“KENAPA SYED SADDIQ YANG BELA TUN M DARI SULTAN? MANA MUHYIDDIN, MUKHRIZ?” TANYA ORANG RAMAI

“KENAPA SYED SADDIQ YANG BELA TUN M DARI SULTAN? MANA MUHYIDDIN, MUKHRIZ?” TANYA ORANG RAMAI - Hallo sahabat Malaysia dan Sekitarnya, Pada Artikel yang anda baca kali ini dengan judul “KENAPA SYED SADDIQ YANG BELA TUN M DARI SULTAN? MANA MUHYIDDIN, MUKHRIZ?” TANYA ORANG RAMAI, kami telah mempersiapkan artikel ini dengan baik untuk anda baca dan ambil informasi didalamnya. mudah-mudahan isi postingan Artikel Berita, Artikel Budaya, Artikel Kabar, Artikel Malaysia, Artikel Melayu, Artikel News, Artikel Politik, Artikel Ragam, Artikel Sosial, Artikel Terbaru, Artikel Terkini, Artikel Update, yang kami tulis ini dapat anda pahami. baiklah, selamat membaca.

Judul : “KENAPA SYED SADDIQ YANG BELA TUN M DARI SULTAN? MANA MUHYIDDIN, MUKHRIZ?” TANYA ORANG RAMAI
link : “KENAPA SYED SADDIQ YANG BELA TUN M DARI SULTAN? MANA MUHYIDDIN, MUKHRIZ?” TANYA ORANG RAMAI

Baca juga


“KENAPA SYED SADDIQ YANG BELA TUN M DARI SULTAN? MANA MUHYIDDIN, MUKHRIZ?” TANYA ORANG RAMAI

Ketua Armada Parti Pribumi Bersatu Malaysia (PPBM) Syed Saddiq Syed Abdul Rahman tampil membela Pengerusi partinya, Tun Dr Mahathir Mohamad selepas kenyataan dikeluarkan bekas Perdana Menteri itu mendapat murka Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah.

Menulis sepucuk surat terbuka kepada Sultan Sharafuddin, Syed Saddiq menyangkal titah Sultan Selangor bahawa Dr Mahathir telah menghina keturunan Bugis secara keseluruhan pada Himpunan Selamatkan Malaysia, Hapuskan Kleptokrasi, pada 14 Oktober lepas.

Ujarnya, kenyataan tersebut ditujukan kepada Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak yang berketurunan Bugis.

“Pernyataan itu juga timbul susulan kenyataan Datuk Seri Najib Razak sendiri yang menggelarkan dirinya sebagai ‘Pahlawan Bugis’ dalam suatu program pada 4 Jun 2015 di Sarawak.

“Sejak itu Tun Dr. Mahathir sememangnya menyebut mengenai Pahlawan Bugis dalam naratif untuk menyedarkan tindak tanduk DS Najib Razak yang berselindung melalui keturunan untuk menghalalkan tindakan salah laku beliau khususnya dalam hal salah guna kuasa dan rasuah. Ini ternyata sebenarnya lebih memalukan seluruh keturunan Bugis,” ujarnya.

Untuk rekod, kenyataan Dr Mahathir di Padang Timur, Petaling Jaya, pada hari dimaksudkan berbunyi: “Mungkin kerana dia (Najib Razak) berasal dari lanun Bugis, entah macam mana dia sesat sampai ke Malaysia, pergi balik lah ke Bugis”.

Sultan Selangor menerusi kenyataan akhbar semalam bertitah bahawa baginda murka dengan kenyataan Dr Mahathir yang tular di media sosial semenjak hari berkenaan.

Baginda bersama ahli-ahli Dewan di-Raja Selangor juga berpandangan agar satu siasatan dijalankan kepada Dr Mahathir dan dikenakan tindakan dibawah Akta Hasutan 1948 atau apa jua undang-undang yang wajar.

“Tun Dr Mahathir sebagai seorang bekas Perdana Menteri yang menerajui pemerintahan negara selama tempoh 22 tahun seharusnya lebih berahati-hati didalam mengeluarkan sebarang kenyataan dan seharusnya juga lebih mengetahui tentang fakta sejarah keturuna bangsa Bugis,” tulis kenyataan akhbar Sultan Selangor.

Surat Syed Saddiq yang disiarkan di laman sosial facebooknya itu mendapat respon ramai.

Seorang pengguna Facebook dengna nama Abu Hurairah mempertikaikan mengapa Syed Saddiq selaku ketua sayap pemuda PPBM yang tampil membela Pengerusi parti, sedangkan Tan Sri Muhyiddin Yassin dan Datuk Seri Mukhriz Mahathir selaku Presiden dan Timbalan Presiden masih kekal membisu.

“Kesian Syed Saddiq Syed Abdul Rahman ni. Risau sangat boss dia dah kena murka. Kenapa bukan DS Mukhriz ke, Mokhzani ke, balaci sekor ni juga jadi hero, kononnya dia pandai berdebat/ menulis. Ini politik la Saddiq,” ujarnya.

Sementara Mohd Saiful Mohamed Yusuf mempertahankan titah Sultan Sharafuddin bahawa Dr Mahathir sememangnya telah menghina keturunan Bugis secara langsung
Seorang lagi pengguna Facebook, Cassius Pareira menegaskan bahawa Istana Selangor tidak sewenang-wenangnya mengeluarkan sebarang kenyataan tampa usul periksa, tambahan lagi, penghinaan Dr Mahathir terhadap keturunan Bugis pada perhimpunan berkenaan adalah bukan yang kali pertama.

“Hakikatnya bahawa Mahatmahathir menggunakan rujukan Bugis lebih daripada satu kali bermaksud beliau dengan sengaja juga untuk mengaitkan keturunan PM Najib ke kancah pertarungan politiknya.

“Dan siapa kamu yang mahu menerangkan itu dan ini kepada DYMM sedangkan Baginda sendiri sudah katakan baginda telah menonton video yang digambarkan telah ‘tular’ bersama-sama penasihat baginda?” ujarnya.



“KENAPA SYED SADDIQ YANG BELA TUN M DARI SULTAN? MANA MUHYIDDIN, MUKHRIZ?” TANYA ORANG RAMAI

Sekianlah artikel “KENAPA SYED SADDIQ YANG BELA TUN M DARI SULTAN? MANA MUHYIDDIN, MUKHRIZ?” TANYA ORANG RAMAI kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.

Sudah dibaca “KENAPA SYED SADDIQ YANG BELA TUN M DARI SULTAN? MANA MUHYIDDIN, MUKHRIZ?” TANYA ORANG RAMAI linknya https://malaysiadansekitarnya.blogspot.com/2017/11/kenapa-syed-saddiq-yang-bela-tun-m-dari.html

Subscribe to receive free email updates:

Related Posts :

0 Response to "“KENAPA SYED SADDIQ YANG BELA TUN M DARI SULTAN? MANA MUHYIDDIN, MUKHRIZ?” TANYA ORANG RAMAI"

Posting Komentar