Judul : Reman 2 lagi anggota TLDM disambung 7 hari
link : Reman 2 lagi anggota TLDM disambung 7 hari
Reman 2 lagi anggota TLDM disambung 7 hari
Kedua-dua lelaki berumur 24 dan 31 tahun itu direman bagi membantu siasatan mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan.
LUMUT: Tempoh reman 2 anggota Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM) yang ditahan bagi membantu siasatan kes kematian dan mencederakan anggota TLDM dalam Bilik Tahanan Unit Sungai Wangi, Sitiawan, minggu lalu dilanjutkan selama 7 hari mulai esok.
Perintah sambung reman tersebut dikeluarkan Majistret Ainul Bashiirah Dona Don Biyajid di Mahkamah Majistret Seri Manjung di sini hari ini setelah tempoh reman 7 hari kedua-dua suspek sebelum ini tamat hari ini.
Kedua-dua lelaki berumur 24 dan 31 tahun itu direman bagi membantu siasatan mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan yang membawa hukuman gantung sampai mati jika sabit kesalahan.
Pada 29 September lalu, 2 anggota TLDM yang ditahan di bilik tahanan berkenaan iaitu Laskar Kelas 1 Nik Muhammad Baihaqy Nik Mat, 28, dan Laskar Kelas 1 Muhammad Lailatuliman Mohd Sukri, 26, meninggal dunia akibat pendarahan paru-paru dipercayai akibat didera.
Selain itu, kedua-duanya juga direman mengikut Seksyen 325/506 Kanun Keseksaan untuk membantu siasatan kes kecederaan 2 lagi anggota yang ditahan di bilik sama.
Pada 2 Oktober lalu, 2 anggota TLDM berpangkat Laskar Kelas 1 berumur 30 tahun membuat laporan polis mendakwa dicederakan di bilik tahanan sama dan mereka kini dirawat di bilik khas di Wad Pembedahan Lelaki, 96 Hospital Angkatan Tentera di Lumut.
Reman 2 lagi anggota TLDM disambung 7 hari
Sekianlah artikel Reman 2 lagi anggota TLDM disambung 7 hari kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.
Sudah dibaca Reman 2 lagi anggota TLDM disambung 7 hari linknya https://malaysiadansekitarnya.blogspot.com/2017/10/reman-2-lagi-anggota-tldm-disambung-7.html
0 Response to "Reman 2 lagi anggota TLDM disambung 7 hari"
Posting Komentar