‘Sang Kelembai’ Dihadapkan Ke Mahkamah Kerana Hantar Mesej Jelik

‘Sang Kelembai’ Dihadapkan Ke Mahkamah Kerana Hantar Mesej Jelik - Hallo sahabat Malaysia dan Sekitarnya, Pada Artikel yang anda baca kali ini dengan judul ‘Sang Kelembai’ Dihadapkan Ke Mahkamah Kerana Hantar Mesej Jelik, kami telah mempersiapkan artikel ini dengan baik untuk anda baca dan ambil informasi didalamnya. mudah-mudahan isi postingan Artikel Berita, Artikel Budaya, Artikel Kabar, Artikel Malaysia, Artikel Melayu, Artikel News, Artikel Politik, Artikel Ragam, Artikel Sosial, Artikel Terbaru, Artikel Terkini, Artikel Update, yang kami tulis ini dapat anda pahami. baiklah, selamat membaca.

Judul : ‘Sang Kelembai’ Dihadapkan Ke Mahkamah Kerana Hantar Mesej Jelik
link : ‘Sang Kelembai’ Dihadapkan Ke Mahkamah Kerana Hantar Mesej Jelik

Baca juga


‘Sang Kelembai’ Dihadapkan Ke Mahkamah Kerana Hantar Mesej Jelik

 
 



Penulis blog ‘Sang Kelembai’ atau nama sebenarnya Datuk Abd Zarin Mohd Yasin dihadapkan ke Mahkamah Sesyen Klang hari ini atas tuduhan menghantar komunikasi yang jelik menggunakan aplikasi Facebook, Oktober tahun lepas.

Abd Zarin, 65, selaku Orang Kena Saman (OKS) bagaimanapun mengaku tidak bersalah selepas pertuduhan dibacakan terhadapnya di hadapan Hakim Tasnim Abu Bakar.

Beliau didakwa secara sedar melakukan kesalahan itu dengan niat untuk menyakitkan hati orang lain, yang telah dibaca di pautan Facebooknya, kira-kira 9 malam pada 8 Oktober lepas, di Taman Sri Putra, Sungai Buloh.

Jika sabit kesalahan, beliau yang didakwa mengikut Seksyen 233 (1) (a) Akta Komunikasi dan Multimedia 1998 boleh dihukum mengikut Seksyen 233 (3) Akta sama, yang memperuntukkan hukuman denda maksimum RM50,000 atau penjara maksimum setahun atau kedua-duanya sekali.

Timbalan Pendakwa Raya Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM), Mohd Sophian Zakaria mencadangkan supaya Abd Zarin dibebaskan dengan jaminan RM5,000.

Peguam Muhammad Fitri Abdullah Wahid yang mewakili Abd Zarin bagaimanapun memohon mahkamah mengurangkan jumlah jaminan atas alasan anak guamnya yang mempunyai empat orang anak tidak bekerja dan hanya mendapat komisen daripada penulisan blog.

Hakim Tasnim kemudian membenarkan Abd Zarin dibebaskan dengan jaminan RM4,000 serta seorang penjamin dan menetapkan 16 November depan untuk pengurusan kes.

Beliau turut memerintahkan pasport antarabangsa Abd Zarin yang turut diwakili peguam Adnan Seman, diserahkan kepada mahkamah sehingga kesnya selesai.



Pada Oktober tahun lepas, Timbalan Pengerusi Exco Pergerakan Puteri UMNO Malaysia, Mimie Harianie Alias, 38, telah membuat satu laporan polis terhadap Abd Zarin di Balai Polis Sg Buloh kerana kenyataan fitnahnya di Facebook.

“Siapa yang tidak geram.. marah.. bila suka-suka sahaja difitnah sebegitu. Saya ada keluarga, ada suami dan masyarakat juga kenal saya.

“Apa dia rasa jika isteri dia.. anak dia digelar GRO? Dia ada isteri.. anak… tidak malu ke?”

“Bukan saya beri komen yang jelik. Saya tidak panggil pun dia dengan gelaran yang bukan-bukan.
Tapi yang dibalasnya hanya dengan tuduhan yang memang sudah pastinya fitnah,” ujar Mimie.



‘Sang Kelembai’ Dihadapkan Ke Mahkamah Kerana Hantar Mesej Jelik

Sekianlah artikel ‘Sang Kelembai’ Dihadapkan Ke Mahkamah Kerana Hantar Mesej Jelik kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.

Sudah dibaca ‘Sang Kelembai’ Dihadapkan Ke Mahkamah Kerana Hantar Mesej Jelik linknya https://malaysiadansekitarnya.blogspot.com/2017/10/sang-kelembai-dihadapkan-ke-mahkamah.html

Subscribe to receive free email updates:

Related Posts :

0 Response to "‘Sang Kelembai’ Dihadapkan Ke Mahkamah Kerana Hantar Mesej Jelik"

Posting Komentar