Judul : PAS SIFATKAN AMIRUDDIN SERTAI PPBM SAMA SEPERTI SERTAI PAN, DAP
link : PAS SIFATKAN AMIRUDDIN SERTAI PPBM SAMA SEPERTI SERTAI PAN, DAP
PAS SIFATKAN AMIRUDDIN SERTAI PPBM SAMA SEPERTI SERTAI PAN, DAP
Tindakan Adun PAS Anak Bukit, Dato’ Amiruddin Hamzah yang memilih untuk menyertai Parti Pribumi Bersatu Malaysia (PPBM) dan bukan Parti Amanah Negara (PAN) tidak memberi sebarang perbezaan bagi PAS.
Naib Presiden PAS, Dato’ Nik Mohd Amar Nik Abdullah menegaskan bahawa partinya melihat tindakan Amiruddin itu sebagai sama sahaja memandangkan parti itu muktamad tidak mempunyai sebarang kerjasama dengan Pakatan Harapan.
“Sama saja beliau masuk PPBM, PAN atau DAP. Sebab kita tidak mempunyai sebarang kerjasama dengan ketiga-tiga parti itu,” katanya dalam satu kenyataan yang dipetik dari sebuah laman portal berita.
Nik Mohd Amar sebaliknya menyindir pedas Ahli Parlimen Pokok Sena, Dato’ Mahfuz Omar yang disifatkan sebagai tidak “gentleman” berbanding Amiruddin.
Tegas beliau, Ahli Parlimen dan Adun PAS itu keduanya merupakan ‘duri dalam daging’ yang hanya merosakkan parti dari dalam.
“Pengumuman beliau menyertai PPBM itu menunjukkan beliau seorang ahli politik yang ‘gentleman’, berbanding (Ahli Parlimen) Pokok Sena (Dato’ Mahfuz Omar).
“Itu lebih baik untuk PAS. Berbanding mereka yang duduk dalam PAS tetapi merosakan parti,” kata beliau.
Selain Amiruddin dan Mahfuz, desas-desus turut mendakwa Adun Kubang Rotan, Nasir Mustafa juga cenderung untuk keluar parti dan menyertai salah satu parti yang membentuk Pakatan Harapan.
Walau bagaimanapun, hanya Amiruddin sahaja yang “berani” bertindak mengkhianati PAS sehingga kini berbanding dua wakil rakyat PAS tersebut.
Dato’ Seri Mukhriz Tun Mahathir yang mengepalai Pakatan Harapan Kedah kelmarin mengumumkan penerimaan PPBM terhadap permohonan Amiruddin untuk menyertai parti yang ditubuh bersama bapanya itu.
Difahamkan bahawa PPBM kini giat “memancing” pemimpin PAS Kedah untuk menyertai mana-mana parti di bawah Pakatan Harapan setelah gagal memaksa PAS untuk bekerjasama pada PRU ke-14 nanti.
Selain itu, turut dikatakan PPBM kini juga dilanda masalah ketandusan pemimpin untuk dipilih sebagai calon mewakili parti serpihan itu pada piliha raya nanti. – Kedahnews.com

Sekianlah artikel PAS SIFATKAN AMIRUDDIN SERTAI PPBM SAMA SEPERTI SERTAI PAN, DAP kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.
Sudah dibaca PAS SIFATKAN AMIRUDDIN SERTAI PPBM SAMA SEPERTI SERTAI PAN, DAP linknya https://malaysiadansekitarnya.blogspot.com/2017/11/pas-sifatkan-amiruddin-sertai-ppbm-sama.html
0 Response to "PAS SIFATKAN AMIRUDDIN SERTAI PPBM SAMA SEPERTI SERTAI PAN, DAP"
Posting Komentar