WAN AZIZAH BERTAMBAH POPULAR SELEPAS NAJIB SEBUT DALAM #BAJET2018

WAN AZIZAH BERTAMBAH POPULAR SELEPAS NAJIB SEBUT DALAM #BAJET2018 - Hallo sahabat Malaysia dan Sekitarnya, Pada Artikel yang anda baca kali ini dengan judul WAN AZIZAH BERTAMBAH POPULAR SELEPAS NAJIB SEBUT DALAM #BAJET2018, kami telah mempersiapkan artikel ini dengan baik untuk anda baca dan ambil informasi didalamnya. mudah-mudahan isi postingan Artikel Berita, Artikel Budaya, Artikel Kabar, Artikel Malaysia, Artikel Melayu, Artikel News, Artikel Politik, Artikel Ragam, Artikel Sosial, Artikel Terbaru, Artikel Terkini, Artikel Update, yang kami tulis ini dapat anda pahami. baiklah, selamat membaca.

Judul : WAN AZIZAH BERTAMBAH POPULAR SELEPAS NAJIB SEBUT DALAM #BAJET2018
link : WAN AZIZAH BERTAMBAH POPULAR SELEPAS NAJIB SEBUT DALAM #BAJET2018

Baca juga


WAN AZIZAH BERTAMBAH POPULAR SELEPAS NAJIB SEBUT DALAM #BAJET2018

“SEJAK semalam saya rasa seperti selebriti apabila tidak berhenti-henti menerima panggilan telefon dan WhatApps daripada pelbagai pihak mengucapkan tahniah,” kata usahawan ayam proses, Wan Azizah Wan Salleh, 45.

Nama Wan Azizah atau lebih dikenali sebagai Kak Wan menjadi popular selepas Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak ketika membentangkan Bajet 2018 menceritakan kejayaan peniaga itu sebagai peminjam atau sahabat Amanah Ikhtiar Malaysia (AIM) yang berjaya menjadi jutawan.

Najib dilaporkan berkata, Kak Wan berjaya menjadi jutawan dalam bidang ternakan dan pemprosesan ayam dengan modal permulaan RM500 daripada AIM pada 1993.

Ibu kepada enam anak itu berkata, dia terharu sebaik Perdana Menteri menyebut namanya dalam pembentangan Bajet 2018 di Parlimen, semalam.

Katanya, ia bukan saja sebagai satu pengiktirafan terhadap usahanya sebelum ini malah menjadi suntikan baru untuk melangkah lebih jauh.

“Saya enggan mendabik dada dengan pujian itu kerana masih banyak perkara perlu dilakukan namun semangat diberikan Perdana Menteri itu saya akan jadikan batu loncatan bagi menghadapi kehidupan yang semakin mencabar ini.

“Insya-Allah, saya akan berkongsi segala pengalaman yang ada untuk membantu golongan wanita lain terutama ahli AIM,” katanya ketika ditemui di kedainya di Banir Belikong di Pasir Puteh, hari ini.

Menurutnya, ilham berniaga ayam tercetus sebaik mendapati tiada peniaga ayam di sekitar Banir Belikong sebelum dia nekad membuat pinjaman AIM.

Katanya, sebelum bergelar usahawan, dia terpaksa berdepan pelbagai cabaran bersama suami, Mat Yazid Jusoh, 49, termasuk masuk segenap pelusuk kampung menjual ayam dengan mengayuh basikal buruk.

“Setahun sebelum meminjam RM500 dengan AIM pada 1993, kami hidup kais pagi, makan pagi berikutan kekurangan wang untuk membeli makanan sebaik berhenti kerja kilang.

“Sebaik melihat perniagaan semakin berkembang, saya membeli sebuah mesin memproses ayam menggunakan pinjaman AIM lain dan terus meminjam hingga ke hari ini. Terima kasih kepada AIM kerana sudi membantu saya sekeluarga untuk mengubah kehidupan,” katanya. – HMetro


WAN AZIZAH BERTAMBAH POPULAR SELEPAS NAJIB SEBUT DALAM #BAJET2018

Sekianlah artikel WAN AZIZAH BERTAMBAH POPULAR SELEPAS NAJIB SEBUT DALAM #BAJET2018 kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.

Sudah dibaca WAN AZIZAH BERTAMBAH POPULAR SELEPAS NAJIB SEBUT DALAM #BAJET2018 linknya https://malaysiadansekitarnya.blogspot.com/2017/10/wan-azizah-bertambah-popular-selepas.html

Subscribe to receive free email updates:

Related Posts :

0 Response to "WAN AZIZAH BERTAMBAH POPULAR SELEPAS NAJIB SEBUT DALAM #BAJET2018"

Posting Komentar