PAS sudah lama 'hidu' Amiruddin akan lompat parti - Mahfodz

PAS sudah lama 'hidu' Amiruddin akan lompat parti - Mahfodz - Hallo sahabat Malaysia dan Sekitarnya, Pada Artikel yang anda baca kali ini dengan judul PAS sudah lama 'hidu' Amiruddin akan lompat parti - Mahfodz, kami telah mempersiapkan artikel ini dengan baik untuk anda baca dan ambil informasi didalamnya. mudah-mudahan isi postingan Artikel Berita, Artikel Budaya, Artikel Kabar, Artikel Malaysia, Artikel Melayu, Artikel News, Artikel Politik, Artikel Ragam, Artikel Sosial, Artikel Terbaru, Artikel Terkini, Artikel Update, yang kami tulis ini dapat anda pahami. baiklah, selamat membaca.

Judul : PAS sudah lama 'hidu' Amiruddin akan lompat parti - Mahfodz
link : PAS sudah lama 'hidu' Amiruddin akan lompat parti - Mahfodz

Baca juga


PAS sudah lama 'hidu' Amiruddin akan lompat parti - Mahfodz

SHAH ALAM: PAS Pusat sebetulnya tidak terkejut dengan berita ADUN Anak Bukit, Datuk Amiruddin Hamzah bertindak melompat parti, berikutan sudah lama 'menghidu' kecenderungannya kepada Pakatan Harapan (PH).

Bagaimanapun Ketua Dewan Ulama PAS, Datuk Dr Mahfodz Mohamed mengaku agak terkejut apabila Amiruddin melompat masuk Parti Pribumi Bersatu Malaysia (PPBM) bukannya parti serpihannya, Amanah.

"Kita memang dah jangka dia (Amiruddin) nak keluar parti. Sebab tindak-tanduk dia dah harum manis (hijau di luar, oren di dalam) sudah lama.

"Cuma tidak tahu dia nak kemana. Biasanya ahli PAS akan pergi (sertai) Amanah tetapi tiba-tiba dia masuk Bersatu (PPBM)," katanya ketika dihubungi Antarapos hari ini.

Mahfodz kemudiannya berkata beliau tidak menolak akan ada pengikut Amiruddin yang akan turut keluar parti dalam masa terdekat.

"Saya jangka lepas dia ini akan diikuti satu dua orang lagi di Kedah khususnya. Kita pun sedang memerhati tindak tanduk mereka yang tidak bersama dengan PAS tetapi  bersama dengan parti-parti lain dalam Pakatan Harapan.

"Saya sendiri tidak terkejut sekiranya ada lagi selepas ini oleh mereka oleh ahli PAS yang menang melalui PAS, melalui pekerja-pekerja PAS," ujarnya.

Amiruddin pada Ahad mengumumkan beliau menyertai PPBM dan tidak lagi bersama PAS.

Pengumuman itu dibuat Timbalan Presiden Parti Pribumi Bersatu Malaysia (PPBM) yang juga bekas menteri besar Kedah, Datuk Seri Mukhriz Mahathir, semalam.

Amiruddin beralasan mahu berdepan Barisan Nasional (BN) pada Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU14) bersama Pakatan Harapan (PH), yang dakwanya lebih kukuh dan kuat.

Beliau turut menjelaskan, keputusannya menyertai PPBM juga disebabkan PAS enggan bekerjasama dengan PH pada PRU14 untuk menjatuhkan BN.

Kini, PH kini mempunyai sembilan wakil rakyat dalam DUN Kedah, manakala PAS memiliki tujuh ADUN dan selebihnya, 20 wakil rakyat BN.


PAS sudah lama 'hidu' Amiruddin akan lompat parti - Mahfodz

Sekianlah artikel PAS sudah lama 'hidu' Amiruddin akan lompat parti - Mahfodz kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.

Sudah dibaca PAS sudah lama 'hidu' Amiruddin akan lompat parti - Mahfodz linknya https://malaysiadansekitarnya.blogspot.com/2017/11/pas-sudah-lama-hidu-amiruddin-akan.html

Subscribe to receive free email updates:

Related Posts :

0 Response to "PAS sudah lama 'hidu' Amiruddin akan lompat parti - Mahfodz"

Posting Komentar