Henti Langgan Utusan, Berita Harian Cubaan Tutup Kelemahan Pentadbiran Selangor

Henti Langgan Utusan, Berita Harian Cubaan Tutup Kelemahan Pentadbiran Selangor - Hallo sahabat Malaysia dan Sekitarnya, Pada Artikel yang anda baca kali ini dengan judul Henti Langgan Utusan, Berita Harian Cubaan Tutup Kelemahan Pentadbiran Selangor, kami telah mempersiapkan artikel ini dengan baik untuk anda baca dan ambil informasi didalamnya. mudah-mudahan isi postingan Artikel Berita, Artikel Budaya, Artikel Kabar, Artikel Malaysia, Artikel Melayu, Artikel News, Artikel Politik, Artikel Ragam, Artikel Sosial, Artikel Terbaru, Artikel Terkini, Artikel Update, yang kami tulis ini dapat anda pahami. baiklah, selamat membaca.

Judul : Henti Langgan Utusan, Berita Harian Cubaan Tutup Kelemahan Pentadbiran Selangor
link : Henti Langgan Utusan, Berita Harian Cubaan Tutup Kelemahan Pentadbiran Selangor

Baca juga


Henti Langgan Utusan, Berita Harian Cubaan Tutup Kelemahan Pentadbiran Selangor

TELUK INTAN, 12 Nov – Tindakan kerajaan  Selangor menghentikan langganan akhbar di bawah kumpulan Utusan Malaysia dan Berita Harian dianggap tidak profesional selain dilihat cuba menutup kelemahan pentadbirannya daripada pengetahuan umum.

Anggota Majlis Tertinggi UMNO Datuk Seri Tajuddin Abdul Rahman berkata perkara itu tidak sepatutnya berlaku memandangkan media merupakan medium yang berfungsi dalam memberi pengetahuan kepada masyarakat.

Katanya walaupun ada kemungkinan laporan berita yang disiarkan kurang tepat, perkara itu boleh diselesaikan mengikut pelbagai prosedur termasuk menerusi aspek perundangan.

“Kalau mereka tak lemah, kenapa takut? Walaupun ada laporan tak tepat, mereka boleh respons, mereka boleh komen dan kalaupun sampai ke peringkat melampau, mereka boleh ambil tindakan perundangan,” katanya kepada pemberita selepas merasmikan Arena Square Kospen, Kampung Kunci Air 4, Sungai Manik di sini, hari ini.

Khamis lepas, kerajaan Selangor mengarahkan semua jabatan, agensi dan anak syarikat kerajaan negeri menghentikan langganan kedua-kedua akhbar berkenaan berkuat kuasa serta-merta.

Arahan itu dikeluarkan menerusi surat pekeliling yang ditandatangani oleh Setiausaha Kerajaan Nege­ri Selangor, Datuk Mohd. Amin Ahmad Ahya.

Menurut Tajuddin, tindakan kerajaan kegeri Selangor itu juga dilihat sebagai cubaan untuk menafikan hak rakyat dalam mengetahui pelbagai isu di negeri tersebut.

Tajuddin yang juga Anggota Parlimen Pasir Salak menegaskan rakyat di Selangor perlu menilai dan tidak sesekali terpengaruh dengan tindakan dangkal dilakukan kepimpinan negeri.-MediaUMNO


Henti Langgan Utusan, Berita Harian Cubaan Tutup Kelemahan Pentadbiran Selangor

Sekianlah artikel Henti Langgan Utusan, Berita Harian Cubaan Tutup Kelemahan Pentadbiran Selangor kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.

Sudah dibaca Henti Langgan Utusan, Berita Harian Cubaan Tutup Kelemahan Pentadbiran Selangor linknya https://malaysiadansekitarnya.blogspot.com/2017/11/henti-langgan-utusan-berita-harian.html

Subscribe to receive free email updates:

Related Posts :

0 Response to "Henti Langgan Utusan, Berita Harian Cubaan Tutup Kelemahan Pentadbiran Selangor"

Posting Komentar