HIMPUNAN PEMBANGKANG GAGAL, DR M BUKAN ‘CROWD PULLER’ – PUAD

HIMPUNAN PEMBANGKANG GAGAL, DR M BUKAN ‘CROWD PULLER’ – PUAD - Hallo sahabat Malaysia dan Sekitarnya, Pada Artikel yang anda baca kali ini dengan judul HIMPUNAN PEMBANGKANG GAGAL, DR M BUKAN ‘CROWD PULLER’ – PUAD, kami telah mempersiapkan artikel ini dengan baik untuk anda baca dan ambil informasi didalamnya. mudah-mudahan isi postingan Artikel Berita, Artikel Budaya, Artikel Kabar, Artikel Malaysia, Artikel Melayu, Artikel News, Artikel Politik, Artikel Ragam, Artikel Sosial, Artikel Terbaru, Artikel Terkini, Artikel Update, yang kami tulis ini dapat anda pahami. baiklah, selamat membaca.

Judul : HIMPUNAN PEMBANGKANG GAGAL, DR M BUKAN ‘CROWD PULLER’ – PUAD
link : HIMPUNAN PEMBANGKANG GAGAL, DR M BUKAN ‘CROWD PULLER’ – PUAD

Baca juga


HIMPUNAN PEMBANGKANG GAGAL, DR M BUKAN ‘CROWD PULLER’ – PUAD

Tun Dr Mahathir Mohamad tidak lagi mampu menarik minat orang ramai untuk menyertai perhimpunan dan ia terbukti dengan kegagalan himpunan pembangkang semalam di Padang Timur, kata Ahli Majlis Tertinggi UMNO Datuk Dr Mohd Puad Zarkashi.

Puad mendakwa himpunan semalam sebagai gagal dengan jumlah kehadiran orang ramai yang kecil dan amat jelas sekali tanpa penyertaan Pas dalam himpunan semalam jumlah peserta yang dianggar hadir jauh lebih kecil.

“Sekali lagi Pas membuktikan, tanpa Pas perhimpunan anjuran PH akan gagal.

“Memang kesian. Perhimpunan Sayangi Malaysia Anti kleptokrasi gagal mencapai matlamat. Bersih 5 juga gagal apabila Pas memulaukannya. Nampak sangat Tun M bukan crowd puller (tarik orang ramai),” katanya dalam satu kenyataan.

Menurut Puad, pemimpin pembangkang semasa himpunan itu juga sedar dengan jumlah kehadiran orang ramai yang kecil dan mengelak daripada menjawab soalan wartawan apabila ditanya tentang perkara itu.

“Kesian Mat Sabu (Mohamad Sabu). Sebagai perancang utama perhimpunan, Mat Sabu macam orang pekak bila ditanya media kenapa orang tak ramai.

“Azmin Ali (Datuk Seri Mohamed Azmin Ali) datang waktu petang tetapi tidak berucap. Malam langsung tidak nampak muka walaupun Selangor adalah tuan rumah,” katanya.

Bukan sahaja Dr Mahathir gagal menarik orang ramai hadir, malah ucapannya juga agak hambar dan pada penghujung ucapan orang ramai mula meninggalkan majlis, dakwa Puad lagi.

“Akibatnya ucapan Tun M menjadi anti klimaks. Hambar dan tidak bersemangat. Di penghujung ucapannya, orang ramai mula meninggalkan majlis.

“Tahu kenapa? Ucapan semua pemidato termasuk Tun M dan Muhyiddin (Tan Sri Muhyiddin Yassin) adalah sama,” katanya lagi.

Tegas Puad, pembangkang semalam memainkan isu yang diulang tayang dan sudah basi.

“Isu basi dan diulang tayang. 1MDB, GST, 2.6 Bilion dan tangkap MO1,” katanya. 


HIMPUNAN PEMBANGKANG GAGAL, DR M BUKAN ‘CROWD PULLER’ – PUAD

Sekianlah artikel HIMPUNAN PEMBANGKANG GAGAL, DR M BUKAN ‘CROWD PULLER’ – PUAD kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.

Sudah dibaca HIMPUNAN PEMBANGKANG GAGAL, DR M BUKAN ‘CROWD PULLER’ – PUAD linknya https://malaysiadansekitarnya.blogspot.com/2017/10/himpunan-pembangkang-gagal-dr-m-bukan.html

Subscribe to receive free email updates:

Related Posts :

0 Response to "HIMPUNAN PEMBANGKANG GAGAL, DR M BUKAN ‘CROWD PULLER’ – PUAD"

Posting Komentar