Jiwa Besar Najib Meruntun Hati Mangsa Banjir

Jiwa Besar Najib Meruntun Hati Mangsa Banjir - Hallo sahabat Malaysia dan Sekitarnya, Pada Artikel yang anda baca kali ini dengan judul Jiwa Besar Najib Meruntun Hati Mangsa Banjir, kami telah mempersiapkan artikel ini dengan baik untuk anda baca dan ambil informasi didalamnya. mudah-mudahan isi postingan Artikel Berita, Artikel Budaya, Artikel Kabar, Artikel Malaysia, Artikel Melayu, Artikel News, Artikel Politik, Artikel Ragam, Artikel Sosial, Artikel Terbaru, Artikel Terkini, Artikel Update, yang kami tulis ini dapat anda pahami. baiklah, selamat membaca.

Judul : Jiwa Besar Najib Meruntun Hati Mangsa Banjir
link : Jiwa Besar Najib Meruntun Hati Mangsa Banjir

Baca juga


Jiwa Besar Najib Meruntun Hati Mangsa Banjir

JIWA besar Datuk Seri Najib Tun Razak mengetepikan perbezaan politik dan ideologi dalam membantu rakyat yang ditimpa musibah di Pulau Pinang di bawah kerajaan DAP, begitu meruntun hati.

Ingatannya pada hari pertama banjir terburuk melanda Pulau Pinang lagi agar jangan musibah itu dipolitikkan, turut dikongsi banyak pihak - yang berpendapat ia menggambarkan keikhlasan dan ketulusan hati Perdana Menteri.

Malah, Najib turut menyetujui tindakan surau-surau dan masjid membuka pintu berteduh untuk mangsa-mangsa banjir tanpa mengira kaum dan agama sebagai tepat, wajar dan sesuatu yang harus dipuji.

Ini selaras dengan kandungan al-Quran yang mengajar umatnya untuk menjauhi perpecahan dan persengketaan yang merugikan, selain menguruskan perbezaan.

Kita akui bahawa banyak perbezaan ada dalam kalangan masyarakat termasuk di Pulau Pinang, yang umum maklum UMNO dan Barisan Nasional (BN) acap kali dipersendakan oleh pihak terbabit.

Namun, keikhlasan dan jiwa besar Perdana Menteri membolehkan kerajaan tadbirannya berkongsi kepentingan, maslahah dan aspirasi bersama dalam membantu mengurangkan kesengsaraan mangsa-mangsa banjir.

Apapun perbezaan yang ada, jika kita sedia berjiwa besar dan berpegang kepada panduan nilai-nilai agama, tradisi dan budaya serta menghormati sistem bernegara yang selama ini kita amalkan, insya-Allah kita akan tetap terpelihara.

Realitinya, pembangunan material bukanlah menjadi satu-satunya matlamat dan tumpuan kerajaan kerana ia turut memberi fokus kepada soal pembangunan nilai.

Sebaliknya pembangunan nilai dan diri insan sentiasa menjadi keutamaan dan penentu sebenar di sebalik kemajuan ekonomi dan sosial yang zahir.

Salah satu yang dirujuk oleh Perdana Menteri ialah nasihatnya supaya rakyat menjaga kebersihan seperti tidak membuang sampah ke dalam longkang dan parit bagi mengelakkan ia tersumbat. Memang tepat nasihat itu.

Kadang-kadang manusia lupa dan tidak mempedulikan hal-hal berkaitan menjaga sistem saliran ini. Bukan sahaja orang awam yang tidak mengambil berat, malahan pihak berkuasa juga kadang-kadang lalai.

Mereka lupa tanggungjawab untuk memantau sistem perparitan, longkang, parit atau sungai supaya sentiasa dalam keadaan baik. Sikap kita, kadang-kadang projek siap dengan kos yang tinggi tetapi akhirnya gagal dalam soal penyelenggaraan.



Jiwa Besar Najib Meruntun Hati Mangsa Banjir

Sekianlah artikel Jiwa Besar Najib Meruntun Hati Mangsa Banjir kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.

Sudah dibaca Jiwa Besar Najib Meruntun Hati Mangsa Banjir linknya https://malaysiadansekitarnya.blogspot.com/2017/11/jiwa-besar-najib-meruntun-hati-mangsa.html

Subscribe to receive free email updates:

Related Posts :

0 Response to "Jiwa Besar Najib Meruntun Hati Mangsa Banjir"

Posting Komentar