Kelantan Serah Memorandum Tuntut Speaker Letak Jawatan

KOTA BHARU, 23 Nov – Pergerakan Pemuda UMNO Kelantan hari ini mendesak agar Speaker Dewan Undangan Negeri (DUN) Kelantan dan timbalannya supaya meletak jawatan dengan segera ekoran tindakan mereka yang dianggap mencemarkan kesucian dewan.

Ketuanya, Mohd Azam Ismail berkata tindakan Speaker, Datuk Abdullah Ya’kub yang tidak membenarkan Ketua Pembangkang yang juga Anggota Dewan Undangan Negeri (ADUN) Paloh Datuk Nozula Mat Diah membahaskan Bajet 2018 serta menghalaunya keluar dewan semalam, sebagai perbuatan yang tidak sepatutnya berlaku.

Selain itu, tindakan Timbalan Speaker, Abdul Latiff Abdul Rahman dianggap keji dan menghina Nozula apabila mengeluarkan kenyataan ADUN Paloh itu sekadar ‘berlakon air mata’ sedangkan seluruh rakyat tahu beliau masih dalam keadaan uzur akibat serangan angin ahmar.

“Tindakan itu adalah satu penghinaan kepada rakyat Kelantan yang telah memilih wakil mereka bagi menyuarakan masalah rakyat di dalam dewan.

“Tindakan Speaker juga menghina Undang-Undang Tubuh Negeri Kelantan yang mengiktiraf hak-hak ahli Yang Berhormat untuk bersuara,” katanya a selepas menyerahkan memorandum berkenaan kepada Setiausaha DUN, Nik Khairul Anuar Nik Yusof di pintu masuk Kompleks Kota Darulnaim di sini, hari ini.

Memorandum itu diserahkan kira-kira 11.30 pagi dengan kehadiran lebih 50 anggota Pergerakan Pemuda UMNO Kelantan.

Mohd Azam berkata tindakan menghalang perbahasan dan menghalau Nozula keluar dari dewan itu dianggap sesuatu yang tidak sopan terhadap seorang wakil rakyat yang paling lama berkhidmat untuk rakyat di negeri ini.

“Kami menganggap tindakan seumpama itu telah membawa sejarah hitam dalam demokrasi negara dan perbuatan yang tidak bertamadun.

“Dengan itu, kami daripada Pergerakan Pemuda UMNO menyelar sekeras-kerasnya tindakan itu dan mahu kedua-dua yang terlibat meletakkan jawatan dengan segera, ” katanya.

Semalam, Nozula diarah keluar dewan oleh Speaker berikutan keengganannya duduk setelah diarahkan tidak mengganggu penggulungan oleh Exco Kerajaan Negeri.

Persidangan DUN Kelantan yang bermula Isnin lepas berakhir semalam.


Pemuda UMNO Kelantan Serah Memorandum Tuntut Speaker Letak Jawatan

Sekianlah artikel Pemuda UMNO Kelantan Serah Memorandum Tuntut Speaker Letak Jawatan kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.

Sudah dibaca Pemuda UMNO Kelantan Serah Memorandum Tuntut Speaker Letak Jawatan linknya https://malaysiadansekitarnya.blogspot.com/2017/11/pemuda-umno-kelantan-serah-memorandum.html

Subscribe to receive free email updates:

Related Posts :

0 Response to "Pemuda UMNO Kelantan Serah Memorandum Tuntut Speaker Letak Jawatan"

Posting Komentar