Judul : Antara Tun M dan Sultan Selangor... Azmin pilih siapa?
link : Antara Tun M dan Sultan Selangor... Azmin pilih siapa?
Antara Tun M dan Sultan Selangor... Azmin pilih siapa?
Ramai ahli politik lama tahu Datuk Seri Azmin Ali dianggap anak angkat Tun Mahathir Mohamad dan Tun Siti Hasmah sebelum beliau berkhidmat dengan Datuk Seri Anwar Ibrahim.
Ada yang kata antara faktor Anwar menawarkan Azmin kerja sebagai pegawainya adalah kerana hubungan Azmin yang rapat dengan Mahathir.
Ketika reformasi 1998, penyokong dan pegawai Anwar ditangkap menggunakan Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA) tapi Azmin bukan salah seorang daripadanya.
Hari ini, ketika Anwar dan Mahathir sudah berdamai, Azmin dilihat jelas menyokong Mahathir dalam banyak hal termasuk yang terbaru kes melibatkan pihak Istana.
Pada Rabu, Azmin menyatakan gesaan banyak pihak supaya beliau berhenti mengundang Mahathir daripada menghadiri sebarang program di negeri itu boleh diselesaikan secara baik.
Beliau yang ditemui di lobi Dewan Undangan Negeri (DUN) Selangor pada Rabu mengulangi ketegasan supaya penyelesaian itu dibuat secara bersopan tanpa melibatkan mana-mana media.
Azmin berkata demikian ketika diminta mengulas gesaan yang dikemukakan sebagai usul oleh Datuk Abdul Shukor Idrus (BN-Kuang) kepada persidangan DUN supaya melarang Dr Mahathir turut serta dalam sebarang aktiviti kerajaan Selangor termasuk menghalang penggunaan sebarang premis milik kerajaan negeri namun ditolak Speaker DUN Hannah Yeoh Tseow Suan.
Ketika ditanya mengenai tindakan ADUN BN yang akan menghantar memorandum untuk perhatian pihak Istana Selangor mengenai gesaan tersebut esok, Mohamed Azmin berkata mana-mana pihak bebas berbuat demikian sejajar dengan amalan demokrasi yang diamalkan di negara ini.
Terdahulu, Yeoh menolak usul tergempar yang dikemukakan Abdul Shukor atas alasan isu berkenaan bukan perkara yang perlu disegerakan.
Dr Mahathir ketika berucap dalam satu perhimpunan anjuran Pakatan Harapan di Petaling Jaya pada 14 Okt lepas persenda asal usul Bugis Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak dengan sebutan 'lanun Bugis' yang sesat ke Malaysia dan memintanya balik ke sana.
Ekoran kenyataan itu, Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah yang terdiri daripada salasilah dan keturunan Kesultanan Selangor berasal dari Bugis, menzahirkan rasa murka dan amat kecewa dengan kata-kata itu yang dilihat sebagai cuba menghasut rakyat Malaysia untuk membenci, menghina dan memandang serong terhadap Bangsa Bugis.
Perkara itu turut mendapat reaksi Naib Presiden Indonesia Jusuf Kalla yang mengaku tersinggung dan berasa terhina dengan kenyataan tersebut.
Beberapa pihak yang mewakili masyarakat Bugis di Malaysia sebelum ini turut menuntut Mahathir membuat permohonan maaf secara terbuka.

Sekianlah artikel Antara Tun M dan Sultan Selangor... Azmin pilih siapa? kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.
Sudah dibaca Antara Tun M dan Sultan Selangor... Azmin pilih siapa? linknya https://malaysiadansekitarnya.blogspot.com/2017/11/antara-tun-m-dan-sultan-selangor-azmin.html
0 Response to "Antara Tun M dan Sultan Selangor... Azmin pilih siapa?"
Posting Komentar