#HINABUGIS : BERANIKAH AZMIN ALI HALANG TUN M BERCERAMAH DI SELANGOR?

#HINABUGIS : BERANIKAH AZMIN ALI HALANG TUN M BERCERAMAH DI SELANGOR? - Hallo sahabat Malaysia dan Sekitarnya, Pada Artikel yang anda baca kali ini dengan judul #HINABUGIS : BERANIKAH AZMIN ALI HALANG TUN M BERCERAMAH DI SELANGOR?, kami telah mempersiapkan artikel ini dengan baik untuk anda baca dan ambil informasi didalamnya. mudah-mudahan isi postingan Artikel Berita, Artikel Budaya, Artikel Kabar, Artikel Malaysia, Artikel Melayu, Artikel News, Artikel Politik, Artikel Ragam, Artikel Sosial, Artikel Terbaru, Artikel Terkini, Artikel Update, yang kami tulis ini dapat anda pahami. baiklah, selamat membaca.

Judul : #HINABUGIS : BERANIKAH AZMIN ALI HALANG TUN M BERCERAMAH DI SELANGOR?
link : #HINABUGIS : BERANIKAH AZMIN ALI HALANG TUN M BERCERAMAH DI SELANGOR?

Baca juga


#HINABUGIS : BERANIKAH AZMIN ALI HALANG TUN M BERCERAMAH DI SELANGOR?

Disebabkan Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah murka dengan kenyataan Tun Dr. Mahathir Mohamad mengenai isu Bugis, Datuk Seri Mohamed Azmin dicabar melarang Pengerusi PH berceramah di negeri itu.

Cabaran itu dilontarkan Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Selangor, Tan Sri Noh Omar.

Jelas Menteri Kesejahteraan Bandar, Perumahan dan Kerajaan Tempatan itu, Mohamed Azmin sebagai menteri besar perlu berbuat demikian kerana jelas Sultan Selangor tidak senang dengan tindakan Mahathir.

“Kerajaan negeri mesti peka atas isu kemurkaan sultan, kerajaan negeri jika berani boleh melarang Mahathir memberikan ceramah di Selangor, ia boleh dilakukan dengan mengeluarkan surat rasmi permintaan kerajaan negeri untuk diserah kepada polis agar permit ceramah politik beliau tidak diluluskan,” katanya.

Sultan Selangor pada Khamis dilaporkan murka dan kecewa dengan kenyataan Mahathir itu yang dilihat cuba menghasut rakyat di negara ini untuk membenci dan memandang serong terhadap kaum Bugis.

Kenyataan itu disampaikan oleh Setiausaha Dewan Diraja Selangor, Hanafisah Jais.

Justeru kata Noh, sikap berdiam diri Mohamed Azmin tidak menggambarkan beliau memihak kepada Selangor malah lebih memihak kepada Mahathir yang kini bersama gabungan pembangkang.

“Azmin Ali menjadi menteri besar selepas ia diperkenankan oleh Sultan Selangor, jadi beliau perlu lebih menjaga hati baginda sultan daripada menjaga hati Mahathir,” katanya ketika ditemui pada program di Kampung Raja Musa di Bestari Jaya di Tanjong Karang malam tadi.

Pada Himpunan Rakyat ‘Sayangi Malaysia, Hapuskan Kleptokrasi’ Sabtu lalu, Dr. Mahathir berkata “Mungkin kerana dia berasal dari lanun Bugis. Entah macam mana dia sesat sampai ke Malaysia. Pergi baliklah ke Bugis”.

Mahathir berkata demikian di hadapan lebih 8,000 peserta himpunan berkenaan yang merujuk kepada Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak. -MalaysiaGazette


#HINABUGIS : BERANIKAH AZMIN ALI HALANG TUN M BERCERAMAH DI SELANGOR?

Sekianlah artikel #HINABUGIS : BERANIKAH AZMIN ALI HALANG TUN M BERCERAMAH DI SELANGOR? kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.

Sudah dibaca #HINABUGIS : BERANIKAH AZMIN ALI HALANG TUN M BERCERAMAH DI SELANGOR? linknya https://malaysiadansekitarnya.blogspot.com/2017/11/hinabugis-beranikah-azmin-ali-halang.html

Subscribe to receive free email updates:

Related Posts :

0 Response to "#HINABUGIS : BERANIKAH AZMIN ALI HALANG TUN M BERCERAMAH DI SELANGOR?"

Posting Komentar