Judul : Umno tak boleh harap Mat Taib saja, kata penganalisis
link : Umno tak boleh harap Mat Taib saja, kata penganalisis
Umno tak boleh harap Mat Taib saja, kata penganalisis
Oleh Shuhaniza Said
SHAH ALAM: Umno memerlukan lebih ramai pemimpin yang berpengaruh dan berwibawa khususnya diperingkat tempatan dalam merealisasikan hasrat merampas semula Selangor daripada Pakatan Harapan (PH).
Penganalisis politik, Prof Madya Dr Mohd Azizuddin Mohd Sani berkata, kemasukan bekas Menteri Besar Selangor, Tan Sri Muhammad Muhd Taib saja dilihat kurang memberi impak kepada Umno kerana tokoh itu mempunyai 'keterbatasan' khususnya daripada aspek sokongan pengundi muda.
"Mereka (Umno) perlukan ramai (pemimpin), bukan dia (Muhammad) seorang. Sebab dia kelebihan tetapi ada juga keterbatasan, tapi ia memerlukan ramai lagi orang khususnya pemimpin muda yang menonjol untuk bantu BN.
"Tak kira sama ada daripada kalangan pembangkang mahupun NGO yang dilihat boleh mewakili masyarakat. Tak semestinya pemimpin itu diperingkat nasional, boleh juga diperingkat lokal. Yang penting dia boleh bawa sokongan dan tarikan kepada pengundi," katanya kepada Antarapos, ketika mengulas impak kemasukan Muhammad ke dalam Umno.
Muhammad atau lebih dikenali sebagai Mat Taib pada Ahad lalu mengumumkan menyertai semula Umno selepas meninggalkan parti itu pada 2013.
Kemasukannnya ke dalam Umno dibuat ekoran kecewa PKR tidak mementingkan agenda perjuangan Melayu mahupun Islam.
Mat Taib menyertai PKR pada tahun 2015. Sebelum itu beliau menyertai PAS pada tahun 2013.
Keputusannya kembali kepada Umno dilihat akan memperkuatkan kempen parti itu untuk menawan semula Selangor daripada pembangkang yang dipimpin oleh PKR sejak 2008.
Muhammad adalah bekas ADUN Hulu Selangor dan pernah menjadi Menteri Besar pada tahun 1986 sehingga 1997 dan masih dilihat berpengaruh, khususnya di Selangor.
Dalam pada itu Azizuddin tidak menolak penyertaan semula Mat Taib dapat memberi sedikit nilai tambah kepada Umno khususnya di Selangor.
Beliau dalam pada itu tidak menjangkakan Mat Taib akan diangkat sebagai calon mahupun mengetuai jentera pilihan raya Umno di negeri itu, sebaliknya tokoh itu berkemungkinan memainkan peranan penting daripada belakang tabir.
Umno tak boleh harap Mat Taib saja, kata penganalisis
Sekianlah artikel Umno tak boleh harap Mat Taib saja, kata penganalisis kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.
Sudah dibaca Umno tak boleh harap Mat Taib saja, kata penganalisis linknya https://malaysiadansekitarnya.blogspot.com/2017/09/umno-tak-boleh-harap-mat-taib-saja-kata.html
0 Response to "Umno tak boleh harap Mat Taib saja, kata penganalisis"
Posting Komentar