KIT SIANG TIDAK LAYAK JADI PM – VETEREN POLITIK

KIT SIANG TIDAK LAYAK JADI PM – VETEREN POLITIK - Hallo sahabat Malaysia dan Sekitarnya, Pada Artikel yang anda baca kali ini dengan judul KIT SIANG TIDAK LAYAK JADI PM – VETEREN POLITIK, kami telah mempersiapkan artikel ini dengan baik untuk anda baca dan ambil informasi didalamnya. mudah-mudahan isi postingan Artikel Berita, Artikel Budaya, Artikel Kabar, Artikel Malaysia, Artikel Melayu, Artikel News, Artikel Politik, Artikel Ragam, Artikel Sosial, Artikel Terbaru, Artikel Terkini, Artikel Update, yang kami tulis ini dapat anda pahami. baiklah, selamat membaca.

Judul : KIT SIANG TIDAK LAYAK JADI PM – VETEREN POLITIK
link : KIT SIANG TIDAK LAYAK JADI PM – VETEREN POLITIK

Baca juga


KIT SIANG TIDAK LAYAK JADI PM – VETEREN POLITIK

Penasihat DAP, Lim Kit Siang tidak layak untuk dilantik sebagai Perdana Menteri kerana kebolehannya dilihat banyak tertumpu kepada aspek menggembar-gemburkan isu politik merentasi masyarakat Tionghua sahaja, kata Tan Sri Dr. Rais Yatim.

Penasihat Sosiobudaya Ke­rajaan Malaysia itu juga mempersoalkan tiada sebarang re­kod mahupun potensi meya­kinkan sehingga pemimpin parti pembangkang itu layak diangkat sebagai calon Perdana Menteri di negara ini.

“Penilaian yang seharusnya di­buat oleh Datuk Zaid Ibrahim perlu bergantung kepada faktor sumbangan dan rekod kebaikan yang diberikan kepada rakyat. Malah, perkara ini belum terbukti dalam kehidupan masyarakat majmuk, jauh sekali beliau layak meme­gang tampuk pemerintahan.

“Rekod DAP juga lebih menjurus kepada politik membangkang bukan politik mentadbir rakyat. Oleh itu, jumlah 38 kerusi yang dimiliki DAP sekarang di Dewan Rakyat bukan syarat mutlak menjadi pemimpin yang lebih baik,” katanya kepada Utusan Malaysia di sini hari ini.

Menurut Rais, perkara berkenaan sekali gus memperlihatkan sikap sebenar DAP apabila menganggap pemimpin mereka lebih baik berbanding sesiapa sahaja dalam UMNO sebagai Perdana Menteri.

Dalam pada itu, Setiausaha Agung Veteran UMNO Malaysia, Datuk Mustapha Yaakub menyifatkan kenyataan itu secara tidak langsung menggambarkan bahawa Zaid sudah dipengaruhi DAP sehingga sudah tidak nampak kebenaran di depan mata.

“Sedangkan dahulu beliau pernah menjadi pemimpin dalam Kabinet kerajaan, adakah tiada satu kebaikan langsung sehingga sanggup menyifatkan pemimpin UMNO mengkhianati keperca­yaan rakyat? Kalau benar-benar ada, buktikan? Jangan sekadar tembak rambang. Sekalipun ada kecuaian ia boleh diperbetulkan kerana yang bermasalah mungkin individu tertentu.

“Kita juga tidak boleh mengharapkan kesempurnaan 100 peratus dalam mana-mana pentadbiran sekalipun. Tindakan itu juga seolah-olah menunjukkan beliau lebih Cina daripada orang Cina (DAP) sendiri kerana lebih masak dengan sifat peribadi Kit Siang,” jelasnya.

Dalam masa sama, Mustapha tidak menolak kemungkinan ia adalah strategi Zaid dalam cubaan memancing undi orang Cina.

“Beliau (Zaid) dijangka bertan­ding atas tiket DAP dalam menghadapi Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU-14) dan kenyataan itu juga semata-mata ingin meraih sokongan serta menagih kepercayaan daripada pengundi Cina,” ujarnya.


KIT SIANG TIDAK LAYAK JADI PM – VETEREN POLITIK

Sekianlah artikel KIT SIANG TIDAK LAYAK JADI PM – VETEREN POLITIK kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.

Sudah dibaca KIT SIANG TIDAK LAYAK JADI PM – VETEREN POLITIK linknya https://malaysiadansekitarnya.blogspot.com/2017/10/kit-siang-tidak-layak-jadi-pm-veteren.html

Subscribe to receive free email updates:

Related Posts :

0 Response to "KIT SIANG TIDAK LAYAK JADI PM – VETEREN POLITIK"

Posting Komentar