Judul : Sultan Perak ulas isu pelajar bukan Melayu tidak fasih BM
link : Sultan Perak ulas isu pelajar bukan Melayu tidak fasih BM
Sultan Perak ulas isu pelajar bukan Melayu tidak fasih BM
Isu para pelajar bukan Melayu lemah dalam menguasai bahasa Malaysia terutama lisan sering menjadi duri dalam daging—pembangkang mempolitikkan ia sebagai isu rasis mainan UMNO.
Tapi hakikatnya tidak boleh dinafikan bahawa sebahagian besar para pelajar bukan Melayu terutama di sekolah-sekolah venakular atau aliran cina/tamil masih menunjukkan mutu penguasaan bahasa Malaysia yang lemah—dan sekaligus membimbangkan.
Pada Isnin isu sama diulas Sultan Perak Sultan Nazrin Muizzuddin Shah yang bimbang dengan keadaan penguasaan lemah bahasa Malaysia kalangan para pelajar bukan melayu di sekolah-sekolah venakular.
Pendek kata baginda mahu sesuatu diusahakan agar trend ini boleh diperbaiki.
Dalam ucapannya baginda berkata sekolah vernakular sewajibnya menunjukkan komitmen kepada kerajaan dan rakyat dengan mengambil tanggungjawab memastikan setiap pelajarnya menguasai Bahasa Malaysia.
Baginda bertitah demikian ketika menyempurnakan Majlis Anugerah Kecemerlangan SMJK Sam Tet di Ipoh. Turut berangkat, Raja Permaisuri Perak, Tuanku Zara Salim, Menteri Besar Dato Seri Dr.Zambry Abd Kadir dan lain-lain kenamaan.
Ucapan baginda yang menjurus kepada pemerkasaan bahasa Malaysia dilihat serius apabila Sultan Nazrin berkata adalah janggal dan ironis jika terdapat seseorang yang bertaraf warganegara Malaysia, dengan mendapat segala nikmat dan keistimewaan seorang warganegara, tetapi tidak boleh memahami, bertutur, menulis dan membaca di dalam bahasa kebangsaannya.
Baginda berpendapat penguasaan Bahasa Malaysia di kalangan pelajar sekolah vernakular seharusnya pada tahap kefasihan yang setanding, atau lebih tinggi daripada pelajar di sekolah kebangsaan.
Kata baginda lagi “bahasa adalah medium yang dapat menjalinkan dan merapatkan hubungan manusia. Keupayaan menguasai bahasa pertuturan dan penulisan yang sama adalah prasyarat yang memungkinkan berlakunya komunikasi.
“Usaha untuk memfasihkan setiap pelajar di sekolah vernakular menguasai bahasa kebangsaan, hendaklah diterima sebagai satu cabaran, dan pencapaian pelajar menguasai bahasa kebangsaan, dijadikan salah satu indeks utama pengukuran pencapaian sekolah.”
Dalam konteks ini baginda berharap pendirian terbuka kerajaan membenarkan sekolah vernakular terus beroperasi juga wajib dihargai, dengan membuktikan bahawa sekolah sebagai tapak memupuk perpaduan masih dapat dilaksanakan melalui sekolah vernakular.
Katanya “kejayaan sekolah vernakular memfasihkan anak didik mereka menguasai bahasa kebangsaan akan dapat membantu usaha membina negara bangsa yang bersatu padu; di samping meminimumkan perasaan tidak selesa sebahagian masyarakat di negara ini, terhadap sekolah vernacular.”
Sementara itu dalam perkembanan lain,Presiden MIC Datuk Seri S.Subramanian berkata murid dan pelajar Tamil perlu meningkatkan penguasaan Bahasa Melayu sebagai Bahasa Kebangsaan.
Beliau berkata, mereka perlu meningkatkan kemahiran dan kefasihan di dalam Bahasa Melayu bagi melengkapkan diri apabila berada dalam suasana diperingkat pengajian tinggi.
Penguasaan Bahasa Melayu yang baik dalam kalangan murid dan pelajar Tamil amat penting kerana ia dapat dijadikan medium untuk mengeratkan perpaduan kaum, katanya.
``Memang di sekolah-sekolah Tamil kita memberi penekanan kepada pengajaran Bahasa Melayu dan macam mana meningkatkannya supaya pencapaian mereka lebih tinggi dan mereka tidak berdepan masalah apabila berada di pusat pengajian tinggi nanti.’’
Subramaniam berkata demikian kepada pemberita di Majlis Konvokesyen Institut Latihan Kementerian Kesihatan Malaysia (ILKKM) Zon Semenanjung di ILKKM Sultan Azlan Shah, Ulu Kinta pada Isnin.
Untuk rekod baru-baru ini Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak semasa dialog TN50 sempena Sidang Kemuncak Belia Cina Malaysia di Serdang, Selangorberkata penguasaan Bahasa Malaysia di SJKC harus diperkasakan kerana ia dapat dijadikan medium untuk mengeratkan perpaduan kaum.
Menurut Najib, kerajaan Barisan Nasional akan terus menyokong dan mempertahankan sekolah Jenis Kebangaaan (SJK) Cina dan Tamil kerana ia sudah termeterai dalam kontrak sosial dan perlembagaan.
Pada sidang media yang sama beliau yang juga Menteri Kesihatan menjelaskan kementeriannya akan membuka lebih peluang kepada sektor swasta untuk menghantar kakitangan mereka untuk mendapat latihan dalam bidang-bidang tertentu.
``Ini kerana kita mempunyai tenaga pengajar yang mahir dan mempunyai skop 33 institusi dan boleh dikatakan pengalaman didalam menjalankan kursus-kursus ini serta kerjasama di antara swasta dan kerajaan untuk meningkatkan mutu penyampaian perkhidmatan kesihatan di antara kerajaan dan swasta,'' katanya.
Seramai 7,041 graduandari 26 kolej ILKKM di Zon Semenanjung memperoleh diploma dan sijil di Konvokesyen itu.

Sekianlah artikel Sultan Perak ulas isu pelajar bukan Melayu tidak fasih BM kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.
Sudah dibaca Sultan Perak ulas isu pelajar bukan Melayu tidak fasih BM linknya https://malaysiadansekitarnya.blogspot.com/2017/10/sultan-perak-ulas-isu-pelajar-bukan.html
0 Response to "Sultan Perak ulas isu pelajar bukan Melayu tidak fasih BM"
Posting Komentar