JADI CALON PRU14 SEMATA-MATA MAHU ISYTIHAR HARTA? – NAZRI

JADI CALON PRU14 SEMATA-MATA MAHU ISYTIHAR HARTA? – NAZRI - Hallo sahabat Malaysia dan Sekitarnya, Pada Artikel yang anda baca kali ini dengan judul JADI CALON PRU14 SEMATA-MATA MAHU ISYTIHAR HARTA? – NAZRI, kami telah mempersiapkan artikel ini dengan baik untuk anda baca dan ambil informasi didalamnya. mudah-mudahan isi postingan Artikel Berita, Artikel Budaya, Artikel Kabar, Artikel Malaysia, Artikel Melayu, Artikel News, Artikel Politik, Artikel Ragam, Artikel Sosial, Artikel Terbaru, Artikel Terkini, Artikel Update, yang kami tulis ini dapat anda pahami. baiklah, selamat membaca.

Judul : JADI CALON PRU14 SEMATA-MATA MAHU ISYTIHAR HARTA? – NAZRI
link : JADI CALON PRU14 SEMATA-MATA MAHU ISYTIHAR HARTA? – NAZRI

Baca juga


JADI CALON PRU14 SEMATA-MATA MAHU ISYTIHAR HARTA? – NAZRI

Ahli Majlis Tertinggi Umno, Datuk Seri Nazri Aziz berkata Tun Dr Mahathir Mohamad tidak perlu menjadi calon pada Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU14) untuk mengisytiharkan hartanya.

“Tidak perlu bertanding pilihan raya umum. Isytihar sahaja. Pertama sekali bukan dia sahaja, kita nak tahu anak dia itu,” katanya selepas merasmikan Kejohanan Bola Keranjang Cina Sedunia ke-33 di Pusat Konvensyen dan Pameran Antarabangsa Mines (MIECC), hari ini.

“Isytihar mana datang sumber kekayaan itu. Tiba-tiba sahaja Dr Mahathir pencen, anak-anak kaya dan difahamkan masing-masing mempunyai tidak kurang RM100 juta…saya dengarlah. Anak dia kena beritahulah,” katanya lagi.

Semalam Pengerusi Pakatan Harapan (PH) itu menyatakan kesediaan untuk mengisytiharkan hartanya, namun akan hanya berbuat demikian sekiranya beliau bertanding pada PRU14.

“Ya. Saya boleh isytiharkan harta saya tetapi saya tak tahu sama ada saya akan jadi calon atau tidak,” kata Dr Mahathir dalam sidang akhbar di parlimen semalam.

Dr Mahathir juga kembali bertanya kepada media sama ada mahu beliau menjadi calon pada pilihan raya akan datang.

Dalam sidang media semalam juga, Dr Mahathir turut membidas akhbar pro-Umno memetik artikel dan gambar mengenai gaya hidup cucunya dari sebuah blog untuk menimbulkan kebencian rakyat terhadapnya.

Ia susulan tersebarnya gambar kehidupan mewah cucunya Meera Alyanna Mukhriz, yang bercuti di atas sebuah kapal layar mewah, dipercayai dihadiahkan oleh bapanya Datuk Seri Mukhriz Mahathir.

Mantan Perdana Menteri itu malah memberi peringatan bahawa beliau juga boleh ‘mengorek’ keburukan pihak berkenaan.

Mengulas lanjut, Nazri berkata, beliau sendiri tidak bermasalah dengan ‘amaran’ sedemikian kerana sentiasa buat pengisytiharan harta.

“Ingat kita takut. Koreklah. Kita sentiasa buat pengisytiharan (harta), apa nak takut?”katanya.


JADI CALON PRU14 SEMATA-MATA MAHU ISYTIHAR HARTA? – NAZRI

Sekianlah artikel JADI CALON PRU14 SEMATA-MATA MAHU ISYTIHAR HARTA? – NAZRI kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.

Sudah dibaca JADI CALON PRU14 SEMATA-MATA MAHU ISYTIHAR HARTA? – NAZRI linknya https://malaysiadansekitarnya.blogspot.com/2017/11/jadi-calon-pru14-semata-mata-mahu.html

Subscribe to receive free email updates:

Related Posts :

0 Response to "JADI CALON PRU14 SEMATA-MATA MAHU ISYTIHAR HARTA? – NAZRI"

Posting Komentar