Annuar cadang Umno-PAS duduk semeja cari titik persamaan demi umat Islam

Annuar cadang Umno-PAS duduk semeja cari titik persamaan demi umat Islam - Hallo sahabat Malaysia dan Sekitarnya, Pada Artikel yang anda baca kali ini dengan judul Annuar cadang Umno-PAS duduk semeja cari titik persamaan demi umat Islam, kami telah mempersiapkan artikel ini dengan baik untuk anda baca dan ambil informasi didalamnya. mudah-mudahan isi postingan Artikel Berita, Artikel Budaya, Artikel Kabar, Artikel Malaysia, Artikel Melayu, Artikel News, Artikel Politik, Artikel Ragam, Artikel Sosial, Artikel Terbaru, Artikel Terkini, Artikel Update, yang kami tulis ini dapat anda pahami. baiklah, selamat membaca.

Judul : Annuar cadang Umno-PAS duduk semeja cari titik persamaan demi umat Islam
link : Annuar cadang Umno-PAS duduk semeja cari titik persamaan demi umat Islam

Baca juga


Annuar cadang Umno-PAS duduk semeja cari titik persamaan demi umat Islam

BACHOK: Umno dan PAS perlu “duduk semeja” bagi mencari titik persamaan demi kepentingan umat Islam, kata Ketua Penerangan Umno Tan Sri Annuar Musa.

Ahli Parlimen Ketereh itu berkata pertelagahan yang berterusan tidak membawa sebarang keuntungan kepada rakyat termasuk di Kelantan.

Justeru atas dasar itulah ujarnya, Umno dan PAS perlu lebih fleksibel dalam soal mencari titik persamaan.

“Jika PAS mahu bekerjasama atau membincangkan soal itu, Umno sebenarnya tiada apa-apa masalah,” katanya kepada pemberita pada majlis santai bersama media di sini, malam tadi.

Tambahnya sungguhpun kedua-dua parti itu tidak boleh berkompromi dengan PAS dalam perkara-perkara tertentu, namun masih banyak perkara lain yang boleh dibuat bersama melalui konsep ta’awun seperti dalam meminda Akta Mahkamah Syariah (Bidang Kuasa Jenayah) 1965.

Beliau dalam pada itu berkata Umno kini bersiap sedia untuk menghadapi Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU14).

“Kita ingin menegaskan siapa-siapa (parti) yang menyokong DAP kita akan tentang seperti PPBM dan PKR.

“Bagi saya pada PRU-14 akan datang, mana-mana yang menyokong DAP kita wajib tentang kerana kita tidak mahu DAP ‘menguasai’ walaupun mereka tidak memerintah seperti yang berlaku di Selangor,” katanya.


Annuar cadang Umno-PAS duduk semeja cari titik persamaan demi umat Islam

Sekianlah artikel Annuar cadang Umno-PAS duduk semeja cari titik persamaan demi umat Islam kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.

Sudah dibaca Annuar cadang Umno-PAS duduk semeja cari titik persamaan demi umat Islam linknya https://malaysiadansekitarnya.blogspot.com/2017/10/annuar-cadang-umno-pas-duduk-semeja.html

Subscribe to receive free email updates:

Related Posts :

0 Response to "Annuar cadang Umno-PAS duduk semeja cari titik persamaan demi umat Islam"

Posting Komentar