DAP mahu ketepi kuasa PKR di P Pinang? soal ADUN BN

DAP mahu ketepi kuasa PKR di P Pinang? soal ADUN BN - Hallo sahabat Malaysia dan Sekitarnya, Pada Artikel yang anda baca kali ini dengan judul DAP mahu ketepi kuasa PKR di P Pinang? soal ADUN BN, kami telah mempersiapkan artikel ini dengan baik untuk anda baca dan ambil informasi didalamnya. mudah-mudahan isi postingan Artikel Berita, Artikel Budaya, Artikel Kabar, Artikel Malaysia, Artikel Melayu, Artikel News, Artikel Politik, Artikel Ragam, Artikel Sosial, Artikel Terbaru, Artikel Terkini, Artikel Update, yang kami tulis ini dapat anda pahami. baiklah, selamat membaca.

Judul : DAP mahu ketepi kuasa PKR di P Pinang? soal ADUN BN
link : DAP mahu ketepi kuasa PKR di P Pinang? soal ADUN BN

Baca juga


DAP mahu ketepi kuasa PKR di P Pinang? soal ADUN BN

SHAH ALAM: Barisan Nasional (BN) Pulau Pinang mempertikaikan tindakan Ketua Menteri Lim Guan Eng yang mengenepikan dan menghalang ADUN Kebun Bunga (PKR) Cheah Kah Peng menyerah bantuan kepada mangsa banjir.

ADUN Pulau Betong Datuk Dr Muhammad Farid Saad menyifatkan tindakan itu sebagai tidak demokratik dan menafikan pilihan rakyat yang memilih ADUN itu pada pilihan raya umum (PRU) lalu.

"Saya tidak hairan jika ADUN-ADUN BN tidak diberikan kuasa memperakui permohonan itu, tapi bila ADUN PKR sendiri tidak dibenarkan juga ia sesuatu yang agak janggal.

"Bukankah PKR adalah sebahagian dari Kerajaan Pakatan Rakyat di Pulau Pinang?," soal beliau dalam kenyataan media hari ini.

Ujar beliau lagi, tindakan menyerahkan tugas tersebut kepada ADUN DAP Pulau Tikus, Yap Soo Huey seolah-olah mengetepikan peranan PKR dalam kerajaan DAP Pulau Pinang.

Malah tidak menolak tindakan ini merupakan petanda DAP mahu merampas kerusi-kerusi PKR pada PRU akan datang.

"Kenapakah tugas yang sepatutnya dilaksanakan oleh YB Cheah Kah Peng sebagai wakill rakyat Kebun Bunga diserahkan kepada ADUN DAP-Pulau Tikus pula?

"Apakah DAP Pulau Pinang sedang mengatur langkah untuk mengambil alih kerusi-kerusi DUN yang kini diwakili oleh PKR pada PRU ke-14?," soal beliau lagi.

Ini katanya berdasarkan kepada desas-desus yang pernah berlaku pada PRU13, di mana DAP cuba memiliki 21 kerusi DUN sekaligus memiliki majoriti mudah dalam DUN.

"Sekiranya DAP ada majoriti mudah di DUN, DAP sudah tidak perlukan parti-parti lain untuk membentuk Kerajaan.

"Mungkinkah DAP sedang merangka pelan atau strategi untuk mendapatkan kuasa mutlak (absolute power) di Pulau Pinang? PKR dan PAN akan jadi seperti 'melukut di tepi gantang' sekiranya DAP ada 21 kerusi di DUN Pulau Pinang," dakwa beliau.

Katanya lagi, seorang ADUN Penanti (PKR) Norlela Ariffin juga diberi tekanan ekoran menimbulkan isu operasi kilang haram di Kampung Sungai Lembu dalam DUN Penanti.

Semalam, Kah Peng melahirkan rasa kecewa dan membidas Kerajaan DAP Pulau Pinang selepas disekat daripada mengendalikan bantuan banjir berjumlah RM700 yang dijanjikan Kerajaan DAP Pulau Pinang kepada penduduk di kawasan yang diwakilinya.

Mengakui mengeluarkan arahan itu, Ketua Menteri, Lim Guan Eng mendakwa, perkara tersebut adalah disebabkan perubahan prosedur dan kerajaan negeri memilih Soo Huey bagi menggantikan Kah Peng.


DAP mahu ketepi kuasa PKR di P Pinang? soal ADUN BN

Sekianlah artikel DAP mahu ketepi kuasa PKR di P Pinang? soal ADUN BN kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.

Sudah dibaca DAP mahu ketepi kuasa PKR di P Pinang? soal ADUN BN linknya https://malaysiadansekitarnya.blogspot.com/2017/11/dap-mahu-ketepi-kuasa-pkr-di-p-pinang.html

Subscribe to receive free email updates:

Related Posts :

0 Response to "DAP mahu ketepi kuasa PKR di P Pinang? soal ADUN BN"

Posting Komentar