'Kepala bapak kau'…- PM hentam pembangkang fitnah pasal China

'Kepala bapak kau'…- PM hentam pembangkang fitnah pasal China - Hallo sahabat Malaysia dan Sekitarnya, Pada Artikel yang anda baca kali ini dengan judul 'Kepala bapak kau'…- PM hentam pembangkang fitnah pasal China, kami telah mempersiapkan artikel ini dengan baik untuk anda baca dan ambil informasi didalamnya. mudah-mudahan isi postingan Artikel Berita, Artikel Budaya, Artikel Kabar, Artikel Malaysia, Artikel Melayu, Artikel News, Artikel Politik, Artikel Ragam, Artikel Sosial, Artikel Terbaru, Artikel Terkini, Artikel Update, yang kami tulis ini dapat anda pahami. baiklah, selamat membaca.

Judul : 'Kepala bapak kau'…- PM hentam pembangkang fitnah pasal China
link : 'Kepala bapak kau'…- PM hentam pembangkang fitnah pasal China

Baca juga


'Kepala bapak kau'…- PM hentam pembangkang fitnah pasal China

Datuk Seri Najib Tun Razak selama ini memang tidak pernah guna perkataan popular yang cukup kasar ini.Namun setiap orang ada tahap kesabaran.

Perdana Menteri mengakui beliau marah kerana gelagat pembangkang yang cuba menipu rakyat sampai tidak masuk akal dakwa konon kerajaan nak jual kedaulatan kepada China.

‘Kepala bapak kau…’ katanya bergema bergema di dewan Wisma MCA di Kuala Lumpur Ahad ketika berucap merasmikan Perhimpunan Agung MCA.

Serentak dengan itu Najib meminta maaf mengunakan bahasa kasar itu.

Beliau menegaskan demikian ketika merujuk fitnah keterlaluan berkaitan projek syarikat China,Kuantan Industrial Park,Forest City serta dakwaan pasal kedaluatan negara.

"Mereka (pembangkang) mengancam untuk mengubah segala-galanya (apabila mereka menang), mengatakan bahawa kami telah menjual kedaulatan kita. Apa kedaulatan? Kepala bapak kau!, "katanya.

"Maaf, saya perlu menggunakan bahasa kasar. Tetapi ia tidak masuk akal, di mana kehilangan kedaulatan, adakah anda fikir kita bodoh, kita tidak bodoh," katanya.

Hadir sama ialah presiden MCA Datuk Seri Liow Tiong Lai, timbalan presiden Datuk Seri Wee Ka Siong dan kepimpinan pusat parti lain.

Ini gara-gara pembangkang sebar dakwaan konon rakyat Malaysia tidak boleh masuk kawasan Kuantan Industrial Park dan sudah jadi macam kawasan ekslusif China.

Mereka juga jual cerita kononnya kedaulatan Malaysia terancam dalam projek Forest City di Gelang Patah,Johor.

Dalam bajet alternatif Pakatan Harapan yang diumum pada 25 Oktober lalu mereka kata tidak akan menggalakkan penubuhan wilayah China seperti Forest City di Johor yang bertentangan dasar pembentukan komuniti antara pedagang asing dan rakyat Malaysia.

Pakatan itu juga mahu menangguhkan pelaksanaan projek Landasan Kereta Api Pantai Timur (ECRL) yang dibiayai Beijing sehingga kajian semula manfaat kos dan potensi pengganda ekonomi selesai.

Perdana Menteri menegaskan  tidak ada kedaulatan negara yang tergadai dalam hubungan ekonomi dan pelaburan dari China.

“Saya tidak pernah lihat tindakan yang begitu menyedihkan seperti ini untuk menipu rakyat Malaysia. Ini tanah kita, kedaulatan kita, sesiapa sahaja boleh pergi (ke Kuantan Industrial Park), siapa sahaja boleh masuk, tak usah tipulah, jangan permainkan rakyat Malaysia.

"Bodoh. Anda fikir Kuantan Industrial Park orang Malaysia tak boleh masuk?

"Bodoh punya kerja. Saya tak lah terlalu bodoh untuk menipu Malaysia. Ini adalah tanah air kita yang berdaulat," katanya lagi.

"Pergi Forest City, cerita macam-macam. Itu semua tabah tebus gunalah...bukan tanah Johor. Tanah tebus guna sebahagiannya dijual kepada pihak luar negara, manakala sebahagian lagi kepada orang tempatan.

"Tidak mungkin mentaliti orang Malaysia begitu bodoh hingga tak boleh berfikir sendiri?," katanya.

Perdana Menteri kata pembangkang begitu terdesak dalam usaha menjatuhkan kerajaan sehingga sanggup menyebarkan fitnah.

Beliau juga menilai dipihak pembangkang kini penuh dengan gelagat hipokrit.

Najib tidak menolak kemungkinan satu hari nanti Tun Dr Mahathir Mohamad akan lepaskan pelukan pada Lim Kit Siang.

“Kalau dia peluk Kit Siang, satu hari nanti dia boleh ‘unpeluk’ Kit Siang,”katanya.

Najib kata  Dr Mahathir  keras kepala dan tidak pernah sebulu dengan timbalannya semasa Perdana Menteri dulu.

Perdana Menteri kata beliau telah mansuhkan ISA sedangkan Dr Mahathir tahan ramai orang bawah ISA.

“Kit Siang dipenjara, Lim Guan Eng masuk penjara, dia kata Dr Mahathir diktator terbesar. Berapa orang saya letak bawah ISA ? Kosong!

“Sebab saya yang mansuhkan ISA. Saya mansuhkan ISA, dia Operasi Lalang 100 lebih masuk.

“Dr Mahathir ada masalah dengan semua orang, dengan timbalan dia semua dia ada masalah, kecuali Dr Mahathir seorang…Dr Mahathir ‘perfect’.”


'Kepala bapak kau'…- PM hentam pembangkang fitnah pasal China

Sekianlah artikel 'Kepala bapak kau'…- PM hentam pembangkang fitnah pasal China kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.

Sudah dibaca 'Kepala bapak kau'…- PM hentam pembangkang fitnah pasal China linknya https://malaysiadansekitarnya.blogspot.com/2017/11/kepala-bapak-kau-pm-hentam-pembangkang.html

Subscribe to receive free email updates:

Related Posts :

0 Response to "'Kepala bapak kau'…- PM hentam pembangkang fitnah pasal China"

Posting Komentar