Judul : Langsung - Himpunan Anti Kleptokrasi
link : Langsung - Himpunan Anti Kleptokrasi
Langsung - Himpunan Anti Kleptokrasi
Langsung - Himpunan Anti Kleptokrasi. Himpunan anjuran Pakatan Harapan (HARAPAN) berlangsung hari ini dengan mengambil slogan antikleptokrasi – Sayangi Malaysia Hapuskan Kleptokrasi – bertempat di Padang Timur, Petaling Jaya.
Himpunan berkenaan adalah susulan reaksi terhadap saman sivil terbaru Jabatan Keadilan (DOJ) Amerika Syarikat berkaitan isu 1MDB selain merupakan langkah pemimpin HARAPAN memberi kefahaman kepada orang ramai berkenaan skandal yang dikaitkan dengan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak.
Perhimpunan itu akan dihadiri oleh pemimpin dari parti komponen HARAPAN iaitu PKR, DAP, Parti Amanah Negara (AMANAH) dan Parti Pribumi Bersatu Malaysia (BERSATU).
Penganjur sebelum ini menyasarkan 100,000 penyertaan. Himpunan itu dijangka bermula pukul 4 petang ini sehingga lewat malam.
Sementara itu, Ketua Umno Bahagian Sungai Besar, Datuk Seri Jamal Md Yunos dikatakan akan membuka gerai menjual ikan di lokasi sama berlangsungnya himpunan antikleptokrasi itu.
Ikuti laporan langsung Malaysiakini sekitar himpunan itu.
3.00pm - Amcorp Mall: Pasukan Simpanan Persekutuan (FRU) dilihat telah bersiap sedia bagi mengawal segala kemungkinan yang tidak diingini berlaku semasa himpunan anti-kleptokrasi petang ini.
Pasukan FRU itu dilihat di ibu pejabat polis daerah (IPD) Petaling Jaya sekitar jam 2.00 petang tadi dan sebanyak empat buah kenderaan FRU berada di sana.
Langsung - Himpunan Anti Kleptokrasi
2.40PM - Amcorp Mall: Pengerusi HARAPAN Tun Dr Mahathir Mohamad dijangka tiba di Padang Timur pada pukul 4 petang dan akan berucap sebelah malam.
"Beliau (Mahathir) akan melawat sekitar kawasan himpunan dan gerai-gerai jualan. Beliau kemudian akan pulang untuk berehat dan datang semula pukul 8 malam," kata pegawai media BERSATU Mohd Ikhmal Abu Bakar.
2.35PM - Padang Timur: Ketua Umno Bahagian Sungai Besar Jamal Md Yunos dan gerai ikannya tidak kelihatan seperti yang didakwanya sebelum ini.
Beberapa pemyokongnya berkata beliau mungkin akan tiba pukul 3.00 petang.
2.30PM - Padang Timur: Jalan-jalan di sekitar kawasan himpunan dipenuhi dengan bendera parti komponen HARAPAN kecuali bendera PKR.
Difahamkan, sukarelawan parti terlupa membawa tiang kayu untuk memacak bendera.
Langsung - Himpunan Anti Kleptokrasi
Jawatankuasa teknikal himpunan Faiz Fadzil bagaimanapun memberi jaminan masalah itu akan diselesaikan secepat mungkin.
"Tiang kayu bendera sudah ada dan sedang dibawa ke sini. Setiap parti sepatutnya bawa tiang kayu sendiri, jadi mungkin ada sedikit salah faham," katanya kepada Malaysiakini ketika ditemui.
Sementara itu, kawasan Padang Timur kelihatan lengang meski gerai-gerai menjual barangan, makanan dan lain-lain sudah mula dibuka.
Beberapa kelompok orang ramai yang seperti bakal menyertai himpunan itu dilihat berteduh dari terik matahari berhampiran restoran A&W dan pusat beli-belah AmCorp Mall.
Di pentas, petugas himpunan dilihat membuat persediaan akhir dengan lagu-lagu patriotik seperti "Keranamu Malaysia" dimainkan.
Alwi Idrus (gambar), 69, anggota BERSATU membayar tambang bas RM50 dari Johor untuk menyertai himpunan itu.
"Bukan saya sendiri, semua anggota PKR, AMANAH dan DAP yang datang dengan bas sama dari Mersing menggunakan duit sendiri.
"Saya cuma ahli biasa, tapi saya datang untuk (menyokong) perjuangan parti," katanya.
Alwi sebelum ini menyertai Umno ketika berumur 16 tahun namun meninggalkan parti itu pada 1996 ketika Dr Mahathir sebagai presiden parti.
Langsung - Himpunan Anti Kleptokrasi
"Saya keluar Umno kerana beliau enggan dengar suara rakyat, dan saya kembali sokong beliau kerana beliau mula dengar suara kita semula," katanya yang menambah dia ingin melihat Najib Razak dijatuhkan. - mk
Akan dikemaskini dari masa ke semasa..
Iklan
Langsung - Himpunan Anti Kleptokrasi
Sekianlah artikel Langsung - Himpunan Anti Kleptokrasi kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.
Sudah dibaca Langsung - Himpunan Anti Kleptokrasi linknya https://malaysiadansekitarnya.blogspot.com/2017/10/langsung-himpunan-anti-kleptokrasi.html
0 Response to "Langsung - Himpunan Anti Kleptokrasi"
Posting Komentar