Judul : Idris: PAS tiada hak halang DAP lantik Saifuddin sebagai YDP MAIPP
link : Idris: PAS tiada hak halang DAP lantik Saifuddin sebagai YDP MAIPP
Idris: PAS tiada hak halang DAP lantik Saifuddin sebagai YDP MAIPP
SHAH ALAM: PAS tidak akan mencampuri keputusan kerajaan DAP Pulau Pinang yang mahu melantik Setiausaha Agung PKR Datuk Saifuddin Nasution Ismail sebagai Yang Dipertua Majlis Agama Islam Pulau Pinang (MAIPP) yang baru.
Naib Presiden PAS Idris Ahmad menegaskan, parti itu tidak mempunyai hak untuk menghalang cadangan berkenaan.
"Itu terpulang, kita tak mahu campur.
"Itu hak dia nak lantik sesiapa pun terpulang kepada DAP, itu hak dia," katanya kepada Antarapos.
Sebelum ini Jaringan Muslim Pulau Pinang (JMPP) membantah cadangan Kerajaan DAP Pulau Pinang yang mahu melantik Saifuddin Nasution sebagai Yang Dipertua MAIPP yang baru bagi menggantikan Datuk Mohd Salleh Man yang akan tamat tempoh perkhidmatan pada 31 Disember depan.
Malah JMPP juga berhasrat mahu menghadap Yang di-Pertuan Agong Sultan Muhammad V bagi menyatakan bantahan terhadap pelantikan ahli jawatankuasa MAIPP dalam kalangan ahli politik.
Selain Saifuddin, beberapa nama lain dikatakan akan turut dilantik seperti Naib Pengerusi Parti Amanah Negara (Amanah) Datuk Dr Mujahid Yusoff Rawa sebagai Timbalan Yang Dipertua MAIPP dan Pegawai Penerangan Ketua Menteri Wan Ji Wan Hussin sebagai Ahli Majlis MAIPP.
Idris yang juga Ahli Parlimen Bukit Gantang menambah kerajaan negeri DAP mempunyai kuasa untul melantik sesiapa sahaja yang dimahukan pentadbiran Ketua Menteri Lim Guan Eng.
"Ya, itu bidang kuasa dia kita tak boleh nak larang hak dia.
"Kalau kita larang pun dia buat juga, ikut suka hati dialah," katanya.
Idris juga mengulangi pendirian bahawa PAS tidak akan menghalang keputusan DAP sekiranya tidak melanjutkan kontrak penyandang jawatan itu yang juga wakil rakyat PAS.
"Kita tiada hak, itu hak kuasa kerajaan DAP," katanya.

Sekianlah artikel Idris: PAS tiada hak halang DAP lantik Saifuddin sebagai YDP MAIPP kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.
Sudah dibaca Idris: PAS tiada hak halang DAP lantik Saifuddin sebagai YDP MAIPP linknya https://malaysiadansekitarnya.blogspot.com/2017/11/idris-pas-tiada-hak-halang-dap-lantik.html
0 Response to "Idris: PAS tiada hak halang DAP lantik Saifuddin sebagai YDP MAIPP"
Posting Komentar