Judul : ORANG CINA WAJIB BERI MANDAT KEPADA MCA DALAM PRU14 INI
link : ORANG CINA WAJIB BERI MANDAT KEPADA MCA DALAM PRU14 INI
ORANG CINA WAJIB BERI MANDAT KEPADA MCA DALAM PRU14 INI
Masyarakat Cina harus memberi mandat dan kekuatan kepada MCA pada Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU14) jika komuniti itu mahu terus berada dalam arus perdana pembangunan negara.
Presiden MCA, Datuk Seri Liow Tiong Lai, berkata masyarakat Cina seharusnya merebut peluang ketika negara berada dalam fasa transformasi yang cukup pesat.
“Kita akan menjadi negara maju dalam masa terdekat, oleh itu kami mengajak kaum Cina jangan terkebelakang, jangan mudah diperlekeh dan diputar belit oleh pembangkang.
“Pembangkang (pada PRU13) mendapat sokongan kuat daripada komuniti Cina tetapi (parti pembangkang) membazirkan semua kekuatan yang diberikan (pengundi Cina) kerana mereka parti yang negatif, pecah belah, tidak membina, hanya tahu mengkritik, mengutuk orang, menanam benih kebencian dan perpecahan,” katanya.
Tiong Lai yang juga Menteri Pengangkutan bercakap pada sidang media selepas merasmikan Karnival MCA Teguh Bersama semalam.
Yang turut hadir, Timbalan Menteri Kewangan yang juga Naib Presiden MCA, Datuk Lee Chee Leong serta EXCO kerajaan Perak yang juga Pengerusi MCA negeri, Datuk Dr Mah Hang Soon.
Tiong Lai berkata, parti itu kini dalam proses menjelaskan kepada masyarakat Cina bahawa MCA adalah sebuah parti yang positif, membina dan banyak menyumbang kepada negara dan komuniti berkenaan.
Beliau berkata, menerusi program karnival seperti itu memberi peluang kepada parti berkenaan memberitahu orang ramai mengenai semua inisiatif yang dilakukan MCA demi masyarakat Cina dan negara.
“Kami telah mencapai matlamat menyatu padukan parti secara dalaman dan kini bergerak cergas untuk mengembangkan sumbangan parti bersama masyarakat Cina,” katanya.

Sekianlah artikel ORANG CINA WAJIB BERI MANDAT KEPADA MCA DALAM PRU14 INI kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.
Sudah dibaca ORANG CINA WAJIB BERI MANDAT KEPADA MCA DALAM PRU14 INI linknya https://malaysiadansekitarnya.blogspot.com/2017/11/orang-cina-wajib-beri-mandat-kepada-mca.html
0 Response to "ORANG CINA WAJIB BERI MANDAT KEPADA MCA DALAM PRU14 INI"
Posting Komentar