DR M AKUI MASIH NIKMATI KEMUDAHAN DIBERI KERAJAAN...TAHU PUN

DR M AKUI MASIH NIKMATI KEMUDAHAN DIBERI KERAJAAN...TAHU PUN - Hallo sahabat Malaysia dan Sekitarnya, Pada Artikel yang anda baca kali ini dengan judul DR M AKUI MASIH NIKMATI KEMUDAHAN DIBERI KERAJAAN...TAHU PUN, kami telah mempersiapkan artikel ini dengan baik untuk anda baca dan ambil informasi didalamnya. mudah-mudahan isi postingan Artikel Berita, Artikel Budaya, Artikel Kabar, Artikel Malaysia, Artikel Melayu, Artikel News, Artikel Politik, Artikel Ragam, Artikel Sosial, Artikel Terbaru, Artikel Terkini, Artikel Update, yang kami tulis ini dapat anda pahami. baiklah, selamat membaca.

Judul : DR M AKUI MASIH NIKMATI KEMUDAHAN DIBERI KERAJAAN...TAHU PUN
link : DR M AKUI MASIH NIKMATI KEMUDAHAN DIBERI KERAJAAN...TAHU PUN

Baca juga


DR M AKUI MASIH NIKMATI KEMUDAHAN DIBERI KERAJAAN...TAHU PUN

PUTRAJAYA – Tun Dr Mahathir Mohamad hari ini mengakui masih menikmati beberapa kemudahan yang disediakan kerajaan untuk bekas perdana menteri selepas beliau berundur daripada jawatan itu, 14 tahun lepas.

Menurutnya, kemudahan seperti pembantu rumah dan kakitangan di Yayasan Kepimpinan Perdana dikekalkan cuma mereka dihantar menggantikan pekerja lama dengan khidmat mereka masih dibayar kerajaan.

Mengulas kenyataan Jabatan Perdana Menteri (JPM) hari ini bahawa kerajaan tidak pernah menarik apa-apa kemudahan yang disediakan kepada mana-mana bekas perdana menteri, Dr Mahathir berkata beliau sedia menyenaraikan perjawatan yang ditarik balik termasuk yang tiada kaitan dengan kerajaan dan mendakwa pihak yang menawarkan perjawatan itu kepadanya dipaksa menarik jawatan yang diberikan.

Menurut JPM, sebanyak 21 perjawatan diperuntukkan kepada Dr Mahathir, dengan kesemua perjawatan tersebut ditanggung sepenuhnya oleh pihak kerajaan meliputi pembayaran gaji, elaun tuntutan dan lain-lain kemudahan yang layak dinikmati sebagai penjawat awam.

Dr Mahathir, yang ditemui pemberita selepas sesi dialog kepimpinan dalam era digital di masa depan di Yayasan Kepimpinan Perdana di sini, dalam pada itu, bertegas untuk tidak memohon maaf berhubung kenyataannya berkaitan Bugis termasuk terhadap desakan yang dibuat Naib Presiden Indonesia, Jusuf Kalla.

Pengerusi Parti Pribumi Bersatu Malaysia (PPBM) itu mendakwa beliau tidak mengeluarkan sebarang kenyataan yang merujuk kepada etnik tersebut mahupun pihak Jusuf.

Mengenai tindakan polis membuka dua kertas siasatan terhadap beliau berhubung kenyataannya itu, Dr Mahathir berkata polis hanya menjalankan tugas mereka dan sedia disiasat jika dipanggil.

Dr Mahathir menjadi perdana menteri selama 22 tahun iaitu dari 16 Julai 1981 hingga 31 Okt 2003. – BERNAMA


DR M AKUI MASIH NIKMATI KEMUDAHAN DIBERI KERAJAAN...TAHU PUN

Sekianlah artikel DR M AKUI MASIH NIKMATI KEMUDAHAN DIBERI KERAJAAN...TAHU PUN kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.

Sudah dibaca DR M AKUI MASIH NIKMATI KEMUDAHAN DIBERI KERAJAAN...TAHU PUN linknya https://malaysiadansekitarnya.blogspot.com/2017/11/dr-m-akui-masih-nikmati-kemudahan.html

Subscribe to receive free email updates:

Related Posts :

0 Response to "DR M AKUI MASIH NIKMATI KEMUDAHAN DIBERI KERAJAAN...TAHU PUN"

Posting Komentar