Judul : Najib Puji Surau Dan Masjid Di Pulau Pinang
link : Najib Puji Surau Dan Masjid Di Pulau Pinang
Najib Puji Surau Dan Masjid Di Pulau Pinang
Najib Puji Surau Dan Masjid Di Pulau Pinang. Perdana Menteri Najib Razak hari ini memuji tindakan jawatankuasa surau dan masjid di Pulau Pinang membuka pintu kepada mangsa banjir untuk berteduh tanpa mengira agama dan kaum, walaupun tindakan itu mencetuskan kontroversi.
Bernama melaporkan Najib berkata tindakan itu merupakan contoh semangat 1Malaysia Negaraku yang patut diamalkan.
Najib Puji Surau Dan Masjid Di Pulau Pinang. “Bagi saya, tindakan surau dan masjid yang membuka pintu sebagai tempat berteduh bagi mangsa banjir tanpa mengira agama dan kaum adalah tepat, wajar dan sesuatu yang harus dipuji,” kata Najib menerusi catatan di laman rasmi Facebook beliau, hari ini.
Ketika paras air semakin tinggi di Pulau Pinang pada Ahad lalu, seorang bilal di sebuah surau di George Town memberi perlindungan kepada 70 penduduk tempatan kaum India dan Cina di sekitar Lengkuk P Ramlee.
Tindakan bilal itu kemudian mencetuskan reaksi yang pelbagai termasuk kritikan daripada pendakwah kontroversi yang juga Presiden Persatuan Ahli Sunnah Wal Jamaah, Zamihan Mohd Zin.
Menulis di Facebook dengan mengemukakan dalil Al-Quran dan hadis mengenai hukum orang bukan Islam masuk ke masjid, Zamihan berkata apa yang berlaku seperti dirakamkan pada sekeping foto yang tular di media sosial "tidak sepatutnya berlaku".
Najib Puji Surau Dan Masjid Di Pulau Pinang
Zamihan berkata tindakan membenarkan orang Islam berlindung di masjid itu "tidak boleh dikategorikan sebagai darurat kerana masih ada ikhtiar lain untuk keperluan mereka".
"Pihak pengurusan masjid/surau juga perlu mengingatkan mereka dengan adab dan syarat bagi menjaga kesucian masjid," katanya.
Sekeping foto yang tular di media sosial menunjukkan beberapa orang bukan Islam berehat di surau berkenaan, termasuk seorang lelaki yang tidak berbaju.
Kenyataan Zamihan di Facebook itu hari ini bagaimanapun dipercayai sudah dipadam.
Pegawai Penerangan di Pejabat Ketua Menteri Pulau Pinang Wan Ji Wan Hussin pula awal hari ini berkata tiada yang luar biasa apabila orang Islam membuka pintu surau untuk orang bukan Islam berlindung kerana warga negeri itu sememangnya mengamalkan "sifat damai" tanpa mengira agama.
Najib pula dipetik sebagai berkata Islam mengajar umatnya berkasih sayang, dan beliau mengambil iktibar kisah Rasulullah yang memberi perlindungan kepada semua, tanpa mengira agama, tatkala mereka memerlukan bantuan.
Najib Puji Surau Dan Masjid Di Pulau Pinang
“Seperti yang tertera dalam Surah At-Taubah, mafhumnya ‘Dan jika seorang antara orang musyrikin itu meminta perlindungan kepadamu, maka lindungilah ia’," katanya.
Media sebelum ini melaporkan Surau Taman Free School di Georgetown membenarkan kira-kira 70 mangsa banjir membabitkan masyarakat Cina dan India yang tinggal di kampung sekitar kawasan itu untuk berteduh di surau berkenaan ekoran paras air yang naik secara mendadak.
Sebuah surau di Kampung Tanjung Putus, Permatang Pauh juga masih menempatkan 150 keluarga mangsa banjir di kawasan itu dan beberapa masjid turut membuka pintu kepada mangsa banjir.
Hujan lebat dan angin kencang yang berlarutan selama beberapa jam pada Sabtu lepas menyebabkan hampir keseluruhan kawasan di Pulau Pinang ditenggelami air dan ada kawasan sehingga satu meter yang menyebabkan lebih 6,000 orang dipindahkan ke pusat-pusat pemindahan banjir.
Najib Puji Surau Dan Masjid Di Pulau Pinang. Bencana banjir di negeri itu sehingga ini mengorbankan tujuh nyawa. – MI
Iklan
Najib Puji Surau Dan Masjid Di Pulau Pinang
Sekianlah artikel Najib Puji Surau Dan Masjid Di Pulau Pinang kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.
Sudah dibaca Najib Puji Surau Dan Masjid Di Pulau Pinang linknya https://malaysiadansekitarnya.blogspot.com/2017/11/najib-puji-surau-dan-masjid-di-pulau.html
0 Response to "Najib Puji Surau Dan Masjid Di Pulau Pinang"
Posting Komentar