PAS tuntut penjelasan... Ambiga kata tak boleh jelaskan

PAS tuntut penjelasan... Ambiga kata tak boleh jelaskan - Hallo sahabat Malaysia dan Sekitarnya, Pada Artikel yang anda baca kali ini dengan judul PAS tuntut penjelasan... Ambiga kata tak boleh jelaskan, kami telah mempersiapkan artikel ini dengan baik untuk anda baca dan ambil informasi didalamnya. mudah-mudahan isi postingan Artikel Berita, Artikel Budaya, Artikel Kabar, Artikel Malaysia, Artikel Melayu, Artikel News, Artikel Politik, Artikel Ragam, Artikel Sosial, Artikel Terbaru, Artikel Terkini, Artikel Update, yang kami tulis ini dapat anda pahami. baiklah, selamat membaca.

Judul : PAS tuntut penjelasan... Ambiga kata tak boleh jelaskan
link : PAS tuntut penjelasan... Ambiga kata tak boleh jelaskan

Baca juga


PAS tuntut penjelasan... Ambiga kata tak boleh jelaskan

PAS menggesa bekas Pengerusi Bersih 2.0, Datuk S Ambiga, menjelaskan afidavit Editor Sarawak Report, Clare Rewcastle-Brown, yang menamakan beliau sebagai sumber yang menyatakan pemimpin parti itu menerima wang daripada Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak.

Setiausaha Agung PAS, Datuk Takiyuddin Hassan, berkata Ambiga perlu bagi reaksi untuk memberi gambaran yang sebenarnya terhadap dakwaan editor terbabit adalah kenyataan dengar cakap (hear say).

Katanya, peguam PAS kini sedang mengkaji perkara terbabit dan akan mengambil tindakan sewajarnya.

"Tuduhan Sarawak Report mengenai penerimaan wang bernilai RM90 juta oleh pemimpin tertinggi PAS dari Datuk Seri Najib Razak itu sudah dinafikan sekeras-kerasnya, " katanya dalam satu kenyataan.

Rewcastle-Brown menerusi pembelaannya dalam saman fitnah yang dibuat Presiden PAS, Datuk Seri Abdul Hadi Awang, menamakan Ambiga sebagai sumber maklumat laporan portal kendaliannya berkaitan dakwaan pemimpin tertinggi PAS menerima wang daripada Perdana Menteri.

Berdasarkan kenyataan hujah balas dan pembelaan yang diterimanya,  Rewcastle-Brown mengatakan beliau memperoleh maklumat itu selepas bercakap dengan Ambiga, mengenai Najib, 1Malaysia Development Berhad (1MDB) dan PAS pada Julai 2016.

"Ambiga memberitahu bahawa sumbernya, yang mana beliau katakan boleh dipercayai, menganggarkan jumlah dibayar adalah sekitar RM90 juta," kata Rewcastle-Brown menerusi pembelaan yang difailkan kepada mahkamah bertarikh 11 Oktober lalu. 

Takiyuddin berkata, berhubung tuduhan Rewcastle-Brown itu, Presiden PAS sudah mengarahkan peguam mengambil tindakan sewajarnya.

Sementara itu, Ambiga enggan mengulas keterangan editor Sarawak Report yang mendakwa peguam itu sumber dalam kes saman PAS.

“Saya tidak boleh ulas perkara yang sedang dibicarakan dalam mahkamah United Kingdom,” kata Ambiga dipetik Malay Mail Online.

Portal Sarawak Report yang berpangkalan di London, mendakwa dana daripada Datuk Seri Najib Razak diberikan kepada pemimpin-pemimpin PAS bagi memecah pembangkang.

Susulan artikel awal Ogos 2016, Presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang menyaman Sarawak Report setelah gagal mendesaknya menarik balik dakwaan berkenaan.


PAS tuntut penjelasan... Ambiga kata tak boleh jelaskan

Sekianlah artikel PAS tuntut penjelasan... Ambiga kata tak boleh jelaskan kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.

Sudah dibaca PAS tuntut penjelasan... Ambiga kata tak boleh jelaskan linknya https://malaysiadansekitarnya.blogspot.com/2017/11/pas-tuntut-penjelasan-ambiga-kata-tak.html

Subscribe to receive free email updates:

Related Posts :

0 Response to "PAS tuntut penjelasan... Ambiga kata tak boleh jelaskan"

Posting Komentar