Sabah, Sarawak Tidak Boleh 'Bernafas' Pada Era Tun M

Sabah, Sarawak Tidak Boleh 'Bernafas' Pada Era Tun M - Hallo sahabat Malaysia dan Sekitarnya, Pada Artikel yang anda baca kali ini dengan judul Sabah, Sarawak Tidak Boleh 'Bernafas' Pada Era Tun M, kami telah mempersiapkan artikel ini dengan baik untuk anda baca dan ambil informasi didalamnya. mudah-mudahan isi postingan Artikel Berita, Artikel Budaya, Artikel Kabar, Artikel Malaysia, Artikel Melayu, Artikel News, Artikel Politik, Artikel Ragam, Artikel Sosial, Artikel Terbaru, Artikel Terkini, Artikel Update, yang kami tulis ini dapat anda pahami. baiklah, selamat membaca.

Judul : Sabah, Sarawak Tidak Boleh 'Bernafas' Pada Era Tun M
link : Sabah, Sarawak Tidak Boleh 'Bernafas' Pada Era Tun M

Baca juga


Sabah, Sarawak Tidak Boleh 'Bernafas' Pada Era Tun M

KUALA LUMPUR: Sabah dan Sarawak ditadbir secara 'ketat' pada era pemerintahan Tun Dr Mahathir Mohamad berbanding pentadbiran Datuk Seri Najib Razak.

Ketua Penerangan UMNO, Tan Sri Annuar Musa, berkata pada zaman pentadbiran Dr Mahathir, bekas Perdana Menteri itu mengambil kesempatan terhadap Sarawak sehingga mengabaikan pembangunan fizikal di negeri itu.

"Kita tahu cara Dr Mahathir, beliau mentadbir secara mengawal dengan ketat Sabah dan Sarawak. Waktu itu Sabah dan Sarawak tidak boleh 'bernafas' tidak seperti di bawah kepemimpinan Najib.

"Kerana waktu itu kuasa politik Barisan Nasional (BN) yang kuat, Dr Mahathir ambil kesempatan terhadap Sarawak. Beliau 'terlepas pandang' tidak cuba beri prasarana seperti Lebuhraya Pan-Borneo seperti Najib lakukan sekarang.

"Beliau tidak cuba melihat masalah kawasan pedalaman di Sarawak. Waktu itu saya Menteri Pembangunan Luar Bandar, kita (kerajaan) cuma tengok secara am saja. Baru sekarang beliau gambarkan (kaji semula Perjanjian Malaysia 1963).

"Sepatutnya beliau gambarkan kepada kami ketika menjadi Perdana Menteri ketika itu. Sewaktu ada mandat beliau tidak hendak buat, waktu tidak ada mandat baru hendak buat," katanya.

Beliau berkata demikian dalam Program BICARA BH: PRU14: Antara Mimpi & Realiti di Balai Berita, Bangsar di sini, hari ini. Pengarang Bersekutu (Ehwal Semasa) BH, Kadir Dikoh bertindak selaku moderator dalam program itu.

Annuar berkata, Dr Mahathir tidak sepatutnya cuba memperbodohkan rakyat Sarawak dengan hendak mengkaji semula Perjanjian Malaysia.

"Orang Sarawak bijak berpolitik dan mereka sentiasa dinamik. Saya fikir ada perkara tertentu yang mereka suarakan itu memang menjadi hak orang Sarawak.

"Malah, Najib dengan pendekatan terbukanya bersedia melihat perkara itu kerana menyedari Sarawak punyai hak tetapi ia boleh dirunding secara jujur dan ikhlas," katanya.


Sabah, Sarawak Tidak Boleh 'Bernafas' Pada Era Tun M

Sekianlah artikel Sabah, Sarawak Tidak Boleh 'Bernafas' Pada Era Tun M kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.

Sudah dibaca Sabah, Sarawak Tidak Boleh 'Bernafas' Pada Era Tun M linknya https://malaysiadansekitarnya.blogspot.com/2017/09/sabah-sarawak-tidak-boleh-bernafas-pada.html

Subscribe to receive free email updates:

Related Posts :

0 Response to "Sabah, Sarawak Tidak Boleh 'Bernafas' Pada Era Tun M"

Posting Komentar