Lim Kit Siang Hilang Lagi…Orang Yang Bodoh Saja Undi Mereka Ini

Lim Kit Siang Hilang Lagi…Orang Yang Bodoh Saja Undi Mereka Ini - Hallo sahabat Malaysia dan Sekitarnya, Pada Artikel yang anda baca kali ini dengan judul Lim Kit Siang Hilang Lagi…Orang Yang Bodoh Saja Undi Mereka Ini, kami telah mempersiapkan artikel ini dengan baik untuk anda baca dan ambil informasi didalamnya. mudah-mudahan isi postingan Artikel Berita, Artikel Budaya, Artikel Kabar, Artikel Malaysia, Artikel Melayu, Artikel News, Artikel Politik, Artikel Ragam, Artikel Sosial, Artikel Terbaru, Artikel Terkini, Artikel Update, yang kami tulis ini dapat anda pahami. baiklah, selamat membaca.

Judul : Lim Kit Siang Hilang Lagi…Orang Yang Bodoh Saja Undi Mereka Ini
link : Lim Kit Siang Hilang Lagi…Orang Yang Bodoh Saja Undi Mereka Ini

Baca juga


Lim Kit Siang Hilang Lagi…Orang Yang Bodoh Saja Undi Mereka Ini

Sudah memasuki hari kelima kejadian banjir besar berlaku di Pulau Pinang sehingga menjejaskan ribuan warga Pulau Pinang. Malah, sekurang-kurangnya 8 laporan tanah runtuh dilaporkan dengan puluhan laporan mengenai kejadian pokok tumbang turut dilaporkan. Sehinggakan Ketua Menteri Pulau Pinang, Lim Guan Eng sendiri dilihat mengaku kalah akibat “amukan” alam sekitar pada kali ini.

Menariknya, walaupun berbeza fahaman politik dan kerap dihentam, dikutuk dan difitnah oleh Lim Guan Eng dan pemimpin DAP pusat mahupun negeri Pulau Pinang, Datuk Seri Mohd Najib dan Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi serta Menteri Pertahanan, Datuk Seri Hishamuddin Tun Hussien tetap datang untuk melihat dan menghulurkan bantuan kepada penduduk yang terjejas.

Malah, peruntukan sehingga RM 1 bilion juga turut disalurkan kepada kerajaan negeri Pulau Pinang bagi membina 13 beting penahan banjir di seluruh kawasan berisiko untuk di landa banjir. Inilah komitmen berterusan yang dipamerkan oleh kerajaan walaupun masih ada pihak yang cukup hitam hatinya mendakwa, bantuan berkenaan tidak lebih dari sekadar gula-gula untuk memancing undi pada Pilihan Raya Umum ke 14 kelak.

Disaat kesemua pemimpin utama kerajaan turun melihat dan membantu kerajaan dan rakyat negeri Pulau Pinang, Ahli Parlimen Permatang Pauh, Datin Seri Wan Azizah Wan Ismail turut turun melihat penderitaan rakyat di Parlimen Permatang Pauh. Cuma yang membezakan adalah, kehadiran Wan Azizah hanyalah untuk melambai tangan kepada penduduk, bergambar sebelum bergegas ke Kuala Lumpur untuk menghadiri sambutan 1,000 hari Datuk Seri Anwar di penjarakan.

Pengerusi Pakatan Harapan, Tun Dr Mahathir pula turun semalam setelah banjir di kebanyakan tempat sudah beransur pulih. Sama seperti Wan Azizah, kehadirannya adalah untuk melambai, bersalam, bergambar dan melihat kawasan banjir tanpa sedikitpun menghulurkan bantuan kepada penduduk yang terjejas akibat banjir.

Seorang lagi pemimpin utama Pakatan Harapan, Lim Kit Siang jauh lebih hebat. Sepanjang lima hari banjir ini, kelibatnya langsung tidak kelihatan walaupun dia hadir semasa sambutan 1,000 hari Anwar dipenjarakan. Agak menghairankan, kemana menghilangnya bapa kepada Lim Guan Eng ini? Adakah Lim Guan Eng melarangnya datang ke Pulau Pinang atau dia sememangnya enggan ke Pulau Pinang?

Memang cukup menghairankan sekiranya diambil kepada latar belakangnya yang pernah menjadi ADUN dan Ahli Parlimen di Pulau Pinang. Dia seolah-olah membiarkan sahaja nasib Pulau Pinang ditangan anaknya sehinggakan anaknya terpaksa merayu bantuan dari kerajaan pusat, kerajaan yang begitu kerap dihina dan di fitnah oleh Kit Siang dan Guan Eng.

Mungkin juga, bagi Lim Kit Siang, sudah cukup baginya menghantar “hambanya”, Mahathir untuk meninjau sendiri keadaan di Pulau Pinang. Baginya, kehadiran Mahathir sudah mencukupi dan dia mungkin yakin dengan kemampuan anaknya menguruskan bencana ini di Pulau Pinang. Namun persoalannya, tidakkah terdetik dihati Kit Siang untuk memberi sokongan moral kepada anaknya dan rakyat yang memberi mandat kepada anaknya memerintah Pulau Pinang?


Lim Kit Siang Hilang Lagi…Orang Yang Bodoh Saja Undi Mereka Ini

Sekianlah artikel Lim Kit Siang Hilang Lagi…Orang Yang Bodoh Saja Undi Mereka Ini kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.

Sudah dibaca Lim Kit Siang Hilang Lagi…Orang Yang Bodoh Saja Undi Mereka Ini linknya https://malaysiadansekitarnya.blogspot.com/2017/11/lim-kit-siang-hilang-lagiorang-yang.html

Subscribe to receive free email updates:

Related Posts :

0 Response to "Lim Kit Siang Hilang Lagi…Orang Yang Bodoh Saja Undi Mereka Ini"

Posting Komentar