PAN bercakap tanpa kajian... PAS ulas kenyataan Husam

PAN bercakap tanpa kajian... PAS ulas kenyataan Husam - Hallo sahabat Malaysia dan Sekitarnya, Pada Artikel yang anda baca kali ini dengan judul PAN bercakap tanpa kajian... PAS ulas kenyataan Husam, kami telah mempersiapkan artikel ini dengan baik untuk anda baca dan ambil informasi didalamnya. mudah-mudahan isi postingan Artikel Berita, Artikel Budaya, Artikel Kabar, Artikel Malaysia, Artikel Melayu, Artikel News, Artikel Politik, Artikel Ragam, Artikel Sosial, Artikel Terbaru, Artikel Terkini, Artikel Update, yang kami tulis ini dapat anda pahami. baiklah, selamat membaca.

Judul : PAN bercakap tanpa kajian... PAS ulas kenyataan Husam
link : PAN bercakap tanpa kajian... PAS ulas kenyataan Husam

Baca juga


PAN bercakap tanpa kajian... PAS ulas kenyataan Husam

PAS menyindir Parti Amanah Negara (PAN) yang disifatkannya 'tidak sedar diri' apabila yakin mampu merampas 13 kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) di Selangor yang kini disandang PAS.

Pesuruhjaya PAS Selangor, Sallehen Mukhyi, berkata hasil kajian Institut Kajian Darul Ehsan (IDE) baru-baru ini, menunjukkan hanya satu peratus rakyat menyokong PAN.

Perkembangan itu, katanya, turut menimbulkan kebimbangan dalam kalangan pemimpin PKR dan DAP mengenai kemampuan parti serpihan PAS terbabit.

"Kenyataan PAN mahu rampas 13 kerusi DUN milik PAS Selangor tidak lebih sekadar kenyataan politik. Dia (PAN) cakap tanpa buat kajian, dia hanya penumpang dalam pakatan pembangkang.

"Lagi pun dia tidak lebih berperanan sebagai pengacau kepada PAS sahaja. Kenapa hanya tumpu Selangor dan Kelantan? Sebabnya untuk kacau PAS, itu tujuan utamanya," katanya.

Beliau mengulas kenyataan Naib Presiden PAN, Datuk Husam Musa yang yakin partinya akan merampas 13 kerusi DUN Selangor dimenangi PAS pada Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU-13).

Sebelum itu, Pengerusi PAN Selangor, Ir Izham Hashim dilaporkan berkata, parti berkenaan mahu bertanding sekurang-kurangnya 14 daripada 56 kerusi DUN di negeri ini pada PRU-14.

PAN konsisten mahu bertanding kerusi DUN disandang PAS, iaitu Taman Templer, Lembah Jaya, Paya Jaras, Chempaka, Meru, Dusun Tua, Tanjung Sepat, Sabak, Gombak Setia, Bangi, Seri Serdang, Selat Klang, Sijangkang, Morib dan Hulu Kelang.

Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Hulu Kelang, Saari Sungib serta ADUN Morib, Hasnul Baharuddin bagaimanapun keluar PAS tidak lama selepas PRU-13 dan menyertai PAN.

Mengenai dakwaan kemenangan PAS pada PRU-13 banyak dipengaruhi undi kaum Cina, Sallehen berkata, pelbagai kemungkinan boleh berlaku dalam politik, malah pengundi Cina belum tentu mengundi DAP pada PRU-14.

Beliau juga mengulangi pendirian bahawa PAS Selangor bersedia menghadapi pertandingan tiga penjuru pada PRU-14 nanti.

"PAS Selangor bersedia bertanding 42 kerusi DUN Selangor. Penyebab pertandingan tiga penjuru ialah PAN, bukan PAS," katanya.


PAN bercakap tanpa kajian... PAS ulas kenyataan Husam

Sekianlah artikel PAN bercakap tanpa kajian... PAS ulas kenyataan Husam kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.

Sudah dibaca PAN bercakap tanpa kajian... PAS ulas kenyataan Husam linknya https://malaysiadansekitarnya.blogspot.com/2017/11/pan-bercakap-tanpa-kajian-pas-ulas.html

Subscribe to receive free email updates:

Related Posts :

0 Response to "PAN bercakap tanpa kajian... PAS ulas kenyataan Husam"

Posting Komentar