DAP Bidas Hindu Sangam Tak Sokong Pesta Arak

DAP Bidas Hindu Sangam Tak Sokong Pesta Arak - Hallo sahabat Malaysia dan Sekitarnya, Pada Artikel yang anda baca kali ini dengan judul DAP Bidas Hindu Sangam Tak Sokong Pesta Arak, kami telah mempersiapkan artikel ini dengan baik untuk anda baca dan ambil informasi didalamnya. mudah-mudahan isi postingan Artikel Berita, Artikel Budaya, Artikel Kabar, Artikel Malaysia, Artikel Melayu, Artikel News, Artikel Politik, Artikel Ragam, Artikel Sosial, Artikel Terbaru, Artikel Terkini, Artikel Update, yang kami tulis ini dapat anda pahami. baiklah, selamat membaca.

Judul : DAP Bidas Hindu Sangam Tak Sokong Pesta Arak
link : DAP Bidas Hindu Sangam Tak Sokong Pesta Arak

Baca juga


DAP Bidas Hindu Sangam Tak Sokong Pesta Arak

Terang dan jelas apabila DAP diberikan kuasa untuk memerintah, kesyumulan dan juga imej Islam di negara ini pastinya akan tergugat. Ramai yang sedia maklum bahawa DAP bukan sahaja berpotensi untuk menjahanamkan bangsa melayu, malah Islam juga akan diperlekehkan oleh mereka.

Salah seorang pemimpin kanan DAP mengherdik kenyataan yang dikeluarkan Hindu Sangam Malaysia apabila menyokong tindakan Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) untuk tidak meluluskan permohonan yang dikemukakan oleh penganjur Better Beer Festival 2017 seperti yang dilaporkan oleh portal Menara.my.

Timbalan Ketua Menteri Pulau Pinang II, P. Ramasamy yang juga merupakan bekas pensyarah sebuah universiti tempatan, dilaporkan malaysiakini.com, bertegas bahawa kilang-kilang arak telah lama beroperasi di
Malaysia, bagaimanakah nasib pekerja mereka jika kilang-kilang ini ‘bungkus tikar’ kelak? “If everything is banned because it is sensitive, then one day, temple activities may also meet the same fate.”

Sebelum ini Presiden Hindu Sangam Malaysia, Datuk RS Mohan Shan memberitahu wartawan Menara.my bahawa beliau bersetuju dengan tindakan DBKL kerana pesta arak bertentangan dengan larangan agama mengharamkan pengambilan alkohol oleh penganutnya.

Di samping itu, beliau bersetuju dengan pandangan supaya pesta arak tersebut tidak diadakan di tempat-tempat terbuka.

Kata Datuk RS Mohan Shan lagi, “Kalau you sudah ambil arak berlebihan, so you out of control yourself. Bila seseorang itu out of control, boleh berlaku macam-macam kejadian yang tidak diingini seperti perbuatan tidak bermoral.”

Pada tahun 2012, Free Malaysia Today melaporkan Persatuan Hindu Sangam Malaysia Pulau Pinang mahu kerajaan negeri menguat kuasakan larangan penjualan arak di sekitar kawasan sambutan perayaan Thaipusam bagi mengelakkan kejadian yang tidak diingini berlaku.

“Kebanyakan anak muda yang minum cecair alkohol itu gagal mengawal emosi akibat mabuk dan ini akan mengganggu perjalanan perayaan Thaipusam,” kata pengerusinya ketika itu, G Shanmuganathan.

Justeru,alkohol bukan sahaja boleh memabukkan, tetapi juga mampu memudaratkan kesihatan diri sekiranya diamalkan berterusan.

Ia umpama kombinasi dadah dan racun kepada badan kita. Malahan hampir setiap agama di dunia ini turut melarang tabiat tersebut di kalangan para penganutnya. Kesan ketagihan akibat meminum alkohol bukannya bergantung kepada jenis alkohol tetapi jumlah yang diminum pada satu-satu masa.

Selain itu,ia bukan sahaja memabukkan malah alkohol juga merupakan perosak masyarakat sejak zaman berzaman. Pengambilan alkohol secara berterusan boleh mengakibatkan kehilangan nyawa yang tidak terkira serta menyebabkan kesengsaraan kepada jutaan manusia di seluruh dunia. Alkohol merupakan punca pelbagai masalah yang dihadapi masyarakat masa kini dan salah satu punca peningkatan jenayah serta masalah sosial di kalangan masyarakat.


DAP Bidas Hindu Sangam Tak Sokong Pesta Arak

Sekianlah artikel DAP Bidas Hindu Sangam Tak Sokong Pesta Arak kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.

Sudah dibaca DAP Bidas Hindu Sangam Tak Sokong Pesta Arak linknya https://malaysiadansekitarnya.blogspot.com/2017/10/dap-bidas-hindu-sangam-tak-sokong-pesta.html

Subscribe to receive free email updates:

Related Posts :

0 Response to "DAP Bidas Hindu Sangam Tak Sokong Pesta Arak"

Posting Komentar