BN akan kekalkan SJK tetapi kaum lain kena kuasai Bahasa Melayu

BN akan kekalkan SJK tetapi kaum lain kena kuasai Bahasa Melayu - Hallo sahabat Malaysia dan Sekitarnya, Pada Artikel yang anda baca kali ini dengan judul BN akan kekalkan SJK tetapi kaum lain kena kuasai Bahasa Melayu, kami telah mempersiapkan artikel ini dengan baik untuk anda baca dan ambil informasi didalamnya. mudah-mudahan isi postingan Artikel Berita, Artikel Budaya, Artikel Kabar, Artikel Malaysia, Artikel Melayu, Artikel News, Artikel Politik, Artikel Ragam, Artikel Sosial, Artikel Terbaru, Artikel Terkini, Artikel Update, yang kami tulis ini dapat anda pahami. baiklah, selamat membaca.

Judul : BN akan kekalkan SJK tetapi kaum lain kena kuasai Bahasa Melayu
link : BN akan kekalkan SJK tetapi kaum lain kena kuasai Bahasa Melayu

Baca juga


BN akan kekalkan SJK tetapi kaum lain kena kuasai Bahasa Melayu

Kerajaan Barisan Nasional akan terus menyokong dan mempertahankan Sekolah Jenis Kebangaaan (SJK) Cina dan Tamil kerana ia sudah termeterai dalam kontrak sosial dan perlembagaan.

"Nenek moyang kita telah membuat keputusan yang bijaksana apabila mereka tidak memilih asimilasi dan sebaliknya memilih integrasi. Sebab itu kita berbeza dari negara-negara lain.

"Ia telah diputuskan sejak sebelum Merdeka. Nenek moyang kita telah memilih integrasi dan membenarkan sekolah Cina dan Tamil didirikan di negara ini.

"Kita tidak boleh berkata hari ini kita tak mahukan sekolah Cina. Ini bukan semangat Barisan Nasional (BN). Kita hendaklah menghormati kontrak sosial yang diterjemahkan dalam perlembagaan, dasar dan undang-undang," kata Perdana Menteri, Datuk Seri Mohd Najib Tun Razak.

Beliau berkata demikian semasa dialog TN50 sempena Sidang Kemuncak Belia Cina Malaysia di Serdang, Selangor, Sabtu. Turut hadir ialah presiden MCA, Datuk Seri Liow Tiong Lai.

"Kita tidak boleh mengubah apa yang telah diputuskan oleh nenek moyang kita. Kita kena buat yang terbaik dan jangan mengubah dasar yang menjadi tiang asas negara kita. Apabila kita cuba mengubahnya, kita akan berdepan dengan masalah.

"Maka saya bukan sahaja akan mempertahankan malah akan menyokong sekolah-sekolah Cina," tambah Najib, yang juga presiden BN.

Menurut Najib sekiranya dia mementingkan populariti dalam UMNO dia tidak akan melakukannya.

"Pemimpin-pemimpin dalam Pembangkang hari ini tidak menyokong keputusan saya tetapi saya melakukannya kerana saya yakin kepada keputusan yang dibuat oleh nenek moyang kita.

"Negara ini milik semua. Setiap rakyat mempunyai hak. Sebagai BN kita mewakili setiap komuniti " katanya.

Sungguhpun begitu, Najib meminta masyarakat Cina menghormati dan menguasai Bahasa Melayu sebagai Bahasa Kebangsaan.

Katanya penguasaan Bahasa Malaysia di SJKC harus diperkasakan kerana ia dapat dijadikan medium untuk mengeratkan perpaduan kaum.

"Kita akan membina lebih banyak SJKC sekiranya ada keperluan, sama ada di bandar atau luar bandar. Tetapi mereka mestilah memperkasakan Bahasa Melayu sebagai Bahasa Kebangsaan," katanya.


BN akan kekalkan SJK tetapi kaum lain kena kuasai Bahasa Melayu

Sekianlah artikel BN akan kekalkan SJK tetapi kaum lain kena kuasai Bahasa Melayu kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.

Sudah dibaca BN akan kekalkan SJK tetapi kaum lain kena kuasai Bahasa Melayu linknya https://malaysiadansekitarnya.blogspot.com/2017/10/bn-akan-kekalkan-sjk-tetapi-kaum-lain.html

Subscribe to receive free email updates:

Related Posts :

0 Response to "BN akan kekalkan SJK tetapi kaum lain kena kuasai Bahasa Melayu"

Posting Komentar