Sidang akhbar UMNO buat pembangkang 'panas punggung'...

Sidang akhbar UMNO buat pembangkang 'panas punggung'... - Hallo sahabat Malaysia dan Sekitarnya, Pada Artikel yang anda baca kali ini dengan judul Sidang akhbar UMNO buat pembangkang 'panas punggung'..., kami telah mempersiapkan artikel ini dengan baik untuk anda baca dan ambil informasi didalamnya. mudah-mudahan isi postingan Artikel Berita, Artikel Budaya, Artikel Kabar, Artikel Malaysia, Artikel Melayu, Artikel News, Artikel Politik, Artikel Ragam, Artikel Sosial, Artikel Terbaru, Artikel Terkini, Artikel Update, yang kami tulis ini dapat anda pahami. baiklah, selamat membaca.

Judul : Sidang akhbar UMNO buat pembangkang 'panas punggung'...
link : Sidang akhbar UMNO buat pembangkang 'panas punggung'...

Baca juga


Sidang akhbar UMNO buat pembangkang 'panas punggung'...

Tindakan UMNO membuat sidang media khas bagi mengumumkan penyertaan semula Tan Sri Muhammad Muhd Taib dalam parti keramat itu merupakan satu tindakan bijak kerana membuatkan pihak pembangkang 'panas punggung' menanti apa sebenarnya intipati yang ingin disampaikan presiden parti sehingga pelbagai anggapan dibuat.

Exco Pemuda UMNO Datuk Armand Azha Abu Hanifah berkata, sidang media khas yang dibuat Presiden parti, Datuk Seri Najib Tun Razak, bukan semata-mata ingin membuat pengumuman mengenai Muhammad tetapi turut mengajar pembangkang seni politik berinstitusi.

"Sidang media yang diadakan bukan kerana kemasukan Mat Taib tetapi juga nak tunjuk cara matang sebuah parti politik membuat keputusan bersama. UMNO tunjuk bagaimana mengamalkan politik matang dalam pelbagai aspek.

"Nak terima bekas pemimpin yang pernah menyeberang ke pembangkang perlu mendapat persetujuan ahli Majlis Tertinggi (MT) UMNO. Tambahan lagi jika untuk proses pemecatan ahli, ia perlu melalui proses pengurusan parti," katanya dalam satu kenyataan media.

Beliau berkata demikian sebagai mengulas keputusan Muhammad yang dikenali sebagai Mat Taib untuk kembali ke 'pangkuan' UMNO setelah berada di sayap kiri sejak tahun 2013.

Tambahnya, UMNO bukan seperti pembangkang yang boleh memecat ahli menggunakan sosial media.

"Presiden memberi contoh dan pelajaran percuma kepada pembangkang cara untuk mentadbir sebuah parti politik," katanya.

Sebelum ini, Ahli parti Pribumi Bersatu Malaysia (PPBM), Mohamad Taufik Abas mempersoalkan tindakan Syed Saddiq Syed Abdul Rahman yang mengumumkan pemecatan beliau daripada jawatan Exco Armada menerusi Twitter, ekoran tindakanya mengkritik kepimpinan parti itu.


Sidang akhbar UMNO buat pembangkang 'panas punggung'...

Sekianlah artikel Sidang akhbar UMNO buat pembangkang 'panas punggung'... kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.

Sudah dibaca Sidang akhbar UMNO buat pembangkang 'panas punggung'... linknya https://malaysiadansekitarnya.blogspot.com/2017/09/sidang-akhbar-umno-buat-pembangkang.html

Subscribe to receive free email updates:

Related Posts :

0 Response to "Sidang akhbar UMNO buat pembangkang 'panas punggung'..."

Posting Komentar