MP pembangkang kena ‘sekolah’ masih tak faham isu subsidi

MP pembangkang kena ‘sekolah’ masih tak faham isu subsidi - Hallo sahabat Malaysia dan Sekitarnya, Pada Artikel yang anda baca kali ini dengan judul MP pembangkang kena ‘sekolah’ masih tak faham isu subsidi, kami telah mempersiapkan artikel ini dengan baik untuk anda baca dan ambil informasi didalamnya. mudah-mudahan isi postingan Artikel Berita, Artikel Budaya, Artikel Kabar, Artikel Malaysia, Artikel Melayu, Artikel News, Artikel Politik, Artikel Ragam, Artikel Sosial, Artikel Terbaru, Artikel Terkini, Artikel Update, yang kami tulis ini dapat anda pahami. baiklah, selamat membaca.

Judul : MP pembangkang kena ‘sekolah’ masih tak faham isu subsidi
link : MP pembangkang kena ‘sekolah’ masih tak faham isu subsidi

Baca juga


MP pembangkang kena ‘sekolah’ masih tak faham isu subsidi

Beberapa Ahli Parlimen pembangkang telah ‘disekolahkan’ oleh Menteri Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan (KPDNKK) Datuk Seri Hamzah Zainuddin kerana sering mengaitkan kenaikan kos sara hidup tinggi adalah akibat penarikan subsidi petrol.

Ahli Parlimen DAP Rasah Teo Kok Seong dan Ahli Parlimen PKR Kapar G. Manivannan mendakwa penarikan subsidi petrol telah menyebabkan harga barangan keperluan harian naik mendadak.

Berang dengan kenyataan tersebut, Hamzah menafikannya dan menjelaskan isu itu timbul apabila ia dimanipulasikan oleh para peniaga dan pembangkang.

Katanya, penarikan subsidi petroleum itu adalah bagi memberikan keadilan kepada rakyat yang berpendapatan rendah menikmati subsidi tersebut yang dipulangkan kerajaan melalui kaedah lain.

“Sebagai contoh jika subsidi diberi sebanyak 50 sen seliter. Pak cik yang tinggal di kampung hanya menggunakan motorsikal menggunakan lebih kurang 40 liter sebulan berbanding dengan golongan elit yang sekali isi minyak pada kereta mewahnya sebanyak 40 liter.

“Jadi di manakah keadilan untuk rakyat yang berpendapatan rendah? Golongan kaya terus menikmati jumlah subsidi yang banyak sedangkan golongan lain, mereka tidak mampu berbuat demikian.

“Oleh sebab itu, kerajaan telah memulangkan subsidi tersebut dalam bentuk lain seperti menyediakan lebih banyak rumah mampu milik, BR1M, dan beberapa sektor lain, inilah keadilan yang diterapkan kerajaan untuk semua rakyat,” tegasnya.

Beliau berkata demikian dalam pergulungan Bajet 2018 bagu kementeriannya di Dewan Rakyat, pada Rabu.

Tambahnya, kerajaan sentiasa prihatin dan serius terhadap kenaikan harga minyak dengan cuba sebaik mungkin meminimakan kos kenaikan harga minyak dunia yang tidak menentu sejak kebelakangan ini.

“Bagaimanapun harga minyak ini kita sukar kawal kerana ia bergantung pada pasaran harga minyak dunia.

“Sebab itu saya menyangkal harga barang tinggi disebabkan kerana penarikan subsidi minyak.

“Dan saya juga menolak beberapa dakwaan yang mengatakan penarikan subsidi untuk sesuatu barang telah menyebabkan barang naik sedangkan kerajaan sudah memberi alternatif lain kepada pengguna,” jelasnya.

Menurut Ahli Parlimen Larut itu lagi, walaupun kerajaan menarik subsidi barangan minyak masak tetapi kerajaan tidak lupa untuk menyediakan pilihan kepada pengguna

“Memanglah kalau kita beli minyak masak lima kilogram harganya mahal kerana ia tidak ada subsidi.

“Kita dah beri pilihan untuk beli minyak masak paket yang harganya lebih murah. Jadi sebenarnya isu ini tidak patut timbul,” jelasnya menjawab celahan Ahli Parlimen PAS Bukit Gantang Idris Ahmad.


MP pembangkang kena ‘sekolah’ masih tak faham isu subsidi

Sekianlah artikel MP pembangkang kena ‘sekolah’ masih tak faham isu subsidi kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.

Sudah dibaca MP pembangkang kena ‘sekolah’ masih tak faham isu subsidi linknya https://malaysiadansekitarnya.blogspot.com/2017/11/mp-pembangkang-kena-sekolah-masih-tak.html

Subscribe to receive free email updates:

Related Posts :

0 Response to "MP pembangkang kena ‘sekolah’ masih tak faham isu subsidi"

Posting Komentar