Judul : PEMIMPIN PH TAK SERIUS TANDING SATU LOGO, KATA PAKAR
link : PEMIMPIN PH TAK SERIUS TANDING SATU LOGO, KATA PAKAR
PEMIMPIN PH TAK SERIUS TANDING SATU LOGO, KATA PAKAR
Pakatan Harapan (PH) tidak serius untuk mendaftarkan gagasan mereka sebagai satu entiti politik bagi membolehkan mereka bertanding di bawah satu logo yang sama pada Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU14).
Penganalisis politik, Prof Datuk Dr Ramlah Adam berkata, pembangkang dilihat sudah terbiasa bertanding di bawah logo sendiri sejak daripada zaman Pakatan Alternatif lagi.
“Bagi saya mereka macam tidak bersungguh-sungguh nak lahirkan PH.
“Tapi, itu memang mungkin perangai mereka sebab masa Pakatan Alternatif, mereka tidak daftar juga, dan bertanding di bawah bendera masing-masing, jadi saya rasa itu memang cara mereka,” katanya ketika dihubungi Antarapos.
Sehingga kini, PH masih belum dapat didaftarkan sebagai satu gabungan parti politik.
Jabatan Pendaftar Pertubuhan (RoS) dikatakan masih belum meluluskan permohonan parti itu disebabkan masalah dalaman dua parti komponennya, DAP dan Parti Pribumi Bersatu Malaysia (PPBM).
Perkara itu dimaklumkan Kementerian Dalam Negeri (KDN) melalui Ketua Setiausahanya, Datuk Seri Alwi Ibrahim pada Isnin lalu selepas mengadakan pertemuan bersama pemimpim tertinggi PH yang diketuai pengerusi partinya, Tun Dr Mahathir.
Walau bagaimanapun, Dr Mahathir ketika ditemui media selepas perjumpaan tersebut meluahkan rasa kecewanya dan mendakwa RoS sengaja melengahkan proses pendaftaran PH dengan membiarkan status gabungan itu ‘misteri’.
Mengulas dakwaan Dr Mahathir tersebut, Ramlah berkata ia sepatutnya menjadi tanggungjawab parti itu sendiri untuk mendapatkan segala perkembangan berhubung pendaftaran parti mereka, dan bukannya sekadar menunggu keputusan daripada RoS sahaja.
Katanya, PH seakan sengaja mahu menunjukkan kepada rakyat tentang ‘kekejaman’ kerajaan terhadap ekoran masih gagal didaftarkan.
“Jadi bagi saya dia (Dr Mahathir) tidak akan mengaku itu salahnya, saya rasa Tun Mahathir akan salahkan RoS sebab tak ingatkan dia, sebab mana-mana parti pun bukan tanggungjawab RoS untuk ingatkan dia, mereka yang perlu ingat tentang apa yang perlu dibuat.
“Kalau soal hal apa-apa yang berkaitan dengan kerajaan BN, mereka memang akan cepat komen macam-macam dan saya rasa itu memang pendekatan mereka.
“Mereka memang nak tunjukkan kepada orang ramai salah kerajaan, sama ada mereka betul-betul faham apa yang mereka cakap tapi yang pentingnya logik biasa sahaja yang dipakai untuk mempengaruhi orang ramai,” ujarnya lagi.
Difahamkan pendaftaran PPBM yang dipengerusikan Dr Mahathir sendiri juga mungkin akan dibatalkan selepas melanggar perlembagaan parti.
Ia selepas parti itu tidak mengadakan mesyuarat tahunan, menubuhkan sayap pemuda dikenali sebagai Armada dan menangguhkan mesyuarat agung tanpa peruntukan dalam perlembagaan parti.
Sementara itu DAP pula dibelenggu masalah pemilihan ekoran RoS mengarahkan parti itu mengadakan pemilihan semula Jawatankuasa Eksekutif Pusat (CEC) kerana pertubuhan itu tidak mengiktiraf pemilihan parti yang dijalankan DAP pada 15 Disember 2012 dan pemilihan semula pada 29 September 2013.
Bagaimanapun, DAP pada 12 November lalu mengadakan pemilihan semula CEC dengan dikendalikan badan audit bebas, Grant Thornton.

Sekianlah artikel PEMIMPIN PH TAK SERIUS TANDING SATU LOGO, KATA PAKAR kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.
Sudah dibaca PEMIMPIN PH TAK SERIUS TANDING SATU LOGO, KATA PAKAR linknya https://malaysiadansekitarnya.blogspot.com/2017/11/pemimpin-ph-tak-serius-tanding-satu.html
0 Response to "PEMIMPIN PH TAK SERIUS TANDING SATU LOGO, KATA PAKAR"
Posting Komentar