Tragedi Kebakaran Pusat Tahfiz - Kerana Nila Setitik

Tragedi Kebakaran Pusat Tahfiz - Kerana Nila Setitik - Hallo sahabat Malaysia dan Sekitarnya, Pada Artikel yang anda baca kali ini dengan judul Tragedi Kebakaran Pusat Tahfiz - Kerana Nila Setitik, kami telah mempersiapkan artikel ini dengan baik untuk anda baca dan ambil informasi didalamnya. mudah-mudahan isi postingan Artikel Berita, Artikel Budaya, Artikel Kabar, Artikel Malaysia, Artikel Melayu, Artikel News, Artikel Politik, Artikel Ragam, Artikel Sosial, Artikel Terbaru, Artikel Terkini, Artikel Update, yang kami tulis ini dapat anda pahami. baiklah, selamat membaca.

Judul : Tragedi Kebakaran Pusat Tahfiz - Kerana Nila Setitik
link : Tragedi Kebakaran Pusat Tahfiz - Kerana Nila Setitik

Baca juga


Tragedi Kebakaran Pusat Tahfiz - Kerana Nila Setitik

Tragedi Kebakaran Pusat Tahfiz - Kerana Nila Setitik. Masyarakat tidak seharusnya menjadikan pusat tahfiz mangsa untuk melepaskan kemarahan susulan tragedi kebakaran Pusat Tahfiz Darul Quran Ittifaqiyah di Jalan Keramat Ujung, Kuala Lumpur, baru-baru ini.

Pengetua Madrasah Tahfizul Quran Darul Furqan di Paya Jaras kecewa masyarakat seperti menyasarkan semua sekolah tahfiz seolah-olah semua penggerak tahfiz sengaja mengabaikan aspek keselamatan.

Tragedi Kebakaran Pusat Tahfiz - Kerana Nila Setitik



“Tidak adil masyarakat menyalahkan semua pusat tahfiz, ia ibarat nila setitik rosak susu sebelanga,” katanya, yang hanya mahu dikenali sebagai “ustazah”.

“Matlamat kami suci. Mengapa dengan satu insiden seperti itu mereka mahu menutup perjuangan agama yang kami lakukan?”

FMT menemui beliau dan beberapa penggerak tahfiz lain untuk mendengar reaksi mereka kepada kemarahan masyarakat susulan tragedi kebakaran Darul Quran Ittifaqiyah yang mengorbankan 23 pelajar dan 2 guru pagi Khamis.

Mangsa tidak dapat menyelamatkan diri kerana terperangkap dalam bangunan itu, yang kemudian didapati tidak menyediakan langkah keselamatan kebakaran sepatutnya.

Statistik bomba mencatatkan sebanyak 211 kes kebakaran melihatkan sekolah tahfiz berlaku antara 2015 hingga 2017.

“Orang ramai marah dan sedih atas insiden itu, tetapi tidak adil mereka meminta operasi kami ditutup.”

Kami berdaftar

Sementara tu, Pengerusi Maahad Tahfiz Al-Muqri Mohd Shaari Husin percaya tidak ada seorang pun penggerak tahfiz yang ingin tragedi menimpa pelajar dan kakitangan mereka.

Beliau berkata pusat tahfiznya yang terletak di Puchong mengutamakan keselamatan bangunan dan pelajar selama beroperasi sejak 18 tahun lalu.

Selain berdaftar dengan Jabatan Agama Islam Selangor (Jais), para guru dan pelajar Maahad Tahfiz Al-Muqri juga menjalani latihan kebakaran dengan bomba Puchong 2 kali setahun.

“Kursus itu mengajar bagaimana hendak menyelamatkan diri jika ada kebakaran. Sekiranya ada kebakaran, pergi ke tempat lapang. Kalau terperangkap, ambil selimut untuk selubung diri dan keluar. 

Tragedi Kebakaran Pusat Tahfiz - Kerana Nila Setitik


Jika keluar jangan berdiri, berada dalam keadaan duduk. Bagaimana nak guna alat pemadam dan alat pemadam mesti ikut keluasan bangunan,” katanya yang menyediakan 12 pemadam api di sekolahnya.

Beliau juga meminta masyarakat supaya bersama penggerak tahfiz dan kerajaan membantu menyelesaikan masalah keselamatan di sekolah agama swasta.

“Jangan ambil pandangan negatif sebaliknya beri pandangan positif dengan beri cadangan bagaimana hendak atasi isu keselamatan. Ini kerana pandangan negatif tidak membantu apa-apa,” katanya ketika di temui di pejabatnya di Puchong.

Kami serius

Sementara itu, Ketua Pegawai Eksekutif Madrasah Tahfiz Al-Furqan Sharani Kamaludin berkata aspek keselamatan ditekankan oleh sekolah sepertinya, termasuk dari segi reka bentuk bangunan.


Ketua Pegawai Eksekutif Madrasah Tahfiz Al-Furqan Sharani Kamaludin

“Kalau jalan keluar difikirkan awal, insyaAllah, boleh selamat. Tangga kena ada 2 dan pemadam api perlu disediakan,” katanya.

Beliau juga berkata sekolah tahfiz perlu berdaftar dengan jabatan agama supaya keselamatan sekolah dan pelajar sentiasa dalam pantauan pihak berkuasa.

Tragedi Kebakaran Pusat Tahfiz - Kerana Nila Setitik


“Perlu berdaftar dengan pihak jabatan agama mengikut negeri masing-masing. Macam di Selangor, Jabatan Agama Islam Selangor (Jais) akan pantau sekolah yang ada.

“Selalu yang tidak daftar akan dikacau Jais. Sekolah pun kena buat laporan dengan Jais,” katanya. - fmt




Iklan
Image
Image
ImageImage
Image
Image
Image
Image
Image
Image
Image
Image
Image
Image








Tragedi Kebakaran Pusat Tahfiz - Kerana Nila Setitik

Sekianlah artikel Tragedi Kebakaran Pusat Tahfiz - Kerana Nila Setitik kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.

Sudah dibaca Tragedi Kebakaran Pusat Tahfiz - Kerana Nila Setitik linknya https://malaysiadansekitarnya.blogspot.com/2017/09/tragedi-kebakaran-pusat-tahfiz-kerana.html

Subscribe to receive free email updates:

Related Posts :

0 Response to "Tragedi Kebakaran Pusat Tahfiz - Kerana Nila Setitik"

Posting Komentar