Judul : RCI FOREX : ZETI, NOR YAKCOP DIJANGKA AKAN DEDAHKAN DALANG
link : RCI FOREX : ZETI, NOR YAKCOP DIJANGKA AKAN DEDAHKAN DALANG
RCI FOREX : ZETI, NOR YAKCOP DIJANGKA AKAN DEDAHKAN DALANG
Bekas Gabenor Bank Negara Malaysia (BNM), Tan Sri Dr. Zeti Akhtar Aziz dan bekas Penasihat bank pusat itu, Tan Sri Nor Mohamed Yakcop dijangka memberi keterangan pada Suruhanjaya Siasatan Diraja (RCI) untuk menyiasat kes kerugian akibat urus niaga mata wang asing oleh BNM sekitar tahun 1990-an, yang bersidang minggu ini.
Kedua-dua tokoh perbankan itu merupakan antara saksi penting yang tersenarai bagi membantu RCI selepas nama mereka disebut oleh beberapa saksi terdahulu yang memberi keterangan pada suruhanjaya yang dipengerusikan oleh Pengerusi Petroliam Nasional Bhd. (Petronas), Tan Sri Mohd. Sidek Hassan.
Selain kedua-dua orang kenamaan itu, bekas Peguam Negara, Tan Sri Ainum Mohamed Saaid yang merupakan bekas Ketua Bahagian Penasihat Jabatan Peguam Negara (AGC), turut dijangka memberi keterangan pada suruhanjaya yang bersidang masuk hari keenam di Mahkamah Rayuan 6, Istana Kehakiman di sini, esok.
Antara saksi lain yang dijangka turut dipanggil memberi keterangan termasuk bekas Gabenor BNM, Tan Sri Ahmad Mohd. Don; bekas Ketua Audit Negara, Tan Sri. Dr. Hadenan Abdul Jalil dan bekas Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim.
Nama Zeti disebut di hadapan suruhanjaya bersidang melalui keterangan bekas Pengurus Akaun BNM, Abdul Aziz Abdul Manaf (saksi pertama) bahawa beliau diarah oleh bekas Gabenor itu mengumpul maklumat dan menyediakan laporan urus niaga mata wang asing bermula tahun 1989 hingga 1994.
Laporan itu yang siap sepenuhnya pada 18 April 2007 dan diserahkan kepada Zeti pada bulan April 2010, mendedahkan bahawa bank pusat itu mengalami kerugian sebanyak RM31.516 bilion ekoran aktiviti perdagangan mata wang untuk tempoh tersebut.Sementara itu, nama Nor Mohamed pula disebut melalui keterangan bekas Pengurus Jabatan Audit Dalam BNM, Wong Yew Sen yang memberitahu bahawa Jawatankuasa Rizab Luar (ERC), BNM didakwa menerima pendapat yang salah daripada beliau sehingga menyebabkan bank pusat itu mengalami kerugian berbilion-bilion ringgit ekoran perdagangan mata wang asing.
Suruhanjaya berkenaan dijangka mendengar keterangan Ainum kerana namanya disebut sebagai pihak yang pernah memberi pandangan daripada sudut perundangan seperti yang diminta oleh Jabatan Audit Negara.
Selain Mohd. Sidek, Setiausaha Bahagian Pelaburan Strategik, Kementerian Kewangan, Datuk Dr. Yusof Ismail bertindak selaku setiausaha suruhanjaya tersebut.
Anggota-anggota lain RCI itu terdiri daripada Hakim Mahkamah Tinggi, Datuk Kamaludin Md. Said; Ketua Pegawai Eksekutif, Bursa Malaysia Bhd., Datuk Seri Tajuddin Atan; Pengerusi Bersama Pasukan Petugas Khas Pemudahcara Perniagaan, Tan Sri Saw Choo Boon dan Ahli Institut Akauntan Malaysia, K. Pushpanathan.

Sekianlah artikel RCI FOREX : ZETI, NOR YAKCOP DIJANGKA AKAN DEDAHKAN DALANG kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.
Sudah dibaca RCI FOREX : ZETI, NOR YAKCOP DIJANGKA AKAN DEDAHKAN DALANG linknya https://malaysiadansekitarnya.blogspot.com/2017/09/rci-forex-zeti-nor-yakcop-dijangka-akan.html
0 Response to "RCI FOREX : ZETI, NOR YAKCOP DIJANGKA AKAN DEDAHKAN DALANG"
Posting Komentar