Ketua SPRM ikrar tidak tunduk pada tekanan... terus perangi rasuah

Ketua SPRM ikrar tidak tunduk pada tekanan... terus perangi rasuah - Hallo sahabat Malaysia dan Sekitarnya, Pada Artikel yang anda baca kali ini dengan judul Ketua SPRM ikrar tidak tunduk pada tekanan... terus perangi rasuah, kami telah mempersiapkan artikel ini dengan baik untuk anda baca dan ambil informasi didalamnya. mudah-mudahan isi postingan Artikel Berita, Artikel Budaya, Artikel Kabar, Artikel Malaysia, Artikel Melayu, Artikel News, Artikel Politik, Artikel Ragam, Artikel Sosial, Artikel Terbaru, Artikel Terkini, Artikel Update, yang kami tulis ini dapat anda pahami. baiklah, selamat membaca.

Judul : Ketua SPRM ikrar tidak tunduk pada tekanan... terus perangi rasuah
link : Ketua SPRM ikrar tidak tunduk pada tekanan... terus perangi rasuah

Baca juga


Ketua SPRM ikrar tidak tunduk pada tekanan... terus perangi rasuah

"Saya tidak akan tunduk terhadap serangan berbentuk peribadi. Saya tetap bertekad untuk terus memerangi rasuah."

Itu jawapan Ketua Pesuruhjaya Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia, (SPRM), Tan Sri Dzulkifli Ahmad, ketika mengulas mengenai dakwaan yang mengatakan beliau terbabit dalam hubungan sulit dengan isteri orang.

"Kami tidak akan tunduk kepada tekanan. Kami akan terus menjalankan tugas dan tanggungjawab kami untuk memastikan negara ini bebas daripada pihak yang terbabit dengan rasuah dan penyalahgunaan kuasa.

"Tuduhan yang dilemparkan ini adalah tindakan yang kotor dan keji, dengan niat untuk merosakkan reputasi saya dan usaha SPRM dalam memerangi rasuah," katanya ketika diwawancara TV3, Selasa.

Dzulkifli berkata, beliau telah menghubungi Ketua Polis Negara, Tan Sri Mohamad Fuzi Harun, mengenai perkara itu dan menyerahkannya kepada polis untuk tindakan lanjut.

Menteri Komunikasi dan Multimedia, Datuk Seri Dr Salleh Said Keruak, sebelum ini menasihatkan Dzulkifli supaya tetap teguh dan tidak tunduk kepada taktik sesetengah pihak bertujuan untuk melemahkannya.

Tahun lalu, SPRM bertindak ke atas pegawai kanan Jabatan Air Sabah dan menemui semula lebih daripada RM50 juta wang tunai yang dipercayai diselewengkan, sekali gus menjadi rampasan terbesar di negara ini.

Tiga orang telah didakwa di mahkamah setakat ini berkaitan kes pengubahan wang haram, yang juga dikenali sebagai skandal Sabah Watergate.

Sehingga Julai tahun ini, SPRM telah menyiasat 56 kes di Sabah, yang sebahagian besarnya menangani tuntutan palsu untuk projek yang dikatakan tidak pernah dijalankan.

Antara kes berprofil tinggi yang baru-baru ini disiasat oleh SPRM ialah siasatan ke atas penyelewengan sehingga RM1.5 bilion dalam peruntukan projek persekutuan untuk golongan miskin di Sabah menerusi Kementerian Pembangunan Luar Bandar dan Wilayah.

SPRM turut menahan dua adik Presiden Parti Warisan Sabah, Datuk Seri Mohd Shafie Apdal, berhubung kes terbabit dan dijangka membuat lebih banyak tangkapan.


Ketua SPRM ikrar tidak tunduk pada tekanan... terus perangi rasuah

Sekianlah artikel Ketua SPRM ikrar tidak tunduk pada tekanan... terus perangi rasuah kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.

Sudah dibaca Ketua SPRM ikrar tidak tunduk pada tekanan... terus perangi rasuah linknya https://malaysiadansekitarnya.blogspot.com/2017/10/ketua-sprm-ikrar-tidak-tunduk-pada.html

Subscribe to receive free email updates:

Related Posts :

0 Response to "Ketua SPRM ikrar tidak tunduk pada tekanan... terus perangi rasuah"

Posting Komentar