Nurul Izzah perlu sedar siapa sebenarnya lawan Anwar

Nurul Izzah perlu sedar siapa sebenarnya lawan Anwar - Hallo sahabat Malaysia dan Sekitarnya, Pada Artikel yang anda baca kali ini dengan judul Nurul Izzah perlu sedar siapa sebenarnya lawan Anwar, kami telah mempersiapkan artikel ini dengan baik untuk anda baca dan ambil informasi didalamnya. mudah-mudahan isi postingan Artikel Berita, Artikel Budaya, Artikel Kabar, Artikel Malaysia, Artikel Melayu, Artikel News, Artikel Politik, Artikel Ragam, Artikel Sosial, Artikel Terbaru, Artikel Terkini, Artikel Update, yang kami tulis ini dapat anda pahami. baiklah, selamat membaca.

Judul : Nurul Izzah perlu sedar siapa sebenarnya lawan Anwar
link : Nurul Izzah perlu sedar siapa sebenarnya lawan Anwar

Baca juga


Nurul Izzah perlu sedar siapa sebenarnya lawan Anwar

Naib Presiden PKR, Nurul Izzah Anwar diminta agar membandingkan keadaan bapanya Datuk Seri Anwar Ibrahim ketika menentang Tun Mahathir Mohamad dengan zaman Datuk Seri Najib Tun Razak.

Pegawai Khas Perdana Menteri, Datuk Rizal Mansor dalam satu kenyataan memberitahu, keadaan Anwar dalam era tentangan terhadap Mahathir dan Najib sangat jauh berbeza.

"Kalau masa lawan Mahathir, tidak pernah beliau dilihat menziarahi Anwar ketika bekas timbalannya itu masuk hospital. Yang kita nampak mata lebam Anwar ketika era lawan Mahathir.

"Hari ini, Anwar tidak lagi bermata lebam dan ketika masuk hospital untuk rawatan, beliau terima lawatan  Datuk Seri Najib.

"Malah, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi juga ada menjenguk Anwar di hospital," katanya.

Rizal menyarankan anak-anak Anwar supaya membuka mata dan memikirkan perbezaan antara era Najib dan Mahathir.

"Itu belum termasuk kesanggupan Datuk Seri Najib untuk meredah banjir di Pulau Pinang walaupun para pengundi di Pulau Mutiara itu secara majoritinya menyokong DAP.

"Sedarlah Nurul Izzah, siapa lawan sebenar bapa anda walaupun kini Nurul Izzah boleh terima orang yang pernah menjatuhkan bapanya untuk bekerjasama demi kuasa dan survival politiknya," jelasnya.

Pada Jumaat, Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak dan isteri Datin Seri Rosmah Mansor melawat Ketua Umum Parti Keadilan Rakyat (PKR) Datuk Seri Anwar Ibrahim yang kini dirawat di Hospital Kuala Lumpur (HKL).

Dalam muat naik ke akaun Facebook miliknya, Najib juga mendoakan agar Anwar cepat sembuh.

Manakala pada Sabtu, Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi dan isteri Datin Seri Hamidah Khamis meluangkan masa menziarahi  Anwar Ibrahim di HKL.

Zahid turut mendoakan Anwar agar cepat sembuh.


Nurul Izzah perlu sedar siapa sebenarnya lawan Anwar

Sekianlah artikel Nurul Izzah perlu sedar siapa sebenarnya lawan Anwar kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.

Sudah dibaca Nurul Izzah perlu sedar siapa sebenarnya lawan Anwar linknya https://malaysiadansekitarnya.blogspot.com/2017/11/nurul-izzah-perlu-sedar-siapa.html

Subscribe to receive free email updates:

Related Posts :

0 Response to "Nurul Izzah perlu sedar siapa sebenarnya lawan Anwar"

Posting Komentar