AZMIN HANYA HEBAT HARAMKAN AKHBAR MELAYU, BUKAN PESTA ARAK

AZMIN HANYA HEBAT HARAMKAN AKHBAR MELAYU, BUKAN PESTA ARAK - Hallo sahabat Malaysia dan Sekitarnya, Pada Artikel yang anda baca kali ini dengan judul AZMIN HANYA HEBAT HARAMKAN AKHBAR MELAYU, BUKAN PESTA ARAK, kami telah mempersiapkan artikel ini dengan baik untuk anda baca dan ambil informasi didalamnya. mudah-mudahan isi postingan Artikel Berita, Artikel Budaya, Artikel Kabar, Artikel Malaysia, Artikel Melayu, Artikel News, Artikel Politik, Artikel Ragam, Artikel Sosial, Artikel Terbaru, Artikel Terkini, Artikel Update, yang kami tulis ini dapat anda pahami. baiklah, selamat membaca.

Judul : AZMIN HANYA HEBAT HARAMKAN AKHBAR MELAYU, BUKAN PESTA ARAK
link : AZMIN HANYA HEBAT HARAMKAN AKHBAR MELAYU, BUKAN PESTA ARAK

Baca juga


AZMIN HANYA HEBAT HARAMKAN AKHBAR MELAYU, BUKAN PESTA ARAK

Tindakan Kerajaan PKR Selangor mengarahkan pemberhentian langganan akhbar di bawah Kumpulan Utusan dan Berita Harian oleh agensi di bawah kerajaan negeri berkuat kuasa serta-merta hari ini menunjukkan sikap kepimpinan Menteri Besar, Datuk Seri Mohamed Azmin Ali yang tidak matang dan kebudak-budakan.

Ketua Penerangan UMNO, Tan Sri Annuar Musa berkata, tindakan itu menunjukkan Mohamed Azmin hanya hebat dalam mengharamkan akhbar Melayu, tetapi menikus dalam mengharamkan pesta arak dan penolakan usul memperkasa mahkamah syariah di negeri itu.

Berikut merupakan kenyataan penuh beliau:

* Tindakan kerajaan negeri Selangor yang secara rasmi mengarahkan pemberhentian langganan akhbar kumpulan Utusan dan Berita Harian adalah satu tindakan yang tidak matang dan kebudak-budakan, sekali gus memberi gambaran buruk terhadap pimpinan Mohamed Azmin Ali yang terus tunduk di bawah pengaruh DAP.

* Ini membuktikan betapa kerajaan negeri pimpinan Mohamed Azmin begitu tertekan dan menghadapi masalah `inferiority complex’ apabila mereka seolah olah tidak lagi punya keyakinan diri serta menaruh bimbang bahawa rakyat Selangor terutama orang Melayu dan umat Islam kini berubah arah dengan tidak lagi memberi sokongan kepada sebuah kerajaan yang ternyata dikuasai DAP serta tidak berhasrat membela kepentingan agama dan bangsa.

* Akhbar Utusan Malaysia dan Berita Harian diketahui sebagai media arus perdana yang sejak sebelum merdeka memperjuangkan kepentingan umat Islam dan bangsa Melayu dalam konteks negara berbilang kaum dan agama dilihat sebagai `musuh’ kepada dasar kerajaan Selangor yang dikuasai DAP.

* Kita yakin tindakan ini tidak direstui rakyat Selangor dan ini akan meningkatkan lagi penolakan rakyat terhadap Pakatan Harapan diketuai DAP.

* Kerajaan negeri Selangor lupa bahawa di bawah rangkaian Kumpulan Malaysia dan Berita Harian terdapat anak Selangor yang mendapat peluang pekerjaan dan perniagaan dan mereka tidak pernah di didiskriminasikan.

* Kita percaya tindakan yang sangat tidak wajar ini akan menyebabkan lebih cepat rakyat menolak pimpinan kerajaan Selangor yang kini kuat dikuasai DAP.

* Mohamed Azmin juga terlupa bahawa Utusan Malaysia dan Berita Harian telah memainkan peranan yang besar sebelum ini dalam sejarah politik dan pembangunan negeri Selangor.

* Mohamed Azmin hanya hebat dalam mengharamkan akhbar Melayu, tetapi menikus dalam mengharamkan pesta arak dan usul memperkasa mahkamah syariah. – UTUSAN ONLINE


AZMIN HANYA HEBAT HARAMKAN AKHBAR MELAYU, BUKAN PESTA ARAK

Sekianlah artikel AZMIN HANYA HEBAT HARAMKAN AKHBAR MELAYU, BUKAN PESTA ARAK kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.

Sudah dibaca AZMIN HANYA HEBAT HARAMKAN AKHBAR MELAYU, BUKAN PESTA ARAK linknya https://malaysiadansekitarnya.blogspot.com/2017/11/azmin-hanya-hebat-haramkan-akhbar_11.html

Subscribe to receive free email updates:

Related Posts :

0 Response to "AZMIN HANYA HEBAT HARAMKAN AKHBAR MELAYU, BUKAN PESTA ARAK"

Posting Komentar